Wednesday, December 8, 2010

Takziah dan Al-Fatihah buat arwah

assalamualaikom kepada anak tengkek...

Saya ucapkan takziah kepada balu dan keluarga arwah Acik Hashim Sarjan (Sebelah Masjid Tengkek) dan arwah Angah Tapar Ami (Tengkek seberang) kerana telah kembali ke rahmatullah.

Saya doakan agar diampunkan segala dosanya dan rohnya ditempatkan ke dalam golongan orang beriman.

Amin.....

Thursday, October 21, 2010

PANDUAN UNTUK IBUBAPA DALAM MEMBIMBING REMAJA

Zaman remaja merupakan alam persinggahan bagi setiap manusia di mana seseorang remaja mula memberikan definisi kewujudan dirinya dalam keluarganya, kumpulan rakan sebayanya dan masyarakat sekeliling. Remaja adalah satu fasa kehidupan di mana remaja bergelut dengan proses transisi dari alam kanak-kanak ke alam kedewasaan. Kanak-kanak bergantung sepenuhnya kepada ibu bapa mereka yang memberikan sokongan dan arahan dalam aspek emosi dan ekonomi. Alam dewasa pula dianggap sudah mencapai tahap kemerdekaan dari sudut ekonomi dan emosi dan perlu membuat pilihan terhadap pengajian mereka, pekerjaan dan hubungan peribadi yang akan mengesani setiap aspek masa hadapan mereka secara langsung.

Zaman remaja boleh menjadi zaman yang penuh cabaran bagi sebahagian remaja. Pada waktu inilah mereka perlu berhadapan dengan perubahan fizikal yang berlaku secara mendadak, tekanan untuk mematuhi trend semasa dan tidak-tanduk rakan sebaya, serta pengharapan yang semakin tinggi daripada keluarga, guru-guru dan orang dewasa yang lain. Remaja juga perlu menangani konflik yang dihadapi daripada pihak yang berbeza kepentingan seperti ibu bapa, guru-guru, rakan sebaya dan media. Mereka sebenarnya turut berjuang dengan keperluan diri untuk ‘diterima’ oleh sesuatu pihak atau kumpulan. Pencapaian akademik dan sosial turut memberikan tekanan kepada remaja.

Bagi sesetengah remaja pula, cabaran-cabaran di atas menjadi lebih rumit apabila ditambah dengan situasi keluarga yang susah, perpisahan dengan salah seorang atau kedua-dua ibu bapa (akibat kematian atau perceraian), suasana pembelajaran yang tidak terkawal (akibat kekurangan guru atau saiz kelas yang terlalu besar), kawasan kejiranan yang kurang prihatin atau selamat dan pendedahan kepada bahan-bahan yang boleh membawa ketagihan seperti rokok, alkohol dan dadah. Tanpa bantuan, sokongan dan panduan daripada orang dewasa, anak-anak muda remaja ini akan terperangkap ke dalam lembah yang penuh berisiko ini.

Dalam masyarakat kita hari ini, perkara ini ditandai dengan gejala dibuang sekolah, lari dari rumah, menyertai kumpulan anti sosial seperti samseng, Black Metal dan kongsi gelap, penyalahgunaan alkohol atau dadah, terlibat dengan seks rambang, bohsia dan bohjan, pembuangan bayi dan masalah jenayah juvana. Turut menyedihkan sekiranya remaja hidup terumbang-ambing tanpa panduan akibat terheret oleh masalah keluarga yang porak-peranda dan terhimpit oleh kemiskinan yang mengakibatkan fenomena keciciran akademik, terpinggir daripada masyarakat sosial dan kelakuan yang memusnahkan diri sendiri.

Cabaran Remaja Masa Kini

Lebih kurang setengah abad yang lalu, para remajanya tidak menghadapi kesukaran yang bertubi-tubi yang dihadapkan dalam hidup mereka seperti remaja masa kini. Kehidupan adalah lebih simple tanpa perlu belajar tinggi. Remaja perempuan biasanya mengalami kedatangan haid pertamanya sekitar umur 14-16 tahun dan berkahwin menjelang usia 16-18 tahun. Alam perkahwinan memberikan tanggungjawab sebagai seorang isteri dan ibu. Remaja lelaki juga biasanya mengakhiri zaman kanak-kanak mereka dengan akil baligh pada usia yang lebih lewat sedikit dan berkahwin ketika berusia sekitar dua puluhan.

Fasa pembelajaran ditempuhi secara tidak formal seperti belajar membaca Al-Quran, pengajian fardhu ‘ain, belajar memasak dan menjahit bagi remaja perempuan serta bertukang dan memburu binatang bagi remaja lelaki. Pembelajaran ini menyediakan mereka ke alam tanggungjawab yang bakal dipikul sesudah berumahtangga. Oleh kerana fasa remaja yang terlalu pendek, tidak ditemui gejala sosial pada remaja zaman tersebut.

Hari ini, kanak-kanak menempuhi zaman remaja mereka dengan lebih awal iaitu pada umur 11-13 tahun bagi remaja perempuan dan 13-15 tahun bagi remaja lelaki. Tempoh pengajian yang lama yang mesti dihabiskan pula ialah sepanjang 11 tahun, bermula umur tujuh tahun sehingga 17 tahun sebelum mereka dibenarkan memikul tanggungjawab sebagai seorang dewasa.

Kebanyakan keluarga sekarang juga tidak membenarkan anak mereka berkahwin pada usia remaja dengan alasan perlu bekerja dahulu atau menyambung pengajian di peringkat tertinggi.
Pada masa yang sama, naluri remaja mula bersifat kedewasaan dan memerlukan tuntutan bagi menzahirkan ‘kebebasan’ dan kematangan mereka. Remaja mula berasa tidak senang diganggu oleh pertanyaan daripada ibu bapa. Kehidupan moden pula menyediakan remaja dengan pelbagai pilihan dari segi kepercayaan, pegangan hidup, karier, cara hidup dan kawan sekeliling.

Cara hidup (lifestyle) sementara ini berpunca daripada keterasingan daripada keluarga lanjutan (extended family) dan sikap individualistik masyarakat hari ini. Oleh itu, hari ini kita lihat golongan remaja belia memerlukan ‘kebebasan’ terhadap cara berfikir dan cara bertindak daripada diwarnai oleh ibu bapa dan masyarakat.

Sementelahan pula, infrastruktur sosial dan masyarakat hari ini amat meletakkan pengharapan yang tinggi kepada golongan muda ini. Oleh itu, badan-badan tertentu dalam masyarakat dan orang dewasa di sekelilingnya haruslah memainkan peranan yang lebih proaktif dengan menawarkan bantuan sokongan kepada golongan muda ini dengan perkhidmatan kaunseling, talian hotline, dan kursus jangka pendek untuk remaja dan ibu bapa. Membantu remaja ke arah kematangan dan kemerdekaan diri memerlukan ibu bapa memahami perkembangan remaja yang sihat dan menggali bahan-bahan yang boleh membantu mereka sekiranya anak remaja bertindak di luar batasan.

Panduan Keibubapaan Setelah Anak-anak Menginjak Alam Remaja

Semasa remaja, mereka mula mengambil tindakan yang berisiko dan bereksperimen. Ini adalah titik permulaan bagi remaja untuk beralih dari alam yang berpusat kepada keluarga (family-centered) kepada komuniti yang jauh lebih luas di mana mereka mula tercari-cari identiti diri sendiri. Remaja mungkin akan memilih kawan-kawan yang tidak disenangi oleh ibu bapa atau mencuba merokok, menghisap dadah dan minum minuman beralkohol. Mereka turut bergaya dengan fesyen semasa, membanding-bandingkan gaya hidup keluarga mereka dengan keluarga yang lain serta melanggar peraturan rumah atau norma masyarakat.

Remaja berbuat demikian untuk menguji sejauh manakah kemampuan dan keterbatasan mereka dalam melakukan sesuatu tindakan. Mereka ingin percaya bahawa mereka boleh meneruskan hidup tanpa panduan atau kawalan ibu bapa. Remaja juga mungkin cuba memindahkan keseimbangan kuasa dan otoriti ke pihak mereka. Maka dengan itu, ramai ibu bapa yang bimbang dan dihantui dengan sikap anak remaja mereka yang seolah-olah ingin berkonfrontasi dengan mereka. Ibu bapa juga bimbang dengan tindakan berisiko tinggi yang diambil oleh anak remaja mereka.

Sebenarnya tiada jalan pintas dalam mendidik anak-anak. Ibu bapa haruslah melengkapkan diri dengan kemahiran keibubapaan dari semasa ke semasa supaya berlaku aliran komunikasi yang licin di antara ibu bapa dan remaja. Ibu bapa perlu memahami keperluan emosi, fizikal dan mental remaja bagi membangunkan sahsiah mereka sepenuhnya.

Panduan berikut boleh digunakan oleh ibu bapa dan orang dewasa yang ingin menangani remaja keseluruhannya:

Didik diri anda dengan perkembangan anak-anak sebaik memasuki alam remaja. Pelajari kelakuan dan tindak-tanduk yang biasa bagi remaja, perubahan fizikal, biologi, emosi dan mental yang berlaku serta kesannya dan cara membantu anak remaja anda menangani perubahan tersebut.

Kenangi semula zaman remaja anda; perasaan yang berubah-ubah (mood swing), kemarahan terhadap pihak yang memegang kuasa (seperti ibu bapa, guru-guru dan sebagainya), kebimbangan dan harapan anda. Lihat pula tingkah-laku anak remaja anda dari sudut memori tersebut supaya anda dapat memahami perspektif mereka.

Daftarlah untuk kursus kemahiran keibubapaan yang berkesan. Keibubapaan adalah satu kemahiran yang perlu dipelajari dan ia tidak datang sendiri. Belajarlah juga daripada ibu bapa lain yang berpengalaman dalam mendidik remaja yang berjaya.

Dengarlah dan kurangkan bercakap. Anak remaja anda telah menghabiskan sebahagian besar masa kanak-kanak mereka sebagai pendengar dalam kebanyakan situasi. Ketika remaja inilah mereka mahu dan perlukan peluang untuk didengar dan berkongsi perasaan dan pendapat mereka. Mereka mula menyemak semula pegangan keluarga, adat tradisi dan agama yang sesuai dengan kehendak identiti mereka.

Didiklah anak remaja anda tentang asam garam kehidupan, dan kemanisan dan kepahitan menyelesaikan masalah agar mereka tahu menikmati kegembiraan dan menangani perkara yang buruk. Sedarkan remaja bahawa hidup ini tidak seindah mimpi. Jangan dibuai remaja dengan harapan semuanya mudah dan indah kerana ini akan menyebabkan remaja kecewa dengan realiti kehidupan. Jangan sempitkan ruang lingkup pilihan yang ada. Misalnya, meminta anak belajar dengan rajin sekiranya ingin menjadi seorang doktor. Realitinya ramai juga remaja yang pintar yang tidak mendapat kursus pilihan masing-masing kerana persaingan yang sengit.

Gunakan kaedah ‘peneguhan positif’ (positive reinforcement) untuk tingkah-laku yang positif sekiranya munasabah; ia jauh lebih berkesan daripada kritikan (atau kutukan) dan hukuman terhadap tingkah-laku yang negatif. Peneguhan positif diberi dalam bentuk pujian, penghargaan, hadiah istimewa atau pergi melancong misalnya. Perkataan yang memperkecilkan keupayaan dan kebolehan mereka boleh menyebabkan kecederaan kepada penghargaan kendiri (self-esteem) remaja. Perkakas yang paling berguna dalam mendidik remaja ialah kasih sayang, belas ihsan, kepekaan, sanjungan, memahami dan komunikasi yang telus dan tulus.

Didik anak remaja anda bahawa hak-hak dan tanggungjawab berjalan seiringan. Berikan tanggungjawab sedikit demi sedikit kepada anak remaja anda dengan tujuan melatihnya seperti tanggungjawab menjaga keselamatan dirinya dan ahli keluarga yang lain. Beri peluang kepada remaja untuk membantu kerja-kerja di rumah dan terlibat dengan proses perbincangan bagi mencapai sesuatu keputusan dalam keluarga.

Dapatkan pandangan remaja dan bantu mereka agar memahami proses bagaimana sesuatu keputusan dicapai. Berikan situasi di mana remaja diuji dengan kemahiran membuat keputusan dengan sokongan orang dewasa di sekelilingnya. Jangan kritik remaja sekiranya keputusan yang diambilnya tidak tepat atau tidak seperti yang diingini. Sebaliknya tunjukkan bahawa anda memahami dan berikan bantuan yang diperlukan. Dengan ini, remaja akan belajar membuat keputusan-keputusan yang penting dalam hidup mereka seperti keputusan samada hendak merokok atau tidak, hendak belajar atau tidak dan sebagainya.

Bantu remaja agar tidak terlalu bergantung kepada orang di sekitarnya seperti ibu bapa atau abang dan kakaknya. Keperluan remaja untuk memanifestasikan ‘kebebasan’ dan kematangan mereka mungkin berlaku pada masa yang berbeza dan melalui wadah yang berbeza. Kadangkala sukar bagi ibu bapa untuk membiarkan remaja melakukan keputusan bersendirian kerana risaukan keselamatan mereka. Walau bagaimanapun, keupayaan remaja menangani tanggungjawab yang semakin bertambah akan meningkat sekiranya ibu bapa mampu memberikan sokongan kepada pilihan yang mereka buat dan menjadikan remaja bersedia menghadapi cabaran yang menanti.

Berikan peluang kepada anak-anak untuk terlibat dalam aktiviti kemasyarakatan. Golongan muda sebenarnya sedang mencari-cari ruang untuk diri mereka di dalam dunia ini. Melibatkan remaja dalam aktiviti komuniti dan masalah masyarakat akan mengalihkan perhatian mereka terhadap diri sendiri dan menolong mereka membangunkan kemahiran sosial mereka dengan perasaan ‘dipunyai’ (belonging) di samping memperkasakan remaja dalam menyelesaikan masalah masyarakat. Bantu anak remaja yang bersekolah asrama untuk menyertai kelab-kelab remaja seperti Kelab Remaja JIM (KRJ) atau program dakwah yang lain ketika cuti sekolah.

Adakan program ziarah kampung, memberi bantuan kepada fakir miskin dan sebagainya yang boleh mengajar remaja tentang realiti kehidupan selain mengelakkan remaja terlibat dalam gejala sosial.

Luangkan masa dari segi kualiti dan kuantiti terhadap anak remaja anda. Tidak ada istilah ‘masa berkualiti’. Untuk mendapatkan kualiti dalam perhubungan, kuantiti masa juga adalah kritikal. Zaman remaja inilah biasanya anak remaja anda semakin jauh daripada keluarga dengan meluangkan lebih banyak masa di sekolah, dengan rakan sebaya ataupun sudah bekerja. Ibu bapa yang prihatin akan sentiasa meluangkan masa dengan anak remaja mereka kerana inilah kunci kepada kesejahteraan perkembangan emosi dan sosial remaja.

Ambil peluang ketika remaja berada di rumah, sewaktu makan malam, solat berjemaah di rumah atau surau serta menonton televisyen bersama untuk mengukuhkan hubungan anda dengan remaja. Ambil tahu apakah minatnya dan hobinya serta terlibat dengan minat tersebut. Ini boleh membantu mengukuhkan sokongan anda terhadapnya serta memberi gambaran kepada anda tentang alam remajanya.

Ada ketikanya ibu bapa merasa kecewa, marah, sedih atau putus asa terhadap anak remaja mereka. Terimalah perasaan anda itu. Menjadi ibu bapa yang baik tidak semestinya mesti segalanya sempurna. Tunjukkan bahawa anda mampu meminta maaf kepada remaja sekiranya anda telah terkasar dengan mereka. Ini akan menjadi contoh kepada remaja bahawa manusia juga melakukan kesilapan dan bermaaf-maafan adalah suatu cara dalam memulihkan semula perhubungan yang retak oleh tekanan dan ketidaksefahaman.

Dapatkan bantuan dan panduan untuk diri anda dalam menangani perubahan pada diri anak remaja anda. Lihat tanda-tanda berlakunya krisis dan berbincanglah dengan ibu bapa lain atau dapatkan bantuan pakar. Dengan ini, ibu bapa boleh memahami apakah yang normal atau tidak normal pada seseorang remaja.

Kebanyakan remaja mempunyai masalah pada suatu masa tertentu. Ini ditunjukkan dengan tingkah-laku memberontak secara tiba-tiba dan adalah normal kepada remaja. Janganlah ibu bapa pula merasa malu di atas sikap remaja. Jangan pula anggap bahawa setiap tingkah-laku anak-anak mencerminkan kualiti keibubapaan anda. Anda sudah lakukan yang terbaik dan berusahalah agar tingkah-laku negatif remaja tidak berpanjangan dan dibaiki segera.

Jangan paksa remaja menyelesaikan masalah mereka dengan drastik. Remaja juga perlukan masa dan sokongan untuk membantu menyelesaikan masalah mereka. Misalnya, berikan masa kepada remaja untuk membuang tabiat merokok dengan mendedahkan semua maklumat yang perlu dan memberi bantuan profesional kepadanya. Tunjukkan sokongan anda dan tidak berputus asa dengan mereka.

Sediakan peluang untuk mereka membesar dan mengharungi zaman remaja dengan tindakan dan maklum balas yang positif. Berkongsi dengan anak remaja tentang harapan anda terhadapnya, pelajarannya dan masa hadapannya. Muhasabah tentang peranan mereka dan minta mereka muhasabah diri anda sebagai ibu bapa. Sediakan peluang untuk mereka mengasah bakat dan minat mereka serta mempertajamkan kemahiran mereka di samping memperkembangkan jati diri dan daya saing.

Sunday, September 5, 2010

Panduan Untuk Hadir Temuduga

CONTOH SOALAN-SOALAN TEMUDUGA

Apakah yang anda ingini 5 tahun daripada sekarang?

Mengapakah anda memilih kerjaya yang sedang anda kejar sekarang?

Cerita sedikit tentang diri anda.

Apakah yang dapat memotivasikan anda?

Apakah kelayakan yang anda miliki yang boleh menolong dalam kerjaya pilihan anda?

Bagaimanakah anda menentukan/menilai kejayaan?

Apakah sumbangan yang anda dapat berikan kepada pihak kami?

Terangkan/huraikan perhubungan yang perlu terjalin antara penyelia dan orang-orang bawahannya.

Apakah kelemahan-kelemahan anda?

Adakah gred-gred yang anda capai semasa belajar menggambarkan kebolehan anda sebenar?
Mengapakah patut kami memilih anda?

Ceritakan satu pengalaman yang paling berguna kepada anda.

Nyatakan 2 atau 3 perkara yang anda anggap penting dalam pekerjaan anda.

Apakah matlamat dan tujuan jangka panjang dan jangka pendek anda? Bagaimana anda membuat persediaan untuk mencapainya?

Yang mana lebih penting kepada anda : duit atau jenis pekerjaan.

Apakah yang anda anggap sebagai kekuatan anda.

Nyatakan 2 atau 3 pengalaman pencapaian yang telah memberikan anda kepuasan. Mengapa?

bekerja yang bagaimanakah dapat memberikan keselesaan kepada anda?

Bagaimanakah anda apabila bekerja dalam keadaan yang tertekan? (work under pressure)

Apakah kesulitan yang pernah anda hadapi dan bagaimana anda dapat mengatasinya.

Apakah yang anda telah pelajari daripada kesilapan-kesilapan pada masa-masa lalu?

Apakah objektif kerjaya jangka panjang anda?

Bagaimanakah anda merancang untuk mencapai matlamat kerjaya anda?

Apakah kualiti yang perlu ada pada seseorang yang berjaya?

Apakah subjek yang anda paling minat dan paling tidak minat sekali? Mengapa?

Apakah perubahan-perubahan yang anda akan lakukan semasa berada di kolej atau universiti? Mengapa?

Apakah yang anda telah pelajari daripada penyertaan anda dalam aktiviti kokurikulum?

Adakah anda mempunyai keutamaan tempat/lokasi anda bekerja? Mengapa?

ganjaran terpenting yang anda jangkakan dalam kerjaya anda?

Bincangkan sedikit tentang isu semasa yang berkait dengan kerjaya pilihan anda.

Tips Hadir Temuduga

PADA HARI TEMUDUGA:
  • Pakailah pakaian yang sesuai, kemas lagi bersih. Pelajar-pelajar lelaki perlu memakai tali leher. Jangan pakai pakaian yang terlampau berwarna-warni dan menjolok mata, berselipar, serta menggunakan minyak wangi dan alat-alat solek yang berlebihan. Elakkan memakai baju batik dan T-shirt. Cuba bayangkan jika anda yang menemuduga, anda pasti akan memilih calon yang berpakaian kemas.
  • Pakailah kasut kulit. Elakkan kasut kain, kasut sukan atau selipar.
  • Rambut anda hendaklah pendek bagi lelaki dan kemas disikat atau bertudung bagi perempuan.
  • Pastikan anda ada membawa bersama-sama anda surat panggilan temuduga, kad pengenalan, surat beranak, sijil-sijil asal, dokumen-dokumen asal serta surat-surat akuan asal (jika ada) untuk disemak oleh panel temuduga. Atur mengikut susunan yang dikehendaki dan sebaik-baiknya difailkan supaya nampak lebih kemas dan teratur. (Jangan digulung-gulung sijil anda).
  • Tentukan di mana, bila dan pukul berapa temuduga itu diadakan. Cuba untuk sampai antara 10 – 15 minit lebih awal supaya anda punya cukup masa untuk berehat dan bertenang, tetapi jangan terlalu lama sehingga anda berasa cemas pula. Jangan sekali-kali datang lambat.
  • Apabila dipanggil masuk ke dalam bilik temuduga, anda hendaklah mengetuk pintu terlebih dahulu sebelum masuk. Jangan berasa gentar, masuk dengan hati yang tenang serta penuh yakin.


TINGKAHLAKU SEMASA TEMUDUGA:


Semasa hendak masuk ke bilik temuduga janganlah gentar. Buat seperti biasa saja.

  • Biasakan memberi ucapan ‘selamat pagi/selamat petang’ mengikut pada keadaan waktu, atau ‘assalamualaikum’ sekiranya panel temuduga itu beragama Islam.
  • Jangan hulurkan tangan anda untuk berjabat tangan selagi penemuduga itu tidak membuat gerakan dahulu, jika kiranya ia hendak berbuat demikian.
  • Jangan terus duduk melainkan telah dijemput berbuat demikian. Apabila disuruh duduk, ucapkan terima kasih dan duduklah dengan sempurna serta tegakkan badan. Jangan menggelisah.
  • Jangan cuba hendak mengalih keadaan kerusi yang disediakan.
  • Serahkan dokumen-dokumen berkaitan apabila diminta. Jangan anda meletakkan barang-barang lain, tangan ataupun siku anda di atas meja penemuduga.
  • Jangan duduk bersilang kaki. Jangan goyang-goyangkan kaki ataupun menggerakkannya ke sana sini.
  • Jangan cuba hendak menjenguk atau membaca surat-surat dan lain-lain kertas yang terdapat di atas meja penemuduga.
  • Biarkan penemuduga memulakan perbualan.
  • Apabila bercakap pandanglah ke muka penemuduga itu.
  • Jangan menjawab soalan-soalan dengan tergopoh-gapah. Jawablah setiap soalan yang ditanya dengan terang dan jelas serta mudah didengar. Jawapan yang diberi itu hendaklah tepat dan jangan bercakap panjang lebar perkara yang tidak berkaitan. Jangan sekali-kali menggunakan bahasa kasar. Bercakaplah dengan penuh rasa yakin dan tenang.
  • Gunakan ganti nama seperti tuan/puan pada orang yang menemuduga dari semasa ke semasa, tetapi jangan selalu sangat menggunakannya pula. Apabila menyebut nama seseorang gunakan gelaran yang terdapat pada nama orang tersebut seperti Tuan/Tan Seri/Dato’/ Dato’ Seri/Tuan/Puan/Encik dan sebagainya.
  • Anda haruslah sentiasa bersopan santun biarpun ada ketikanya soalan yang dikemukakan mungkin mencabar anda. Perkara semacam ini selalunya disengajakan untuk melihat sejauhmana anda akan bertindak terhadap keadaan atau situasi yang menekan.
  • Tumpukan perhatian pada setiap soalan dan beri jawapan atau tindakbalas yang tepat dan sempurna.
  • Cuba kembangkan perbincangan pada tajuk/hal yang telah menarik perhatian penemuduga, tetapi bersedialah membatasi mana-mana yang dirasakan tidak menarik perhatian mereka.
  • Anda mestilah bersedia dan berwaspada pada setiap ketika. Hujahkan satu-satu ‘point’ itu dengan penuh semangat.
  • Cuba kembangkan jawapan “ya” atau “tidak” anda dengan sebab musabab yang munasabah.
  • Jika anda tidak tahu jawapan kepada sesuatu soalan, jangan cuba hendak berbohong ataupun mendiamkan diri sahaja kerana ini nanti akan melemahkan peluan anda. Sebaik-baiknya anda berterus terang yang anda tidak tahu jawapan bagi soalan berkenaan.
  • Jangan menguyah sesuatu semasa temuduga sedang berjalan.
  • Jangan sekali-kali cuba menyampuk semasa penemuduga sedang bercakap atau berbincang sesuatu di antara mereka.
  • Minta penjelasan sekiranya anda tidak begitu faham pada soalan-soalan tertentu.
  • Bersedia memberitahu penemuduga tentang keluarga, persekolahan, kegemaran dsb., selaiin dari pilihan kerjaya dan pengajian anda. Jangan bercakap berlebihan dan yang tidak sepatutnya. Jangan pula berbincang apa-apa masalah peribadi anda semasa temuduga.
  • Jangan menyeterui para penemuduga dengan sifat angkuh atau sifat tidak acuh yang anda tunjukkan.
  • Gunakan satu-satu bahasa tanpa campur-aduk dengan bahasa lain. Sebagai contoh jangan gunakan, “I fikir problem ini tidak dapat diselesaikan”. Ataupun “You taulah, problem ini begitu complicated”. Sekiranya disoal dalam Bahasa Melayu, jawablah dalam Bahassa Melayu dan sekiranya disoal dalam Bahasa Inggeris, anda perlulah pula menjawab dalam Bahasa Inggeris.
  • Cuba jawab semua soalan dengan tenang. Jangan cuba menengking penemuduga. Mungkin soalan itu mudah dan tidak berkaitan. Umpamanya jika ditanya berapa orang calon sedang menunggu di luar, itu tidak ada kaitan dengan pilihan kerjaya anda. Tujuan soalan sedemikian dikemukakan ialah untuk melihat sama ada anda ‘observant’ atau tidak.
  • Biarkan penemuduga itu menamatkan temuduga.
  • Di akhir temuduga, ucapkan terima kasih kepada panel temuduga kerana memberi peluang kepada anda menghadiri temuduga itu.
  • Tambahan: Jika diberi peluang untuk bertanya soalan, kemukakan soalan yang munasabah.


CONTOH SOALAN-SOALAN TEMUDUGA

Siapapun Amat Sukakan Kerja Kerajaan!

Banyak kelebihannya bekerja dengan sektor awam dan saya percaya disebabkan kelebihan-kelebihan inilah mengapa begitu ramai orang memohon jawatan kosong yang diiklankan di sektor awam. Antara kelebihan-kelebihan yang anda dapat sebagai seorang penjawat awam ialah:

  • Elaun perumahan - Ya, anda dapat elaun perumahan pada setiap bulan. Usah risau lagi untuk membayar sewa bulanan rumah anda kerana elaun ini sudah pasti akan membantu.
  • Cost of living allowance (COLA) - Anda bekerja di bandaraya yang taraf hidupnya adalah tinggi? Memang semuanya mahal, dari tambang bas, makan, tol dan lain - lain. Tahukah anda bahawa COLA ini dibayar berdasarkan di bandar mana anda bekerja?
  • Imbuhan tetap khidmat awam (Itka) Anda sebagai kakitangan awam, ada satu imbuhan khas disediakan khas buat anda. Ini adalah satu penghargaan buat mereka yang berkhidmat buat negara.
  • Kenaikan gaji setiap tahun - Anda berkhidmat untuk kerajaan, sudah pasti ada kenaikan gaji tahunan anda. Lagi lama anda berkhidmat, lagi tinggi kenaikan gaji yang anda perolehi. Sudah pasti anda sukar nikmati kenaikan ini di mana - mana selain di sektor awam.
  • Kemudahan pinjaman komputer dan kenderaan - Anda mahu buat pinjaman komputer ataupun pinjaman kenderaan? Dengan sepantas kilat anda boleh mendapatkannya.
  • Cuti tahunan mengikut kelayakan - Tahukah anda bahawa cuti diberikan paling minima adalah 14 hari iaitu buat pekerja am. Jika anda berjawatan professional, cuti anda adalah 25 hari. Itu belum campur lagi dengan kenaikan cuti tahunan dan juga kenaikan pangkat.
  • Cuti bersalin Usah risau - risau jika anda rasa anda/orang rumah anda perlu ambil cuti bersalin 2 bulan. Sudah tentu ianya diberikan dengan gaji terus jalan!
  • Pinjaman perumahan Ya, anda boleh mula memiliki aset terbesar dalam kehidupan anda, iaitu rumah! Dalam masa yang singkat, anda sudah boleh mula membuat pinjaman untuk membeli 'banglo' idaman anda.
  • Caruman KWSP atau pencen Anda pilih mana anda suka. Nak KWSP ke pencen ke? Kedua - duanya ada kelebihan tersendiri. Jadi, usah risau akan masa depan anda lagi..
    Bersara pada umur 58 tahun. Sungguh lama anda berkhidmat dalam kerajaan tu..Jika di luar sana, adakah anda akan diberikan peluang berkhidmat selama itu?
  • Peluang kenaikan pangkat Siapa taknak naik pangkat kan? Naik pangkat maknanya naik gaji dan juga anda naik selevel lagi dari tahap anda sebelum ini. Kiranya anda jadi bos la ni..
  • Peluang melanjutkan pelajaran Wah! Sambung belajar pun diberikan peluang. hebat tu! Dan untuk makluman anda, anda juga akan diberi peluang tajaan untuk menyambung pelajaran anda. Sudah tentu ini memberikan 1001 kebaikan buat anda dan juga kerajaan.
  • Peluang untuk berkursus dari semasa ke semasa Boleh dikatakan pada setiap bulan anda akan dihantar ke kursus. Sudah tentu banyak ilmu pengetahuan yang anda pelajari percuma yang di'support' oleh kerajaan. Jika anda hadir sendiri kursus tersebut, dekat 4 angka juga anda perlu bayar setahun.
  • Lebih banyak masa diluangkan bersama keluarga Ya, kini anda akan punyai lebih banyak masa bersama keluarga berbanding kehidupan sebelum ini. Dan keluarga anda semakin menyayangi anda seadanya...

Tuesday, August 24, 2010

Kak Ngah Hadir Bengkel Kecemerlangan UPSR

Anak kedua kami telah menghadiri Bengkel Kecemerlangan UPSR di Ancasa Hotel, MITC, Ayer Keroh, Melaka.

Bengkel adalah anjuran Felda Wilayah.

Anak2 guru SKSF telah mendapat ditawarkan 3 tempat bagi menghadiri bengkel ini.

Syukur kerana diberi kelebihan ini ketika datangnya ramadhan 2010.

Semoga usaha ini akan memperolehi kecemerlangan dalam peperiksaan UPSR.

Terima kasih guru2 SKSF.

Terima kasih Felda

Akim kembali ke pangkal jalan....

Alhamdulillah, syukur. Pada bulan ramadhan ini telah memberi cahaya, taufik dan hidayahnya seorang pelajar yang telah di buang sekolah telah merayu untuk bersekolah semula di JPNS dan disahkan oleh Datuk Pengarah.

Semalam dia telah melaporkan diri bersama ibu. Pertemuan dengan pengetua untuk mencapai persetujuan bahawa akujanji berkelakuan baik, akujanji memperolehi keputusan cemerlang.

Akhirnya persetujuan dicapai yang mana pelajar ini telah dipindah belajar ke kelas 4B.

Saya mendoakan pelajar ini akan berubah dan memperolehi keputusan cemerlang dalam SPM nanti.

Jika dia tidak berubah....
betapa gelapnya masa depan yang akan ditempuhnya,
betapa kecewanya hati seorang ibu,
betapa ruginya negara apabila belia harapan negara kecundang.

Dicalonkan Guru Cemerlang Kokurikulum

Aku telah menerima panggilan telefon dari En Abu, PPD Jempol Jelebu dan memaklumkan bahawa aku telah dicalonkan oleh JPNS untuk memohon borang tawaran guru cemerlang kokurikulum.

Pelbagai perkara pelik berlaku kat sekolah.......

Pengetua hairan, cam mana pihak PPD telefon terus kat aku.
Kenapa aku yang dicalonkan
Aku sorang jer ke yang layak memohon
Cam ner aku leh dapat borang
Mana surat tawaran.......

Sepatutnya sebagai Boss, dia akan seronok bila kakitangan bawahannya dicalonkan sampai ke tahap ini.

Dalam diam rupanya pelbagai masalah yang sebegini rupa dihebohkan di pejabat (Saudara Nizam, Cikgu Selvam dan entah sesapa lagi.......) Agaknya ada cikgu lain yang hendak dicalonkan.

Temuduga DG 41

alhamdulillah, syukur ke hadrat ilahi kerana akhirnya segala usaha selama ini telah menampakkan hasil apabila aku telah menerima surat panggilan temuduga ke jawatan DG 41.

Apa kan daya.....umur dah masuk ke 42 tahun baru nak mohon ke gred siswazah. Segala sahabat sekalian telah lama duduk jawatan ini. Masing2 dah masuk gred DG 44, dan 48.

Dah nasib dan rezeki aku.....rezeki kami sekeluarga.

Syukur gak, akhirnya masuk gak ke zon ini......

Ucapan Untuk Anda

Kami sekeluarga mengucapkan selamat berpuasa dan melaksanakan kewajipan rukun islam kepada seluruh kaum keluarga,
buat bonda Milah di Tengkek,
abang ajin,
Kak Intan sekeluarga di felda serting hilir 6,
Anyah di Batu Kikir.

Buat keluarga di Tanjung Ipoh, khasnya buat Abang Adi sekeluarga,
Along Aya sekeluarga di Kg Bukit Laka, Bahau;
Angah Ida sekeluarga di Batu Kikir,
Alang Ana sekeluarga di Seremban,
Amok sekeluarga di Seremban Jaya,
Awit sekeluarga di Batu Kurau, Perak,
Atam di Seremban Jaya, dan Bang Chik.

Serta semua pelawat blog ini.

Semoga kita semua beroleh keberkatan di bulan ramadhan ini.

Wednesday, July 28, 2010

PTK , Cuepacs dan Aku....

Sumber: http://perkhidmataawam.blogspot.com

Sejak PTK diperkenalkan pada 2002, kakitangan lama memang sukar untuk mencatat keputusan cemerlang dalam peperiksaan PTK berbanding kakitangan muda.

"Cuepacs menyarankan agar sistem PTK ini dikaji semula selaras dengan hasrat pentadbiran kerajaan yang mahukan penjawat awam melalui beberapa transformasi dan perubahan pada perkhidmatan mereka,"

Mengikut sistem PTK, mereka yang lulus tahap empat layak dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat dan anjakan gaji manakala lulus tahap tiga layak dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat.

Ramai kakitangan lama yang berpengalaman, sukar menikmati kenaikan pangkat disebabkan lulus tahap tiga dan terpaksa bersaing dengan mereka yang lulus cemerlang tahap empat.

NKRA Kementerian Pelajaran Malaysia

Sumber: Monday, 11 January 2010 17:49 Khairul Hazman Othman
http://www.akademikpahang.edu.my

Di bawah NKRA (Bidang Keberhasilan Utama Nasional) KPM tersebut difokuskan kepada 4 sub-NKRA iaitu:
1. Prasekolah - dimana peningkatan 20% penyertaan kanak-kanak 5 tahun ke atas ke pendidikan prasekolah dengan menjadikan pendidikan prasekolah sebagai aliran perdana dalam sistem pendidikan kebangsaan pada tahun 2012.
2. Literasi dan Numerasi - di mana semua kanak-kanak yang tidak mempunyai masalah pembelajaran boleh menguasai kemahiran literasi dan numerasi sebelum melangkah ke tahun 4 pada tahun 2012.
3. Sekolah Berprestasi Tinggi - di mana usaha KPM membangunkan 100 buah ' high performance schools ' termasuk 'trust schools' pada akhir tahun 2012.
4. Pengetua/Guru Besar - di mana bai'ah atau akujanji kepada Pengetua/Guru Besar berdasarkan 'performance based assessment' mulai tahun 2010.

Key Performance Indicator (KPI) atau Bidang Pengukuran Prestasi bagi KPPM telah ditetapkan berdasarkan kepada beberapa kpi :

1. Nisbah Guru:Murid mengikut sasaran tahun semasa ( Sekolah Menengah 1:17, Sekolah Rendah 1:16)
2. Penurunan kes disiplin sekolah sebanyak 0.02% setahun bagi semua jenis sekolah rendah dan sekolah menengah seluruh negara.
3. Peratus peningkatan sebanyak 1.0 % setahun bagi kadar pencapaian murid dalam Kelas Intervensi Awal (KIA2M).
4. Pencapaian pelajar berdasarkan Gred Purata Nasional pada peringkat UPSR (GPN=3.00), PMR (GPN=3.50), dan SPM (GPN = 6.00).
5. Peningkatan 2 % Guru Ijazah Terlatih di sekolah rendah dan 1 % di sekolah menengah.
6. Penurunan peratus jurang pencapaian pelajar bandar dan luar bandar (UPSR - 0.3%, PMR - 0.3%, dan SPM - 0.2%)

Ikrar Hari Guru

Ikrar Hari Guru

Bahawasanya kami
Guru-guru negara Malaysia
Dengan ini berikrar
Mendukung terus cita-cita kami
Terhadap tugas kami
Dan menyatakan keyakinan kami
Pada cita-cita murni pekerjaan kami
Kami akan berbakti
Kepada masyarakat
Dan negara kami.

Kami sentiasa menjunjung
Perlembagaan negara
Kami mengamalkan
Prinsip-prinsip Rukun Negara
Pada setiap masa.

Tema Hari Guru

Tema Hari Guru

2010 Guru Pembina Negara Bangsa
2009 Guru Pembina Negara Bangsa
2008 Guru Cemerlang Negara Terbilang
2007 Guru Penjana Modal Insan Gemilang
2006 Pendidikan Bestari Pemangkin Kegemilangan
2005 Guru Berkualiti Pemangkin Kegemilangan
2004 Guru Berkualiti Pemangkin Kegemilangan
2003 Guru Berkualiti Aspirasi Negara
2002 Guru Berkualiti Aspirasi Negara
2001 Memartabatkan Profesion Keguruan tanggungjawab Bersama
2000 Bersatu Memartabatkan Profesion Keguruan
1999 Guru Berkesan Pendidikan Cemerlang
1998 Guru Penyemai Tanggungjawab Bersama
1997 Guru Bestari Sekolah Bestari
1996 Guru Malaysia Teras Pendidikan Bertaraf Dunia
1995 Permuafakatan dan Perpaduan Menjayakan Wawasan
1994 Guru Inovatif dan Kreatif Menjayakan Wawasan
1993 Guru Inovatif dan Kreatif Menjayakan Wawasan
1992 Guru Cemerlang Teras Kejayaan Wawasan
1991 Ke Arah Pendidikan Cemerlang
1990 Pendidikan Bermutu Masyarakat Sejahtera
1989 Guru Pembina Budaya Ilmu
1989 Guru Pembina Budaya Ilmu
1988 Guru Pengasas Budaya Membaca
1987 Pendidikan Ke Arah Kesejahteraan Insan
1986 Pendidikan Teras Nasionalisme
1985 Guru dan Masyarakat Asas Kemajuan Pendidikan
1984 Kepimpinan Berteladan Kesempurnaan Pendidikan
1983 Kepimpinan Berteladan Teras Pendidikan
1982 Ke Arah Kecekapan Guru Dan Pendidikan Bermutu
1981 Pengorbanan Guru Kejayaan Rakyat
1980 Pendidikan Teras Perpaduan Negara
1979 Murid Sejahtera Negara Jaya
1978 Guru Pembentuk Generasi Akan Datang
1977 Dedikasi dan Disiplin Asas Kemajuan Pendidikan
1976 Pendidikan Moral Dalam Zaman Kemajuan Pendidikan
1975 Guru dan Pembangunan Negara
1974 Peranan Guru Dalam Zaman Sains dan Teknologi
1973 Kerjasama Ibu Bapa Untuk Kemajuan Pendidikan
1972 Peranan Guru Dalam Pembangunan Negara

Isu Pendidikan di Malaysia 2

Tenaga pengajar

Kekurangan tenaga pengajar yang berkemahiran turut menjadi isu dalam pelaksanaan pendidikan pendidikan yang berkesan. Berdasarkan statistik yang dikeluarkan oleh Bahagian Perancangan Pembangunan Pendidikan (BPPDP) Kementerian Pelajaran Malaysia, pada tahun 2000 sebanyak 61.8 guru terdiri daripada guru perempuan dan KPM menghadapi masalah menempatkan mereka di sekolah luar bandar, khususnya di pedalaman dan pulau. Kebanyakan sekolah di pedalaman dan pulau mendapat guru yang kurang berpengalaman atau kurang latihan. Keadaan ini juga turut menyebabkan berlaku ketidaksepadanan (mismatch) dalam pengagihan guru mengikut opsyen. Maka berlakulah keadaan di mana kebanyakan guru yang mengajar di sekolah menjadi “bidan terjun”. Guru yang bukan opsyen terpaksa mengajar mata pelajaran kritikal seperti Matematik, Sains dan Bahasa Inggeris bagi memenuhi keperluan pelajar. Disebabkan kurang pengalaman dan pengetahuan tentang subjek berkenaan maka kewibaan guru dalam menyampaikan ilmu kepada pelajar mula dipertikaikan.


Program PPSMI

Sejajar dengan matlamat ingin melahirkan pelajar yang “bertaraf dunia”, KPM juga telah melaksanakan Program Pengajaran dan Pembelajaran Matematik dan Sains dalam Bahasa Inggeris (PPSMI). Walau bagaimanapun penggunaan bahasa Inggeris sebagai pengantar subjek sains dan matematik telah mendapat respon yang negatif daripada rakyat. Ini kerana penggunaan bahasa asing bukan sahaja merosakan kedudukan Bahasa Kebangsaan sebagai bahasa ilmu, tetapi turut memusnahkan reputasi pelajar, khususnya di luar bandar. Mereka belajar melalui medium yang mereka tidak faham. Komunikasi tidak berkesan dalam pelajaran sudah tentu memberi kesan yang buruk.


Kesan globalisasi

Selain daripada itu, isu-isu berkaitan pendidikan juga turut melibatkan penggunaan internet. Era dunia tanpa sempadan atau globalisasi telah memudahkan maklumat diperoleh dengan cepat dan berkesan melalui internet atau laman-laman web dan sebagainya melalui komputer. Implikasinya, isu-isu Moral semasa khususnya isu-isu yang membabitkan nilai-nilai sosial menjadi begitu kompleks dan menjadi sukar untuk diselesaikan. Fenomena ini disebabkan nilai-nilai murni masyarakat Malaysia yang ingin diterapkan bercanggah dengan nilai-nilai di Barat atau negara-negara maju yang lain yang mana mereka lebih mementingkan materialistik, individualistik dan budaya kosmopolitan.


Sahsiah Pelajar

Kualiti sahsiah pelajar pada pelbagai peringkat pendidikan juga turut menjadi isu dan dipersoalkan kerana masih terdapat sebilangan pelajar rendah yang naik ke sekolah menengah, atau pelajar menengah rendah yang naik ke Tingkatan 4 memiliki kualiti sahsiah yang kurang baik. Hal ini berlaku pada kebanyakan murid tanpa mengira kaum dan agama. Sebagai contoh, tabiat merokok di kalangan pelajar, gejala vandalisme, melepak, ponteng sekolah dan sebagainya di kalangan pelajar sekolah semakin menjadi-jadi.

Isu-isu lain dalam sistem pendidikan

Selain isu-isu yang dikemukakan di atas, terdapat pelbagai lagi isu yang timbul berkenaan pencapaian Dasar Pendidikan Kebangsaan, antaranya:
1. Kepimpinan sekolah masih tidak dapat berfungsi sepenuhnya sebagai pemimpin pengurusan dan pemimpin pengajaran (instructional leadership) yang berkesan;
2. Pengupayaan kepada sekolah adalah terhad. Semua sekolah masih perlu mengikuti satu sistem, prosedur dan pendekatan yang seragam dan tidak mengambil kira kemampuan, keupayaan khusus dan potensi untuk sekolah melaksanakan dasar dan program pendidikan sendiri;
3. Layanan yang sama diberi kepada semua sekolah walaupun pada realitinya sekolah mempunyai keperluan, kekuatan dan kelemahan serta keupayaan yang berbeza;
4. Keselamatan di sesetengah sekolah masih belum terjamin sepenuhnya;
5. Penandaarasan bagi menjamin sekolah di Malaysia setanding dengan sekolah di negara maju adalah terhad;
6. Struktur organisasi antara lapisan pentadbiran di KPM yang tidak setara menyebabkan penyaluran dasar dan pelan pelaksanaan kurang sistematik dan berkesan;
7. Sistem penyampaian masih belum cekap dan berkesan khususnya daripada aspek pemberian bantuan; dan
8. Sistem maklumat tidak menyeluruh dan tidak bersepadu.

Rujukan: http://kulanzsalleh.com

Isu Pendidikan di Malaysia

Isu-Isu Pendidikan di Malaysia
August 6th, 2009 3:41 pm Ilmiah/Pendidikan 62 responses

Tanggungjawab sistem pendidikan adalah untuk menyediakan generasi muda dengan pelbagai pengetahuan dan kemahiran supaya mereka dapat menghadapi alam dewasa. Dalam konteks menyediakan pendidikan yang ideal, tujuan dan matlamat pendidikan negara pada abad ke 21 amat jelas sekali. Kementerian Pendidikan telah menyusun dan merancang untuk memperbaiki, memperkukuh, dan mempertingkatkan mutu pendidikan negara sesuai dengan perubahan sosialisasi masyarakat hari ini. Salah satu unsur yang penting adalah memberikan peluang pendidikan yang sama kepada semua pelajar tanpa mengambil kira budaya, kelas sosial, kelompok etnik dan amalan atau cara hidup.

Dalam buku Pembangunan Pendidikan 2001-2010 (KPM, 2001). Kementerian Pelajaran Malaysia menyatakan bahawa pembangunan pendidikan dari Zaman Dasar Pembangunan hingga ke Zaman Dasar Wawasan Negara telah berjaya mencapai banyak kemajuan khususnya dalam penyediaan infrastruktur, kemudahan pendidikan dan latihan perguruan. Strategi meningkatkan peluang pendidikan berjaya mencapai sasarannya. Walau bagaimanapun, apa yang dilihat pada masa ini masih terdapat pelbagai isu yang ditimbulkan berkaitan dengan pencapaian Dasar Pendidikan Kebangsaan, antaranya perkara berhubung dengan
struktur pendidikan;
akses kepada pendidikan;
ekuiti;
kualiti tenaga pengajar;
ketidakseimbangan penyediaan infrastruktur;
Pelaksanaan Program PPSMI; dan
kurikulum yang relevan.

Ini selaras dengan pendapat Sufean (2004) yang menyatakan terdapat banyak isu pendidikan yang boleh dikatagorikan iaitu pentadbiran, peringkat pendidikan, teknologi pendidikan, organisasi sekolah dan keguruan.

Struktur Pendidikan
Beberapa isu berkaitan dengan struktur pendidikan antaranya termasuklah struktur pendidikan menengah yang tidak selaras kurang menepati keperluan, misalnya:
1. Bilangan tahun persekolahan struktur pendidikan Malaysia tidak sama dengan kebanyakan negara lain di dunia;
2. Tidak terdapat keseragaman dalam kemasukan ke Institusi Pengajian Tinggi (IPT) disebabkan wujudnya pelbagai haluan;
3. Kebanyakan pelajar memilih untuk menamatkan persekolahan mereka selepas Sijil Pelajaran Malaysia (SPM); dan
4. Skop kurikulum Tingkatan 1 hingga 6 sangat luas.

Akses Pendidikan
Selaras dengan perkembangan teknologi semasa, KPM telah memperkenalkan Teknologi Maklumat dan Komunikasi atau Information and Communication Technology (ICT) dalam pendidikan yang meliputi aspek prasarana, pengisian dan latihan guru. KPM telah melaksanakan pelbagai projek ICT dengan pembekalan komputer sebagai aktiviti utama penyediaan infrastruktur ICT. Namun isu dan masalah yang menjejaskan usaha penggunaan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Antara masalah tersebut adalah berkaitan dengan:
1. pembekalan komputer yang tidak seimbang antara sekolah bandar dan luar bandar;
2. perisian komputer untuk P&P yang sesuai sukar diperoleh;
3. latihan dalam perkhidmatan untuk guru mengendalikan sistem komputer di sekolah yang kurang berkesan;
4. penyenggaraan komputer yang kurang memuaskan di sekolah; dan
5. bilangan guru terlatih dalam ICT yang belum mencukupi.

Justeru adalah menjadi cabaran kepada KPM untuk memastikan setiap sekolah akan memperoleh komputer menjelang usaha menjadikan setiap murid dan guru celik ICT.

Ekuiti Pendidikan
Dalam pelaksanaan Pembangunan Pendidikan 2001-2010, setiap institusi pendidikan di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) akan dipastikan mempunyai infrastruktur yang berkesan yang mencukupi dan berkualiti untuk pelaksanaan kurikulum dan kokurikulum yang berkesan. Oleh itu, input pendidikan yang meliputi guru, peruntukan kewangan, bahan dan peralatan pengajaran serta program sokongan akan diagih secara adil ke semua sekolah bagi mengurangkan jurang perbezaan antara sekolah beruntung (advantaged school) dan sekolah kurang beruntung (disadvantaged school). (Sumber: Pembangunan Pendidikan 2001-2010, KPM).

Namun, setelah lebih kurang tujuh tahun pelaksanaan program tersebut, masih terlalu banyak sekolah-sekolah di Malaysia yang belum dapat menikmati kemudahan yang dijanjikan. Ini menyebabkan timbulnya beberapa isu yang dikaitkan dengan ekuiti atau peruntukan yang disediakan oleh KPM tidak mencukupi untuk pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Sebagai contoh, kementerian tidak menyediakan prasarana yang amat diperlukan, seperti bilik darjah yang mempunyai kemudahan khusus, terutamanya sekolah-sekolah luar bandar atau pedalaman. Selain itu, kemudahan lain seperti sumber pengajaran dan pembelajaran dan kelengkapan buku teks juga masih berkurangan.

Friday, July 2, 2010

Ucapan Perasmian Hari Anugerah Kecemerlangan Sekolah Menengah Teknik Juasseh 2010

ASSALAMUALAIKUM W.B.T. selamat sejahtera. Salam pertemuan, salam perkenalan, salam 1 malaysia.
Terima kasih kepada pengerusi majlis.
Yang saya muliakan YDP PIBG, Tuan Pengetua, Barisan Guru Pen Kanan, Ketua Bidang, Ketua Jabatan, kaunselor, Guru2, Ibu bapa dan pelajar yang di rahmati allah sekalian.
Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah s.w.t. kerana dengan limpah kurnianya dapat kita bertemu di majlis yang indah ini.
Kedatangan saya ke majlis ini ibarat kata adat, 'Sirih pulang ke gagang, pinang pulang ke tampuk’
Saya bersekolah tahun 84/85. Jurusan Pengurusan Perniagaan (PPN). Pengetua, Cikgu Mohd Arhad dan guru 9 orang. Ketua warden - cikgu Sani. Asrama, terpaksa mengangkat katil naik sampai tingkat 3. Katil kami pasang sendiri. Waktu belajar di kelas, 3 minggu kami duduk atas lantai, perabut belum ada.
Tahun 1989 dan 90 saya melapor diri sebagai Guru Sandaran mengganti arwah Cikgu Jalaludin menyambung belajar.
Manakala pada hari ini saya diberi kepercayaan untuk berucap seterusnya merasmikan majlis.
Secara jujur ingin saya berkongsi pengalaman dgn warga SMTeknik/Vokasional bahawa kita berbangga dan beruntung bersekolah disini. Kerana Sekolah, guru maka saya berdiri disini. Guru garang, tegas, akan memotivasi adik2 semua, berani, yakin, semangat kental.
Bagi pelajar baru, guru baru – ’renjatan;
Perkataan motivasi pada saya; ’oi lobai’, ’bangang’, ’cilako’, ’kocik2 tak nak mampush’
’kau duduk asrama ni omak abah tak mampu bagi makan, tak nak jago kau dio suruh ese jago.’
Bilo masuk Politeknik – 2 kumpulan pelajar. SPM/SPVM
Bilo masuk Maktab Teknik, disitu lah kilang yg mengeluar produk guru latar belakang kasar, maka bentuk kami jadi kasar dan lasak. Bila dah keluar sekolah pelajar akan bertemu dgn pelbagai ragam manusia, pelbagai cabaran maka pelajar akan mempunyai daya tahan yang cukup kental.
Berkaitan dengan masa depan lepasan SMTeknik/Vokasional; amat cerah dalam bidang Teknikal dalam apa jua bidang samada berniaga, bekerja ataupun menyambung pelajaran.
Rekod pencapaian bekas pelajar sekolah ini jurutera, pensyarah, arkitek, pengurus, ahli perniagaan, akauntan, guru, juru teknik dan sebagainya. Oleh itu, nasihat kepada para pelajar; anda harus
letak impian anda. Pastikan impian akan menjadi cita-cita. Usahakan sehingga cita-cita itu menjadi nyata.
Kepada pelajar dan bekas pelajar, anda dipelawa menganggotai Alumni SMK Teknik/Vokey Juasseh.
Alumni bertujuan;
· sebagai tali yang terus mengikat silaturrahim bekas-bekas guru dan pelajar denga warga SMV Juasseh
· Menjadi wadah penganjuran program untuk bekas pelajar, bekas guru, bekas pekerja, pelajar, guru dan pekerja SMV/T Juasseh.
· penghubung kepada SMV Juasseh, kami boleh menyumbang kepakaran, apa-apa material yang boleh memajukan pelajar dan sekolah.
· Pihak sekolah pasti menyimpan harapan agar bekas pelajar pulang semula untuk menabur bakti dan membantu pihak sekolah mencapai matlamat sebagai pusat ilmu. Hanya alumni dapat merealisasikan harapan ini.
· Bersama-sama PIBG, guru dan kakitangan dalam menjayakan sesuatu majlis akademik maupun disiplin
· Menjadi penasihat dan memberi panduan kepada pelajar2 dalam bentuk khidmat nasihat atau apa jua pertolongan yang difikirkan perlu, wajar dan mampu.
· Menjadi sumber tabung maklumat (databank) yang memantau maklumat bekas pelajar, bekas guru dan bekas pekerja SMV/T Juasseh.
· membuktikan kepada masyarakat umum tentang kecemerlangan sekolah dan semangat kekitaan.
· menjadi kebanggaan warga sekolah walaupun telah bergelar professional, ahli perniagaan mahupun ilmuwan tersohor.
· membantu jentera pentadbiran sekolah di dalam meningkatkan fasiliti dan prestasi sekolah bersama-sama PIBG
· merancang dan mengatur aktiviti-aktiviti bagi mencapai objektif alumni.
· Membantu pihak sekolah mengumpul dana.
SM Vokey Juasseh, SM Teknik dah berusia 25 tahun, darab 100 orang = 2500, 2500 menyumbang dana RM10 = RM25,000. Target kita RM10,000 dapat dikutip, ini adalah satu kejayaan alumni. Itu cakap orang perdagangan.
Saya bukan orang politik yg ada peruntukan untuk disalurkan kepada sekolah. Cuma yang ada, sedikit ilmu yang satu masa dulu berasal dari sekolah ini akan saya pulangkan semula kepada sekolah ini dalam apa jua bentuk sekalipun yang termampu.
Saya juga mewakili sahabat-sahabat barisan jawatankuasa alumni, bekas-bekas pelajar mengucapkan terima kasih kepada pihak sekolah dan guru yang telah mendidik kami semua.
Kepada barisan jawatankuasa program di bawah pimpinan tuan pengetua, pibg syabas dan tahniah yang telah bekerja kuat. Diharap dengan kehadiran bekas pelajar bersama-sama ke majlis ini akan menyuntik semangat kepada barisan guru agar terus bekerja dan bekerja.
Kepada adik2 yang memperolehi keputusan yang cemerlang, tahniah dan anda perlu meneruskan perjuangan ini. Semoga kejayaan anda akan menjadi kebanggaan sekolah, keluarga, diri, negara, bangsa dan agama. Kepada yang masih tercari-cari, anda juga masih diperlukan, sebab kata adat;

Kalau cerdik tempat berunding,
Kalau bodoh disuruh arah
Kalau pekak pembakar bedil (meriam),
Kalau buta penghembus lesung
Kalau berkurap mengandar buluh,
Kalau alim hendakkan doanya
Kalau tepok penunggu jemuran,
Kalau tinggi banir tempat berlindung
Kalau rimbun tempat berteduh.

Akhir kata, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Puan Pengetua, YDP PIBG yang memberikan sokongan kepada ALUMNI bagi menjalankan aktiviti-aktiviti ALUMNI.
Dengan rasa rendah diri, dengan lafaz bismilah hirahmanirahim saya merasmikan majlis hari anugerah kecemerlangan SMTeknik Juasseh tahun 2010

Wassalamualaikum w.b.t.

Wednesday, June 23, 2010

Pasar Seni Kuala Lumpur




Kami sekeluarga berkesempatan ronda-ronda di Pasar Seni Kuala Lumpur setelah belasan tahun tidak menjejakkan kaki di sana.




Tarikh: 19 Jun, 2010


Hari: Sabtu


Jam: 6.00 petang

Tahniah...


Syabas dan Tahniah buat isteriku yang tercinta. Setelah mengharungi penat jerih, onak dan duri akhirnya segulung ijazah berada dalam genggaman.

Apa itu 'masuk suku'?

Rujukan; Norzali Ibrahim, Penasihat Adat Yang Teramat Mulia Tunku Besar Tampin
Tersiar dalam: Utusan Malaysia (19 Jun, 2010)

Ramai pihak yang tersenyum sinis apabila mendengar perkataan 'masuk suku' kerana bagi mereka masuk suku bermaksud 'masuk tidak sepenuhnya' atau hanya 1/4 sahaja yang masuk.

Dalam masyarakat Adat Perpatih Negeri Sembilan ini, perkataan 'masuk suku' itu membawa pengertian yang berbeza daripada masyarakat umum, khususnya yang tidak mengamalkannya.

Ini kerana bagi pengamal Adat Perpatih kata 'masuk' dalam perkataan ini tidak bererti 'pergi ke dalam', manakala 'suku' pula tidak membawa maksud ukuran 'satu daripada empat bahagian' atau 1/4.

Sebaliknya kata 'masuk' dalam Adat Perpatih bermaksud 'menjadi ahli' atau 'anggota', sementara 'suku' pula panggilan bagi kelompok kekeluargaan yang terbesar dalam kalangan masyarakat adat.

Di Negeri Sembilan terdapat 12 suku utama iaitu Biduanda, Batu Hampar, Seri Melenggang, Tanah Datar, Seri Lemak, Mungkal, Tiga Nenek, Paya Kumbuh, Anak Melaka, Anak Acheh, Batu Belang, dan Tiga Batu.

Selain 12 suku ini terdapat beberapa kelompok suku kecil lain.

Setiap anggota msyarakat Adat Perpatih ialah ahli keluarga atau anggota kepada salah satu daripada suku-suku tersebut.

Keanggotaan seseorang ahli masyarakat Adat Perpatih mengikut suku ibu iaitu jika ibunya anggota suku Biduanda maka anak-anaknya akan bersuku Biduanda.

Orang bukan Adat Perpatih boleh jadi ahli masyarakat adat dengan syarat dia menjadi 'anak angkat' kepada salah satu daripada 12 suku tersebut.

Perbuatan menjadi anak angkat ini yang dikatakan oleh umum sebagai 'masuk suku'.

Justeru, perbuatan masuk suku ini adalah satu institusi menjadi anak angkat kepada salah satu suku dalam masyarakat Adat Perpatih.

Istilah adat bagi perbuatan 'masuk suku' ini adalah 'berkodin'.

Berkodin bermaksud bersaudara dan bersaudara bermakna menjalin ikatan kekeluargaan.

Ikatan kekeluargaan yang terjalin bukan terhad dengan keluarga yang menerima seorang itu sebagai anak angkat tetapi seluruh kelompok kekeluargaan iaitu semua anggota suku keluarga angkatnya.

Ada dua sebab dan dua cara orang 'masuk suku' atau 'berkodin.'

Pertamanya, orang luar khususnya lelaki yang hendak berkahwin dengan orang Adat Perpatih. Suku yang dimasukinya itu harus tidak sama dengan suku bakal isteri.

Contohnya, jika bakal isterinya anggota suku Tanah Datar, maka dia harus menganggotai salah daripada 11 suku lain.

Tujuan 'masuk suku' dalam kes seperti ini ialah suku angkat individu tersebut akan bertanggungjawab sepenuhnya jika berlaku sebarang masalah semasa mereka menjadi menantu kepada suku isterinya.

Pendek kata, dalam kodin disebabkan ini, individu berkenaan hanya menumpang bersaudara dalam suku yang menerima dan mengkodinkannya.

Berkodin atas sebab ini disitilahkan sebagai 'kodin adat' atau 'kodin pinang sebatang' atau dikatakan juga sebagai 'kodin selayar atap atau sebilah lantai'. Aturan dan adat istiadat untuk jenis ini sederhana sahaja.

Kodin yang kedua adalah mengambil anak angkat perempuan, selalunya yang masih bayi.

Anak perempuan dalam masyarakat Adat Perpatih ialah aset kerana perempuan sahaja yang mewarisi nama suku dan harta pusaka, sama ada material dan bukan material.

Jika sesebuah keluarga tidak mempunyai anak perempuan keluarga berkenaan dianggap sebagai 'pupus'.

Justeru, bagi mengelakkan keadaan 'pupus' ini, keluarga berkenaan akan mengambil anak angkat sama ada daripada kalangan orang Melayu atau keturunan asing, selalunya berketurunan Cina. Tegasnya, keahlian dalam kodin jenis ini merupakan keahlian penuh.

Kodin atas sebab ini dikatakan sebagai 'kodin adat dan pusaka' atau 'kodin aur serumpun'.

Aturan dan adat istiadat untuk kodin jenis ini adalah kompleks dan melibatkan semua ketua adat dalam suku dan Undang atau Penghulu Luak kerana akan melibatkan perwarisan harta pusaka adat suku.

Wednesday, June 2, 2010

Indahnya Percutian di Lost World Tambun 2010











Percutian SK Serting Felda di Lost World Tambun, Ipoh











Jamuan Makan di Restoran Sabar Menanti Ipoh

Cikgu Rashid (Guru Besar SK Serting Felda) dan sahabat2.



Keluarga Abang Hussin dan Cikgu Norhayati



Padah Melanggar Peraturan Jalan Raya


Seorang pelajar sekolah telah ditahan anggota polis disebabkan Melanggar Peraturan Jalan Raya iaitu tidak memakai topi keledar ketika menunggang motorsikal.

Mari kita sama-sama renungkan;

  1. awasi anak2 ketika menggunakan kenderaan tanpa lesen
  2. kesalahan ibu bapa membenarkan anak2 menggunakan kenderaan tanpa lesen
  3. anak2 tidak memakai topi keledar ketika menunggang motorsikal
  4. motorsikal yang tidak mempunyai cukai jalan
  5. secara tidak langsung imej diri pelajar, ibu bapa dan sekolah turut tercemar apabila anak2 ditangkap ketika memakai uniform sekolah.
  6. Ibu bapa dan orang ramai sering menyalahkan pihak polis, tetapi siapa yang sepatutnya dipersalahkan......

Mesyuarat Datuk Lembaga dan Datuk Buapak Luak Jempol







Tarikh:1 Jun, 2010



Masa: 3.00 petang



Tempat: Kg Jerjak, Batu Kikir, Negeri Sembilan






telah dijalankan mesyuarat Datuk Lembaga dan Datuk Buapak Luak Jempol di Kg Jerjak bagi membincangkan tentang Pemulihan Adat Kahwin Satu Suku.






Sambutan Hari Guru 2010 SMK Seri Jempol




Sebahagian rakan2 guru turut memeriahkan Sambutan Hari Guru SMK Seri Jempol 2010. Semua guru telah di iringi dengan paluan kompang oleh pasukan kompang Serting 1 di bawah pimpinan En Shafie.

Thursday, May 13, 2010

Program Lesen Memandu B2 (Motorsikal) PIBG SMK Seri Jempol

Program ini dilaksanakan bagi membolehkan pelajar sekolah menengah kebangsaan seri jempol mengambil lesen B2 (motor sikal).

Tarikh: Mei- Disember, 2010
Had Umur: 16 tahun (Tingkatan 4)
Anjuran: PIBG SMK Seri Jempol
Penyelaras: Cikgu Sulaiman bin Malik

Peserta Kumpulan Pertama
  1. M Hafiz Hussein
  2. Abd Hadi Nordin
  3. M Hanizam Yusup
  4. M Farid Mat Isa
  5. M Nazrin A Malek

Kumpulan Kedua akan mendaftar sedikit masa lagi.

PELAJAR YANG BERMINAT SILA MENDAFTAR SEGERA.......

Sunday, May 9, 2010

Sajak Najibah

WAHAI SEKOLAH KU SKSF

ANDAI KU TAHU
RIMBA ILMUMU
PENUH WARNA KEHIDUPAN
SARAT HIJAU PENGETAHUAN
AKAN TERTIBKU BERSIMPUH DI BAWAH
LEMBAYUNGMU
ENGLISH ZONE SKSF


ANDAI KU TAHU
GELAP CAHAYA MU ADALAH SINAR
RUANG KECILMU IBARAT SANGKAR
TERMANGU AKU AKHIRNYA
MENGAMBIL IKHTIBAR
DISUDUTMU PPDa SKSF





ANDAI KU TAHU JUA
LENGGOK TIUPAN ANGIN
MENGHAYUN BIRAI-BIRAI BAHASAMU
YANG INDAH DAN BERMAKNA
AKU BERDIAM DIRI AKU
MELIHAT, MEMBACA, MENGAMBIL PENGERTIAN
DI INDAHNYA TAMAN BAHASA MU SKSF


USAH BERCERITA
SETIAP INCINYA PERKARANGANMU
SETIAP INCINYA PERKARANGANMU
LANTAS DI DALAMNYA
PENUH ILMU YANG ENTAH BILA
SUDAH TERSEDIA DAN SENTIASA DISELIA







JIKA NILAI ITU DIKUTIP
ILMU ITU DIPERGUNAKAN
DISEBAR, DIHAYATI, DITEKUNI
MANFAATKANLAH SALURUH ISINYA
KERANA IA, ILMU
TIADA DI MANA-MANA
HANYA DI DADA MU SERTING FELDA.



Disampaikan oleh:
Nur Najibah Yusra bt Sulaiman
10 tahun
Sekolah Kebangsaan Serting Felda

Monday, April 26, 2010

Hebahan Notis Mesyuarat Agung Badan Kebajikan Am Desa Permai Serting Tengah

Kepada warga Desa Permai Serting Tengah adalah dengan ini tuan/puan dijemput hadir ke mesyuarat agung badan kebajikan am desa permai serting tengah pada ketetapan berikut

Tarikh: 1 mei, 2010
masa: 2.30m petang
Tempat; Dewan orang ramai serting tengah

ATURCARA MAJLIS

  1. Ucapan pengerusi majlis
  2. bacaan doa
  3. ucapan pengerusi BKADPST
  4. Ucapan perasmian oleh En Rahman bin Ludin, Pengerusi JKKK Serting Tengah
  5. Penyampaian cenderahati
  6. Jamuan

Lamo dah tak update...

kepada rakan-rakan pembaca budiman,

mohon maaf......dah lamo tak update blog ni. Sejak kebelakangan ni cibuk cikit leer

Sunday, March 28, 2010

Terbongkar Kisah Anak Menantu Derhaka 2010

Sambung ibu tua........

15 tahun lepas anak bongsunya telah bertemu jodoh. Segala persiapan majlis bagi meraikan pengantin telah dilakukan serba sederhana. Maklumlah ketika itu si ibu tua telah bergelar ibu tunggal.

Semasa majlis si ibu sangat puas kerana berasa berjaya melaksanakannya dengan baik.

Si menantu durjana telah melakukan onar lagi.

Si Menantu telah berlagak seperti penyambut tetamu. Tetamu yang hadir dilayan baik dengan penuh kepura-puraan. Selesai menjamu selera, tetamu bersalaman si penyambut tetamu. 'Salam berisi tu.....' Segala wang yang dihulur tetamu semuanya telah dikaut oleh si menantu. Tindakan liciknya telah dapat dihidu dan dilihat oleh si ibu dan anaknya yang lain.

Segala wang telah LESAP.

Persoalan yang menjadi tanda tanya sejak dulu telah berjawab hingga kini.

Terbongkar Kisah Anak Menantu Derhaka 2010

Cerita ibu tua lagi......

Semasa majlis perkahwinan si anak dulu, menantu bertuah telah melakukan perbuatan yang tak pernah dilakukan orang waras dan amat memalukan. Yang mana si menantu telah mengambil semula 'WANG HANTARAN' yang telah dihiasi secantik rupa. Lebih manis kita katakan MENCURI.

Si ibu tua dan arwah suaminya sehingga ke hari ini beliau tidak pernah dapat melihat apatah lagi memegang wang hantaran itu sehinggalah ke saat ini.

Ini bermakna arwah suaminya, sampai mati kempunan tak dapat melihat dan memegang wang tersebut. Sedangkan kita tau bahawa wang hantaran adalah wang belanja hangus dari pihak pengantin lelaki kepada pihak pengantin perempuan.

Di hari arwah suami si ibu tua meninggal dunia, ramai sahabat handai dan saudara mara si ibu dan arwah suami datang menziarahi buat kali terakhir. Ada tetamu yang menghulur sumbangan ke dalam jag kosong yang disediakan. Apabila urusan pengkebumian arwah telah selesai maka keluarga balik ke rumah untuk membuat persiapan untuk majlis kenduri arwah pada sebelah malamnya. Alangkah terperanjatnya ke luarga berkenaan apabila mendapati jag yang penuh tadi telah kosong. Mana hilangnya duit sumbangan itu. Sampai ke saat dan ketika tuan/puan yang membaca catatan ini, tidak diketahui siapa yang panjang tangan.....

Terbongkar Kisah Anak Menantu Derhaka 2010

Sambungan......

Secara lojiknya dan hukum alam, jika si anak telah berumur 50 tahun dah tentu si anak telah berpuluh tahun berkahwin. Anak dah tentu besar panjang, mungkin juga dah menantu dan memiliki cucu. Ini bermakna si anak telah lama melakukan sikap kebiadapannya, kesombongannya, bongkaknya, mencuri, menipu dan sebagainya. Ini bermakna segala macam tindakan yang kurang baik ini telah sebati dan menjadi darah dagingnya.

Pernah aku mendengar ceramah agama yang disampaikan oleh seorang ustaz. '......Lagi pun kalau dah umur 40 tahun kalau tidak berubah maka sikap ini terus menerus sampai mati lagi la gamaknya...'

Terbongkar Kisah Anak Menantu Derhaka 2010

Assalamualaikum kengkawan dan pelawat semua.

Baru-baru ini aku telah ditemukan dengan satu kisah seorang ibu tua yang telah uzur. Ibu yang aku temui telah menceritakan salah seorang anaknya yang satu ketika dulu pernah dilahirkan, pernah disusukan, diberi pendidikan secukupnya tiba-tiba berubah sesudah kahwin.

Si anak telah gelap mata kerana wang, harta benda dan keduniaan.

Sekarang anak telah lewat usia 50 an. Sikap sombong, bongkak, biadap dan tamak si anak semakin menjadi-jadi. Malah segala macam keburukan si anak telah tidak berdaya di simpan lagi oleh ibu tua.

Ikuti kisah selanjutnya........

Monday, March 22, 2010

Pakej Penginapan Untuk Disewa 2010

Pakej Percutian Keluarga Dan Berbulan Madu
Bil. Resort & Hotel: 30
Jenis Bilik: Hotel dan apartment.
Tempahan awal lebih memudahkan urusan


BIL NEGERI RESORT DAN HOTEL
1 Johor New York Hotel
2 Johor The Regency Hotel by the sea
3 Kedah Swiss-Inn Sungai Petani
4 Kedah Bayview Hotel Langkawi (The City Bayview Hotel Langkawi)
5 Kedah Hotel Helang Langkawi Resort
6 Kedah Langkasuka Beach Resort
7 Kuala Lumpur Swiss Garden Hotel Kuala Lumpur
8 Kuala Lumpur Swiss-Inn Kuala Lumpur
9 Melaka Avillion Legacy Hotel (The Legacy)
10 Melaka Mahkota Hotel (Century Mahkota)
11 Negeri Sembilan Ancasa Resort Allsuites Port Dickson
12 Negeri Sembilan Klana Resort Seremban (Allson Klana Resort Seremban)
13 Negeri Sembilan Paradise Lagoon Holidays Apartment Port Dickson
14 Pahang Shahzan Inn Fraser’s Hill
15 Pahang Swiss-Garden Resort & Spa Kuantan
16 Pahang Country Logge Resort Cameron Higlands
17 Pahang Hotel Rosa Passadena Cameron Higlands
18 Pahang Villa Dahlia Cameron Higlands
19 Perak Swiss Garden Golf Resort & Spa Damai Laut
20 Perak Swiss-Court Holidays Apartment Damai Laut
21 Perak Swiss-Villas
22 Pulau Pinang Copthorne Orchid Hotel Penang
23 Pulau Pinang Hotel Royal Penang
24 Sabah Beverly Hotel Kota Kinabalu
25 Sabah Kinabalu Pines Resort Mount Kinabalu
26 Sabah Promenade Hotel Kota Kinabalu
27 Sabah Swiss-Inn Waterfront Sandakan, Sabah
28 Sarawak Holiday Inn Resort Damai Beach Kuching
29 Sarawak Hotel Grand Continental Kuching
30 Terengganu Merang Suria Resort




Tempahan boleh dibuat:
Encik Sulaiman bin Malik 013-3715117,
e-mail: sulaimanmalik616@yahoo.com.my
Puan Rahimah bt Ismail 013-3775409/06-4985344 (R)

Thursday, March 11, 2010

Seri oh Sri

Jam 6.31 ptg aku telah menerima satu panggilan telefon yang memperkenalkan dirinya sebagai bapa penjaga. Tiba-tiba ingatanku kembali semula ke sekolah. Adoi...... mengganggu waktu istirehatku bersama keluarga, rintih ku. Kenapa la zaman moden yang serba canggih ini masih ada golongan penjaga yg menyalahkan guru, pihak sekolah dan rakan sebaya apabila anaknya bermasalah. Fikirku, penjaga tahun 60 dulu mungkin ada agaknya.

Disiplin sekolah secara rasminya adalah menjadi tanggungjawab guru disiplin, guru besar dan guru penolong kanan. Keadaan ini menyebabkan sebilangan besar guru-guru di sekolah mengambil sikap lepas tangan dan tidak menunjukkan komitmen bagi menangani masalah disiplin yang dilakukan oleh murid-murid samada di sekolah mahupun di luar sekolah. Murid-murid yang nakal dan suka melanggar disiplin menjadi lebih berani dan bebas melakukan perbuatan yang melanggar peraturan dan undang-undang kerana mereka tahu guru-guru tidak mempunyai kuasa yang boleh dilakukan ke atas mereka. Malah dalam keadaan tertentu, murid-murid ini dengan berani mencabar kewibawaan guru yang mereka tidak sukai.

Bagi setengah-setengah guru yang merasa keselamatan mereka terancam akan mengambil sikap tidak peduli dan membiarkan sahaja apa yang dilakukan oleh murid-murid yang bermasalah ini. Masyarakat guru terpaksa membodohkan diri mereka sendiri, membutakan mata, membisukan suara dan membenamkan rasa kekecewaan mereka sebagai golongan pendidik yang dayus dan tidak berwibawa.

Saturday, February 20, 2010

MESYUARAT JAWATANKUASA PENUBUHAN ALUMNI SMK SERI JEMPOL


Bekas pelajar yang menghadiri mesyuarat penubuhan Alumni SMK Seri Jempol.

AJK PENAJA ALUMNI SMK SERI JEMPOL


20 fEBRUARI, 2010

SABTU

BILIK UTILITI SMK SERI jEMPOL


Mesyuarat Penubuhan Jawatankuasa Penaja Alumni SMK Seri Jempol telah diadakan. Terima kasih atas kehadiran bekas-bekas pelajar dari jauh.

Pengorbanan dan sumbangan ikhlas anda diucapkan terima kasih.

Tahniah juga kepada Jawatan kuasa yang telah dilantik.

Wednesday, February 10, 2010

Hakikat Sabar

Sabar adalah pilar kebahagiaan seorang hamba. Dengan kesabaran itulah seorang hamba akan terjaga dari kemaksiatan, konsisten menjalankan ketaatan, dan tabah dalam menghadapi berbagai macam cobaan. Ibnul Qayyim rahimahullah mengatakan, “Kedudukan sabar dalam iman laksana kepala bagi seluruh tubuh. Apabila kepala sudah terpotong maka tidak ada lagi kehidupan di dalam tubuh.” (Al Fawa’id, hal. 95)

Pengertian Sabar

Syaikh Muhammad bin Shalih Al ‘Utsaimin rahimahullah berkata, “Sabar adalah meneguhkan diri dalam menjalankan ketaatan kepada Allah, menahannya dari perbuatan maksiat kepada Allah, serta menjaganya dari perasaan dan sikap marah dalam menghadapi takdir Allah….” (Syarh Tsalatsatul Ushul, hal. 24)

Macam-Macam Sabar

Syaikh Muhammad bin Shalih Al ‘Utsaimin rahimahullah berkata, “Sabar itu terbagi menjadi tiga macam:
Bersabar dalam menjalankan ketaatan kepada Allah
Bersabar untuk tidak melakukan hal-hal yang diharamkan Allah
Bersabar dalam menghadapi takdir-takdir Allah yang dialaminya, berupa berbagai hal yang menyakitkan dan gangguan yang timbul di luar kekuasaan manusia ataupun yang berasal dari orang lain (Syarh Tsalatsatul Ushul, hal. 24)

Sebab Meraih Kemuliaan

Di dalam Taisir Lathifil Mannaan Syaikh As Sa’di rahimahullah menyebutkan sebab-sebab untuk menggapai berbagai cita-cita yang tinggi. Beliau menyebutkan bahwa sebab terbesar untuk bisa meraih itu semua adalah iman dan amal shalih.

Di samping itu, ada sebab-sebab lain yang merupakan bagian dari kedua perkara ini. Di antaranya adalah kesabaran. Sabar adalah sebab untuk bisa mendapatkan berbagai kebaikan dan menolak berbagai keburukan. Hal ini sebagaimana diisyaratkan oleh firman Allah ta’ala, “Dan mintalah pertolongan dengan sabar dan shalat.” (QS. Al Baqarah [2]: 45).

Yaitu mintalah pertolongan kepada Allah dengan bekal sabar dan shalat dalam menangani semua urusan kalian. Begitu pula sabar menjadi sebab hamba bisa meraih kenikmatan abadi yaitu surga. Allah ta’ala berfirman kepada penduduk surga, “Keselamatan atas kalian berkat kesabaran kalian.” (QS. Ar Ra’d [13] : 24).

Allah juga berfirman, “Mereka itulah orang-orang yang dibalas dengan kedudukan-kedudukan tinggi (di surga) dengan sebab kesabaran mereka.” (QS. Al Furqaan [25] : 75).
Selain itu Allah pun menjadikan sabar dan yakin sebagai sebab untuk mencapai kedudukan tertinggi yaitu kepemimpinan dalam hal agama. Dalilnya adalah firman Allah ta’ala, “Dan Kami menjadikan di antara mereka (Bani Isra’il) para pemimpin yang memberikan petunjuk dengan titah Kami, karena mereka mau bersabar dan meyakini ayat-ayat Kami.” (QS. As Sajdah [32]: 24) (Lihat Taisir Lathifil Mannaan, hal. 375)

Sabar Dalam Ketaatan

Sabar Dalam Menuntut Ilmu

Syaikh Nu’man mengatakan, “Betapa banyak gangguan yang harus dihadapi oleh seseorang yang berusaha menuntut ilmu. Maka dia harus bersabar untuk menahan rasa lapar, kekurangan harta, jauh dari keluarga dan tanah airnya. Sehingga dia harus bersabar dalam upaya menimba ilmu dengan cara menghadiri pengajian-pengajian, mencatat dan memperhatikan penjelasan serta mengulang-ulang pelajaran dan lain sebagainya.

Semoga Allah merahmati Yahya bin Abi Katsir yang pernah mengatakan, “Ilmu itu tidak akan didapatkan dengan banyak mengistirahatkan badan”, sebagaimana tercantum dalam shahih Imam Muslim. Terkadang seseorang harus menerima gangguan dari orang-orang yang terdekat darinya, apalagi orang lain yang hubungannya jauh darinya, hanya karena kegiatannya menuntut ilmu. Tidak ada yang bisa bertahan kecuali orang-orang yang mendapatkan anugerah ketegaran dari Allah.” (Taisirul wushul, hal. 12-13)

Sabar Dalam Mengamalkan Ilmu

Syaikh Nu’man mengatakan, “Dan orang yang ingin beramal dengan ilmunya juga harus bersabar dalam menghadapi gangguan yang ada di hadapannya. Apabila dia melaksanakan ibadah kepada Allah menuruti syari’at yang diajarkan Rasulullah niscaya akan ada ahlul bida’ wal ahwaa’ yang menghalangi di hadapannya, demikian pula orang-orang bodoh yang tidak kenal agama kecuali ajaran warisan nenek moyang mereka.

Sehingga gangguan berupa ucapan harus diterimanya, dan terkadang berbentuk gangguan fisik, bahkan terkadang dengan kedua-keduanya. Dan kita sekarang ini berada di zaman di mana orang yang berpegang teguh dengan agamanya seperti orang yang sedang menggenggam bara api, maka cukuplah Allah sebagai penolong bagi kita, Dialah sebaik-baik penolong” (Taisirul wushul, hal. 13)

Sabar Dalam Berdakwah

Syaikh Nu’man mengatakan, “Begitu pula orang yang berdakwah mengajak kepada agama Allah harus bersabar menghadapi gangguan yang timbul karena sebab dakwahnya, karena di saat itu dia tengah menempati posisi sebagaimana para Rasul. Waraqah bin Naufal mengatakan kepada Nabi kita shallallahu ‘alaihi wa sallam, “Tidaklah ada seorang pun yang datang dengan membawa ajaran sebagaimana yang kamu bawa melainkan pasti akan disakiti orang.”

Sehingga jika dia mengajak kepada tauhid didapatinya para da’i pengajak kesyirikan tegak di hadapannya, begitu pula para pengikut dan orang-orang yang mengenyangkan perut mereka dengan cara itu. Sedangkan apabila dia mengajak kepada ajaran As Sunnah maka akan ditemuinya para pembela bid’ah dan hawa nafsu. Begitu pula jika dia memerangi kemaksiatan dan berbagai kemungkaran niscaya akan ditemuinya para pemuja syahwat, kefasikan dan dosa besar serta orang-orang yang turut bergabung dengan kelompok mereka.
Mereka semua akan berusaha menghalang-halangi dakwahnya karena dia telah menghalangi mereka dari kesyirikan, bid’ah dan kemaksiatan yang selama ini mereka tekuni.” (Taisirul wushul, hal. 13-14)

Sabar dan Kemenangan

Syaikh Muhammad bin Shalih Al ‘Utsaimin rahimahullah berkata, “Allah ta’ala berfirman kepada Nabi-Nya, “Dan sungguh telah didustakan para Rasul sebelummu, maka mereka pun bersabar menghadapi pendustaan terhadap mereka dan mereka juga disakiti sampai tibalah pertolongan Kami.” (QS. Al An’aam [6]: 34).

Semakin besar gangguan yang diterima niscaya semakin dekat pula datangnya kemenangan. Dan bukanlah pertolongan/kemenangan itu terbatas hanya pada saat seseorang (da’i) masih hidup saja sehingga dia bisa menyaksikan buah dakwahnya terwujud. Akan tetapi yang dimaksud pertolongan itu terkadang muncul di saat sesudah kematiannya. Yaitu ketika Allah menundukkan hati-hati umat manusia sehingga menerima dakwahnya serta berpegang teguh dengannya. Sesungguhnya hal itu termasuk pertolongan yang didapatkan oleh da’i ini meskipun dia sudah mati.

Maka wajib bagi para da’i untuk bersabar dalam melancarkan dakwahnya dan tetap konsisten dalam menjalankannya. Hendaknya dia bersabar dalam menjalani agama Allah yang sedang didakwahkannya dan juga hendaknya dia bersabar dalam menghadapi rintangan dan gangguan yang menghalangi dakwahnya. Lihatlah para Rasul shalawatullaahi wa salaamuhu ‘alaihim. Mereka juga disakiti dengan ucapan dan perbuatan sekaligus.

Allah ta’ala berfirman yang artinya, “Demikianlah, tidaklah ada seorang Rasul pun yang datang sebelum mereka melainkan mereka (kaumnya) mengatakan, ‘Dia adalah tukang sihir atau orang gila’.” (QS. Adz Dzariyaat [51]: 52). Begitu juga Allah ‘azza wa jalla berfirman, “Dan demikianlah Kami menjadikan bagi setiap Nabi ada musuh yang berasal dari kalangan orang-orang pendosa.” (QS. Al Furqaan [25]: 31). Namun, hendaknya para da’i tabah dan bersabar dalam menghadapi itu semua…” (Syarh Tsalatsatul Ushul, hal. 24)

Sabar di atas Islam

Ingatlah bagaimana kisah Bilal bin Rabah radhiyallahu ‘anhu yang tetap berpegang teguh dengan Islam meskipun harus merasakan siksaan ditindih batu besar oleh majikannya di atas padang pasir yang panas (Lihat Tegar di Jalan Kebenaran, hal. 122). Ingatlah bagaimana siksaan tidak berperikemanusiaan yang dialami oleh Ammar bin Yasir dan keluarganya. Ibunya Sumayyah disiksa dengan cara yang sangat keji sehingga mati sebagai muslimah pertama yang syahid di jalan Allah. (Lihat Tegar di Jalan Kebenaran, hal. 122-123)

Lihatlah keteguhan Sa’ad bin Abi Waqqash radhiyallahu ‘anhu yang dipaksa oleh ibunya untuk meninggalkan Islam sampai-sampai ibunya bersumpah mogok makan dan minum bahkan tidak mau mengajaknya bicara sampai mati. Namun dengan tegas Sa’ad bin Abi Waqqash mengatakan, “Wahai Ibu, demi Allah, andaikata ibu memiliki seratus nyawa kemudian satu persatu keluar, sedetikpun ananda tidak akan meninggalkan agama ini…” (Lihat Tegar di Jalan Kebenaran, hal. 133) Inilah akidah, inilah kekuatan iman, yang sanggup bertahan dan kokoh menjulang walaupun diterpa oleh berbagai badai dan topan kehidupan.

Saudaraku, ketahuilah sesungguhnya cobaan yang menimpa kita pada hari ini, baik yang berupa kehilangan harta, kehilangan jiwa dari saudara yang tercinta, kehilangan tempat tinggal atau kekurangan bahan makanan, itu semua jauh lebih ringan daripada cobaan yang dialami oleh salafush shalih dan para ulama pembela dakwah tauhid di masa silam.

Mereka disakiti, diperangi, didustakan, dituduh yang bukan-bukan, bahkan ada juga yang dikucilkan. Ada yang tertimpa kemiskinan harta, bahkan ada juga yang sampai meninggal di dalam penjara, namun sama sekali itu semua tidaklah menggoyahkan pilar keimanan mereka.
Ingatlah firman Allah ta’ala yang artinya, “Dan janganlah sekali-kali kamu mati melainkan dalam keadaan sebagai seorang muslim.” (QS. Ali ‘Imran [3] : 102).

Ingatlah juga janji Allah yang artinya, “Barang siapa yang bertakwa kepada Allah niscaya akan Allah berikan jalan keluar dan Allah akan berikan rezeki kepadanya dari jalan yang tidak disangka-sangka.” (QS. Ath Thalaq [65] : 2-3).

Disebutkan dalam sebuah riwayat bahwa Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Ketahuilah, sesungguhnya datangnya kemenangan itu bersama dengan kesabaran. Bersama kesempitan pasti akan ada jalan keluar. Bersama kesusahan pasti akan ada kemudahan.” (HR. Abdu bin Humaid di dalam Musnadnya [636] (Lihat Durrah Salafiyah, hal. 148) dan Al Haakim dalam Mustadrak ‘ala Shahihain, III/624). (Syarh Arba’in Ibnu ‘Utsaimin, hal. 200)

Sabar Menjauhi Maksiat

Syaikh Zaid bin Muhammad bin Hadi Al Madkhali mengatakan, “Bersabar menahan diri dari kemaksiatan kepada Allah, sehingga dia berusaha menjauhi kemaksiatan, karena bahaya dunia, alam kubur dan akhirat siap menimpanya apabila dia melakukannya. Dan tidaklah umat-umat terdahulu binasa kecuali karena disebabkan kemaksiatan mereka, sebagaimana hal itu dikabarkan oleh Allah ‘azza wa jalla di dalam muhkam al-Qur’an.

Di antara mereka ada yang ditenggelamkan oleh Allah ke dalam lautan, ada pula yang binasa karena disambar petir, ada pula yang dimusnahkan dengan suara yang mengguntur, dan ada juga di antara mereka yang dibenamkan oleh Allah ke dalam perut bumi, dan ada juga di antara mereka yang di rubah bentuk fisiknya (dikutuk).”

Pentahqiq kitab tersebut memberikan catatan, “Syaikh memberikan isyarat terhadap sebuah ayat, “Maka masing-masing (mereka itu) kami siksa disebabkan dosanya, Maka di antara mereka ada yang kami timpakan kepadanya hujan batu kerikil dan di antara mereka ada yang ditimpa suara keras yang mengguntur, dan di antara mereka ada yang kami benamkan ke dalam bumi, dan di antara mereka ada yang kami tenggelamkan, dan Allah sekali-kali tidak hendak menganiaya mereka, akan tetapi merekalah yang menganiaya diri mereka sendiri.” (QS. Al ‘Ankabuut [29] : 40).

“Bukankah itu semua terjadi hanya karena satu sebab saja yaitu maksiat kepada Allah tabaaraka wa ta’ala. Karena hak Allah adalah untuk ditaati tidak boleh didurhakai, maka kemaksiatan kepada Allah merupakan kejahatan yang sangat mungkar yang akan menimbulkan kemurkaan, kemarahan serta mengakibatkan turunnya siksa-Nya yang sangat pedih. Jadi, salah satu macam kesabaran adalah bersabar untuk menahan diri dari perbuatan maksiat kepada Allah. Janganlah mendekatinya.

Dan apabila seseorang sudah terlanjur terjatuh di dalamnya hendaklah dia segera bertaubat kepada Allah dengan taubat yang sebenar-benarnya, meminta ampunan dan menyesalinya di hadapan Allah. Dan hendaknya dia mengikuti kejelekan-kejelekannya dengan berbuat kebaikan-kebaikan. Sebagaimana difirmankan Allah ‘azza wa jalla, “Sesungguhnya kebaikan-kebaikan akan menghapuskan kejelekan-kejelekan.” (QS. Huud [11] : 114). Dan juga sebagaimana disabdakan oleh Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam, “Dan ikutilah kejelekan dengan kebaikan, niscaya kebaikan itu akan menghapuskannya.” (HR. Ahmad, dll, dihasankan Al Albani dalam Misykatul Mashaabih 5043)…” (Thariqul wushul, hal. 15-17)
Sabar Menerima Takdir

Syaikh Zaid bin Muhammad bin Hadi Al Madkhali mengatakan, “Macam ketiga dari macam-macam kesabaran adalah Bersabar dalam menghadapi takdir dan keputusan Allah serta hukum-Nya yang terjadi pada hamba-hamba-Nya. Karena tidak ada satu gerakan pun di alam raya ini, begitu pula tidak ada suatu kejadian atau urusan melainkan Allah lah yang mentakdirkannya. Maka bersabar itu harus. Bersabar menghadapi berbagai musibah yang menimpa diri, baik yang terkait dengan nyawa, anak, harta dan lain sebagainya yang merupakan takdir yang berjalan menurut ketentuan Allah di alam semesta…” (Thariqul wushul, hal. 15-17)

Sabar dan Tauhid

Syaikh Al Imam Al Mujaddid Al Mushlih Muhammad bin Abdul Wahhab rahimahullahu ta’ala membuat sebuah bab di dalam Kitab Tauhid beliau yang berjudul, “Bab Minal iman billah, ash-shabru ‘ala aqdarillah” (Bab Bersabar dalam menghadapi takdir Allah termasuk cabang keimanan kepada Allah)

Syaikh Shalih bin Abdul ‘Aziz Alusy Syaikh hafizhahullahu ta’ala mengatakan dalam penjelasannya tentang bab yang sangat berfaedah ini, “Sabar tergolong perkara yang menempati kedudukan agung (di dalam agama). Ia termasuk salah satu bagian ibadah yang sangat mulia. Ia menempati relung-relung hati, gerak-gerik lisan dan tindakan anggota badan. Sedangkan hakikat penghambaan yang sejati tidak akan terealisasi tanpa kesabaran.

Hal ini dikarenakan ibadah merupakan perintah syari’at (untuk mengerjakan sesuatu), atau berupa larangan syari’at (untuk tidak mengerjakan sesuatu), atau bisa juga berupa ujian dalam bentuk musibah yang ditimpakan Allah kepada seorang hamba supaya dia mau bersabar ketika menghadapinya.

Hakikat penghambaan adalah tunduk melaksanakan perintah syari’at serta menjauhi larangan syari’at dan bersabar menghadapi musibah-musibah. Musibah yang dijadikan sebagai batu ujian oleh Allah jalla wa ‘ala untuk menempa hamba-hamba-Nya. Dengan demikian ujian itu bisa melalui sarana ajaran agama dan melalui sarana keputusan takdir.

Adapun ujian dengan dibebani ajaran-ajaran agama adalah sebagaimana tercermin dalam firman Allah jalla wa ‘ala kepada Nabi-Nya shallallahu ‘alaihi wa sallam di dalam sebuah hadits qudsi riwayat Muslim dari ‘Iyaadh bin Hamaar. Dia berkata, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam pernah bersabda “Allah ta’ala berfirman: ‘Sesungguhnya Aku mengutusmu dalam rangka menguji dirimu. Dan Aku menguji (manusia) dengan dirimu’.”

Maka hakikat pengutusan Nabi ‘alaihish shalaatu was salaam adalah menjadi ujian. Sedangkan adanya ujian jelas membutuhkan sikap sabar dalam menghadapinya. Ujian yang ada dengan diutusnya beliau sebagai rasul ialah dengan bentuk perintah dan larangan.

Untuk melaksanakan berbagai kewajiban tentu saja dibutuhkan bekal kesabaran. Untuk meninggalkan berbagai larangan dibutuhkan bekal kesabaran. Begitu pula saat menghadapi keputusan takdir kauni (yang menyakitkan) tentu juga diperlukan bekal kesabaran. Oleh sebab itulah sebagian ulama mengatakan, “Sesungguhnya sabar terbagi tiga; sabar dalam berbuat taat, sabar dalam menahan diri dari maksiat dan sabar tatkala menerima takdir Allah yang terasa menyakitkan.”

Karena amat sedikitnya dijumpai orang yang sanggup bersabar tatkala tertimpa musibah maka Syaikh pun membuat sebuah bab tersendiri, semoga Allah merahmati beliau. Hal itu beliau lakukan dalam rangka menjelaskan bahwasanya sabar termasuk bagian dari kesempurnaan tauhid. Sabar termasuk kewajiban yang harus ditunaikan oleh hamba, sehingga ia pun bersabar menanggung ketentuan takdir Allah.

Ungkapan rasa marah dan tak mau sabar itulah yang banyak muncul dalam diri orang-orang tatkala mereka mendapatkan ujian berupa ditimpakannya musibah. Dengan alasan itulah beliau membuat bab ini, untuk menerangkan bahwa sabar adalah hal yang wajib dilakukan tatkala tertimpa takdir yang terasa menyakitkan. Dengan hal itu beliau juga ingin memberikan penegasan bahwa bersabar dalam rangka menjalankan ketaatan dan meninggalkan kemaksiatan hukumnya juga wajib.

Secara bahasa sabar artinya tertahan. Orang Arab mengatakan, “Qutila fulan shabran” (artinya si polan dibunuh dalam keadaan “shabr”) yaitu tatkala dia berada dalam tahanan atau sedang diikat lalu dibunuh, tanpa ada perlawanan atau peperangan. Dan demikianlah inti makna kesabaran yang dipakai dalam pengertian syar’i.

Ia disebut sebagai sabar karena di dalamnya terkandung penahanan lisan untuk tidak berkeluh kesah, menahan hati untuk tidak merasa marah dan menahan anggota badan untuk tidak mengekspresikan kemarahan dalam bentuk menampar-nampar pipi, merobek-robek kain dan semacamnya. Maka menurut istilah syari’at sabar artinya: Menahan lisan dari mengeluh, menahan hati dari marah dan menahan anggota badan dari menampakkan kemarahan dengan cara merobek-robek sesuatu dan tindakan lain semacamnya.

Imam Ahmad rahimahullah berkata, “Di dalam al-Qur’an kata sabar disebutkan dalam 90 tempat lebih. Sabar adalah bagian iman, sebagaimana kedudukan kepala bagi jasad. Sebab orang yang tidak punya kesabaran dalam menjalankan ketaatan, tidak punya kesabaran untuk menjauhi maksiat serta tidak sabar tatkala tertimpa takdir yang menyakitkan maka dia kehilangan banyak sekali bagian keimanan”

Perkataan beliau “Bab Minal imaan, ash shabru ‘ala aqdaarillah” artinya: salah satu ciri karakteristik iman kepada Allah adalah bersabar tatkala menghadapi takdir-takdir Allah. Keimanan itu mempunyai cabang-cabang. Sebagaimana kekufuran juga bercabang-cabang.
Maka dengan perkataan “Minal imaan ash shabru” beliau ingin memberikan penegasan bahwa sabar termasuk salah satu cabang keimanan. Beliau juga memberikan penegasan melalui sebuah hadits yang diriwayatkan oleh Muslim yang menunjukkan bahwa niyaahah (meratapi mayit) itu juga termasuk salah satu cabang kekufuran. Sehingga setiap cabang kekafiran itu harus dihadapi dengan cabang keimanan. Meratapi mayit adalah sebuah cabang kekafiran maka dia harus dihadapi dengan sebuah cabang keimanan yaitu bersabar terhadap takdir Allah yang terasa menyakitkan” (At Tamhiid, hal.389-391)
-bersambung insya Allah-
***

Penulis: Abu Mushlih Ari WahyudiArtikel
www.muslim.or.id