Monday, September 14, 2009

Menangani Stress Ketika Memandu Balik Rayo....

Stress membawa maksud tekanan atau tegang. Umunnya terbahagi kepada 2 bentuk. Pertama, tekanan positif iaitu apa-apa tekanan yang diterima menyebabkan kita rasa senang hati, riang dan gembira. manakala tekanan negetif berlaku sebaliknya dimana kita merasa susah hati, tidak tenteram dan sebagainya.

Memandu dalam keadaan stress negetif boleh menyebabkan pemerhatian yang kacau dan boleh melahirkan perilaku yang agresif. Anda akan lebih mudah melakukan kesalahan lalulintas jika dibandingkan dengan keadaan anda yang relex dan stabil. Risiko anda terlibat dengan kemalangan lebih tinggi jika anda memandu dalam keadaan stress.

Dalam pemanduan ada beberapa perkara yang boleh menyebabkan berlakunya stress negetif, antaranya ialah:-
  1. Pemandu dan segala permasalahan peribadinya
  2. Keadaan jalan yang tak sempurna
  3. Keadaan lalulintas yang sibuk
  4. Cuaca yang tak menentu
  5. Gangguan Cahaya dan Bunyi
  6. Kenderaan yang banyak, rosak,meletak tepi jalan dll
  7. Tempoh dan jarak memandu yang tak sesuai
  8. Sekatan pemeriksaan jalan raya yang tak perlu

Harus anda ingat bahawa stress ini mesti dikawal semasa anda memandu. Pemandu mahir akan bertindak segera mengawal situasi ini supaya pemanduan lebih selamat dan selesa.

Bagaimana anda hendak mengesan stress semasa memandu?.

Stress ini terbahagi kepada 3 peringkat:-


Peringkat 1- Amaran Bahaya (Alarm) Peringkat ini juga disebut sebagai gangguan kecil semasa memandu. Harus dingat bahawa gangguan-gangguan kecil ini jika tidak di kawal akan menjadi kepada gangguan yang lebih besar. Ianya akan menjejaskan pemerhatian dan menurunkan graf kemahiran memandu anda.Pemandu mahir mempunyai pemerhatian yang teliti, pertimbangan yang cepat dan tahu mengambil tindakan yang betul walau pun halangan tiba-tiba muncul diluar jangka. Pendek kata pemandu mahir tahu bila, bagaimana, dan apa yang hendak dilakukan semasa memandu. Ia mampu bertindak mengawal keadaan dan dapat meneruskan pemanduan dengan selamat.


Peringkat 2 - Rintangan(Resistance) Peringkat ini disebut sebagai peringkat berlakunya penentangan secara bersilang antara kehendak,kemahiran dan undang-undang. Tekanan mental dan fizikal silih berganti. Namun pemandu masih lagi berupaya mengawal keadaan dan boleh meneruskan perjalanan


Peringkat 3-(Exhaustion) Diperingkat ini pemandu mengalami tekanan mental dan fizikal secara berterusan yang akhirnya ia gagal mengawal keadaan. Jika ini berlaku tindakannya yang terbaik ialah memberhentikan kenderaan dan kembali memandu semula apabila stress ini dapat dikawal.

TIP-TIP UNTUK MENGAWAL STRESS SEMASA MEMANDU

  1. Rehatkan fikiran,rehatkan tubuh badan anda. Pastikan kedudukan badan anda adalah betul semasa memandu. Kedudukan badan terlalu dekat atau terlalu jauh dengan stereng memberi kesan kepada pemanduan.
  2. Lontarkan pandangan kepada persekitaran yang segar semasa memandu.Segarkan mata anda. Anda hendaklah mengatur pergerakan mata anda untuk melihat cermin sisi kanan/kiri dan cermin pandang belakang secara bersistemetik. Anggaplah pergerakan ini sebagai latihan mata supaya tidak mudah mengantuk atau mudah terlelap.
  3. Selepas memandu dalam tempoh tertentu, anda berhenti sekejap ditempat yang selamat, turun dari kenderaan dan buat pergerakan ringkas. Contoh:-Jika anda berhenti mengisi minyak, jangan malas keluar dari kenderaan. Anda hendaklah keluar dari kenderaan dimana pergerakan anda nanti akan memberi kesegaran semula.
  4. Rancang perjalanan. Pastikan rehat dan tidur mesti cukup. Harus diingat bahawa ubat mengantuk yang paling mujarab sekali ialah tidur. Jangan sekali-kali makan pil elak mengantuk kerana anda akan memandu dalam keadaan mata celik tetapi hati tidur.
  5. Mempunyai teman semasa memandu. Dengan berteman, anda boleh berbual.Jika teman anda kaki tidur, anda boleh sekalisekala menjeling bagaimana teman anda tidur kerana salah satu kaedah untuk mengelakkan dari mengantuk ialah melihat perlakuan orang tidur. Anda juga boleh bertemankan radio rangkaian kegemaran anda.
  6. Mengamalkan permakanan yang betul. Terlalu kenyang akan menyebabkan anda lemah dan ingin rehat dan tidur.
  7. Menciptalah sesuatu yang boleh menceriakan semasa memandu dan anggaplah pemanduan ini adalah pemanduan yang sempurna. Jangan sekali-sekali bertindakbalas kepada kesalahan yang dilakukan oleh pemandu lain. Pemandu mahir mesti boleh mengawal keadaan dan tidak mudah terjebak dengan kesalahan lalulintas.
  8. Lakukan SEX (SMILE-senyum, E-ENERGY-bersemangat/bertenaga dan E-E-XCITMENT-berseronok)�pada setiap masa.Ini adalah kunci utama untuk mengelakkan stress semasa memandu.�
  9. Mengambil pendekatan Agama. Orang yang tenang adalah orang yang dapat menghayati tuntutan agama. Pengalaman saya inilah petua besar yang dipegang oleh mereka yang tidak pernah terlibat dengan kemalangan.
    http://pandumolek.blogstarz.my/

1 comment:

  1. TIP NO 8 TU TOKOJUT DEN LAH..KAU NI, BULAN2 POSO NI SENSITIF..HAHAHA. NO TLPN JACKIE DAH ADO. KLU NAK SMS DEN LAH, TAKKAN NAK TULIH KEK SINI

    ReplyDelete