Tuesday, October 20, 2009

Moh Poi Taman Tema Air di Gambang, Kuantan

Dilambung ombak keriangan di TABG
Teks dan gambar Ainal Marhaton Abd Ghani rencana@hmetro.com.my

BERKONSEPKAN percutian keluarga, Taman Air Bukit Gambang (TABG), dekat Kuantan, menjadi satu-satunya taman tema meraikan tetamunya dengan 1001 keseronokan. Dengan bayaran RM19.90 untuk dewasa dan kanak-kanak RM12.90, pengunjung dapat menikmati pelbagai permainan dan kolam dengan ombak buatan terbesar menggunakan teknologi terkini Scotland.

Si kecil pasti teruja dengan Penguin Island di bahagian hadapan taman itu. Sesekali pirana ini 'memuntahkan' 250 liter air pada satu-satu masa untuk memberi kejutan. Di pulau ini, pengunjung boleh menyertai pengembaraan dengan menyusuri sungai glasier sepanjang 380 meter (m) yang dingin. Pelampung yang disewa dengan kadar bayaran antara RM6 dan RM10 setiap satu. Tree Top Hill pula menjanjikan cabaran lebih hebat dengan gelungsur air di celah pokok berusia ratusan tahun. Tambah menarik apabila dapat hanyut bersama-sama ahli keluarga di atas pelampung yang menggelungsur laju menerusi lungsur kanopi, lungsur galaksi dan lungsur kristal. Pantai Cocoa Beach pula menawarkan pengalaman berbeza dengan gelombang lapan jenis ombak yang mengganas pada tempoh sama ditetapkan. Penat berendam dalam air, pengunjung boleh berehat sambil menjamu selera di Tin Mine Kopitiam, Coco Pizza, Penguin Express dan Coco Station.


Namun, bagi pengunjung luar daerah, mereka boleh memilih untuk menginap di Carribean Bay Suites (CBS) yang menawarkan 140 bilik berkonsep studio, suite deluxe (18 unit) dan suite keluarga (420 unit) dengan kadar berpatutan. Apabila siap sepenuhnya, ia bakal menjadi destinasi riadah utama pantai timur dan lokasi penganjuran program motivasi, merentas denai hutan, kemudahan menunggang kuda dan gelanggang paintball.

Pengunjung akan diberikan gelang khas yang berfungsi sebagai kad debit untuk tujuan pembelian dalam taman. Deposit tunai diperlukan, namun baki wang dikembalikan pada akhir kunjungan. Kaunter tambah nilai disediakan untuk isian semula. Kotak simpanan keselamatan boleh digunakan untuk telefon bimbit, jam tangan, barang kemas dan dompet dan tas tangan. Dengan ini, pengunjung tidak perlu memikirkan keselamatan barangan peribadi mereka.

TABG dibuka setiap hari mulai 10 pagi hingga 6 petang.
Ditutup setiap Selasa kecuali musim cuti persekolahan dan cuti umum.

RUJUKAN PERCUTIAN
Taman Air Bukit Gambang
Jalan Bukit Gambang Utama, Bukit Gambang Resort City26300, Kuantan. Tel: 09-5488000 Faks: 09-5486888
http://www.bgrc.com.my

No comments:

Post a Comment