Sunday, March 28, 2010

Terbongkar Kisah Anak Menantu Derhaka 2010

Sambung ibu tua........

15 tahun lepas anak bongsunya telah bertemu jodoh. Segala persiapan majlis bagi meraikan pengantin telah dilakukan serba sederhana. Maklumlah ketika itu si ibu tua telah bergelar ibu tunggal.

Semasa majlis si ibu sangat puas kerana berasa berjaya melaksanakannya dengan baik.

Si menantu durjana telah melakukan onar lagi.

Si Menantu telah berlagak seperti penyambut tetamu. Tetamu yang hadir dilayan baik dengan penuh kepura-puraan. Selesai menjamu selera, tetamu bersalaman si penyambut tetamu. 'Salam berisi tu.....' Segala wang yang dihulur tetamu semuanya telah dikaut oleh si menantu. Tindakan liciknya telah dapat dihidu dan dilihat oleh si ibu dan anaknya yang lain.

Segala wang telah LESAP.

Persoalan yang menjadi tanda tanya sejak dulu telah berjawab hingga kini.

Terbongkar Kisah Anak Menantu Derhaka 2010

Cerita ibu tua lagi......

Semasa majlis perkahwinan si anak dulu, menantu bertuah telah melakukan perbuatan yang tak pernah dilakukan orang waras dan amat memalukan. Yang mana si menantu telah mengambil semula 'WANG HANTARAN' yang telah dihiasi secantik rupa. Lebih manis kita katakan MENCURI.

Si ibu tua dan arwah suaminya sehingga ke hari ini beliau tidak pernah dapat melihat apatah lagi memegang wang hantaran itu sehinggalah ke saat ini.

Ini bermakna arwah suaminya, sampai mati kempunan tak dapat melihat dan memegang wang tersebut. Sedangkan kita tau bahawa wang hantaran adalah wang belanja hangus dari pihak pengantin lelaki kepada pihak pengantin perempuan.

Di hari arwah suami si ibu tua meninggal dunia, ramai sahabat handai dan saudara mara si ibu dan arwah suami datang menziarahi buat kali terakhir. Ada tetamu yang menghulur sumbangan ke dalam jag kosong yang disediakan. Apabila urusan pengkebumian arwah telah selesai maka keluarga balik ke rumah untuk membuat persiapan untuk majlis kenduri arwah pada sebelah malamnya. Alangkah terperanjatnya ke luarga berkenaan apabila mendapati jag yang penuh tadi telah kosong. Mana hilangnya duit sumbangan itu. Sampai ke saat dan ketika tuan/puan yang membaca catatan ini, tidak diketahui siapa yang panjang tangan.....

Terbongkar Kisah Anak Menantu Derhaka 2010

Sambungan......

Secara lojiknya dan hukum alam, jika si anak telah berumur 50 tahun dah tentu si anak telah berpuluh tahun berkahwin. Anak dah tentu besar panjang, mungkin juga dah menantu dan memiliki cucu. Ini bermakna si anak telah lama melakukan sikap kebiadapannya, kesombongannya, bongkaknya, mencuri, menipu dan sebagainya. Ini bermakna segala macam tindakan yang kurang baik ini telah sebati dan menjadi darah dagingnya.

Pernah aku mendengar ceramah agama yang disampaikan oleh seorang ustaz. '......Lagi pun kalau dah umur 40 tahun kalau tidak berubah maka sikap ini terus menerus sampai mati lagi la gamaknya...'

Terbongkar Kisah Anak Menantu Derhaka 2010

Assalamualaikum kengkawan dan pelawat semua.

Baru-baru ini aku telah ditemukan dengan satu kisah seorang ibu tua yang telah uzur. Ibu yang aku temui telah menceritakan salah seorang anaknya yang satu ketika dulu pernah dilahirkan, pernah disusukan, diberi pendidikan secukupnya tiba-tiba berubah sesudah kahwin.

Si anak telah gelap mata kerana wang, harta benda dan keduniaan.

Sekarang anak telah lewat usia 50 an. Sikap sombong, bongkak, biadap dan tamak si anak semakin menjadi-jadi. Malah segala macam keburukan si anak telah tidak berdaya di simpan lagi oleh ibu tua.

Ikuti kisah selanjutnya........

Monday, March 22, 2010

Pakej Penginapan Untuk Disewa 2010

Pakej Percutian Keluarga Dan Berbulan Madu
Bil. Resort & Hotel: 30
Jenis Bilik: Hotel dan apartment.
Tempahan awal lebih memudahkan urusan


BIL NEGERI RESORT DAN HOTEL
1 Johor New York Hotel
2 Johor The Regency Hotel by the sea
3 Kedah Swiss-Inn Sungai Petani
4 Kedah Bayview Hotel Langkawi (The City Bayview Hotel Langkawi)
5 Kedah Hotel Helang Langkawi Resort
6 Kedah Langkasuka Beach Resort
7 Kuala Lumpur Swiss Garden Hotel Kuala Lumpur
8 Kuala Lumpur Swiss-Inn Kuala Lumpur
9 Melaka Avillion Legacy Hotel (The Legacy)
10 Melaka Mahkota Hotel (Century Mahkota)
11 Negeri Sembilan Ancasa Resort Allsuites Port Dickson
12 Negeri Sembilan Klana Resort Seremban (Allson Klana Resort Seremban)
13 Negeri Sembilan Paradise Lagoon Holidays Apartment Port Dickson
14 Pahang Shahzan Inn Fraser’s Hill
15 Pahang Swiss-Garden Resort & Spa Kuantan
16 Pahang Country Logge Resort Cameron Higlands
17 Pahang Hotel Rosa Passadena Cameron Higlands
18 Pahang Villa Dahlia Cameron Higlands
19 Perak Swiss Garden Golf Resort & Spa Damai Laut
20 Perak Swiss-Court Holidays Apartment Damai Laut
21 Perak Swiss-Villas
22 Pulau Pinang Copthorne Orchid Hotel Penang
23 Pulau Pinang Hotel Royal Penang
24 Sabah Beverly Hotel Kota Kinabalu
25 Sabah Kinabalu Pines Resort Mount Kinabalu
26 Sabah Promenade Hotel Kota Kinabalu
27 Sabah Swiss-Inn Waterfront Sandakan, Sabah
28 Sarawak Holiday Inn Resort Damai Beach Kuching
29 Sarawak Hotel Grand Continental Kuching
30 Terengganu Merang Suria Resort




Tempahan boleh dibuat:
Encik Sulaiman bin Malik 013-3715117,
e-mail: sulaimanmalik616@yahoo.com.my
Puan Rahimah bt Ismail 013-3775409/06-4985344 (R)

Thursday, March 11, 2010

Seri oh Sri

Jam 6.31 ptg aku telah menerima satu panggilan telefon yang memperkenalkan dirinya sebagai bapa penjaga. Tiba-tiba ingatanku kembali semula ke sekolah. Adoi...... mengganggu waktu istirehatku bersama keluarga, rintih ku. Kenapa la zaman moden yang serba canggih ini masih ada golongan penjaga yg menyalahkan guru, pihak sekolah dan rakan sebaya apabila anaknya bermasalah. Fikirku, penjaga tahun 60 dulu mungkin ada agaknya.

Disiplin sekolah secara rasminya adalah menjadi tanggungjawab guru disiplin, guru besar dan guru penolong kanan. Keadaan ini menyebabkan sebilangan besar guru-guru di sekolah mengambil sikap lepas tangan dan tidak menunjukkan komitmen bagi menangani masalah disiplin yang dilakukan oleh murid-murid samada di sekolah mahupun di luar sekolah. Murid-murid yang nakal dan suka melanggar disiplin menjadi lebih berani dan bebas melakukan perbuatan yang melanggar peraturan dan undang-undang kerana mereka tahu guru-guru tidak mempunyai kuasa yang boleh dilakukan ke atas mereka. Malah dalam keadaan tertentu, murid-murid ini dengan berani mencabar kewibawaan guru yang mereka tidak sukai.

Bagi setengah-setengah guru yang merasa keselamatan mereka terancam akan mengambil sikap tidak peduli dan membiarkan sahaja apa yang dilakukan oleh murid-murid yang bermasalah ini. Masyarakat guru terpaksa membodohkan diri mereka sendiri, membutakan mata, membisukan suara dan membenamkan rasa kekecewaan mereka sebagai golongan pendidik yang dayus dan tidak berwibawa.