Wednesday, October 14, 2009

PANDUAN MENGHADAPI SPM

Untuk menghadapi peperiksaan, anda dikehendaki melakukan perkara-perkara berikut :

Persediaan Asas
  • Semangat yang tinggi
  • Pembacaan yang banyak
  • Kefahaman yang jelas
  • Ulangkaji berterusan
  • Keyakinan diri

Di dalam menghadapi peperiksaan satu perkara yang tidak boleh dilupakan ialah persediaan di peringkat awal secara berterusan sehingga tiba masa yang ditetapkan dan akan menjadi lebih berkesan sekiranya kaedah pembelajaran yang betul diamalkan. Namun, ramai juga pelajar yang tidak dapat menghadapi peperiksaan dengan baik walaupun telah menumpukan banyak masa di saat awal hinggalah ke akhirnya. Malahan ramai juga yang pada saat-saat akhirnya menjadi putus asa. Untuk menjawab pertanyaan ini cubalah bertanya kepada diri anda tentang :-

  • Adakah anda telah menghabiskan topik-topik penting ?
  • Adakah anda telah memahami apa yang diajar oleh guru atau dibaca sendiri ?
  • Adakah anda menhadapi pelajaran dengan semangat yang tinggi ?
  • Adakah anda berterusan belajar dan meneliti soalan-soalan lepas ?
  • Adakah anda mempunyai keyakinan diri untuk menjawab soalan nanti ?

No comments:

Post a Comment