Monday, August 31, 2009

Info Tentang Ke Taman Negara....

Pengangkutan: Kereta (DARAT)
(Melalui Lebuhraya KL Kuantan; Dari KL Exit Temerloh/Jerantut, ikut arah Jerantut dan melalui Felda Padang Piol terus ke Taman Negara Kuala Tahan)

atau

Dari Kuala Pilah, Bahau, Kemayan, Temerloh, Jerantut, Melalui Felda Padang Piol terus ke Taman Negara Kuala Tahan

atau; jalan lain (AIR)

Tiba di Jerantut, parking kereta anda di Jeti Kuala Tembeling, naik bot panjang (sorang RM18) muat 18 orang satu bot, 2 jam perjalanan untuk sampai di Kuala Tahan. Lagi Enjoy.......

Penginapan:
Hotel (RM180-RM250 selesa untuk family), chalet, asrama (RM30-50 sorang) muatan 4 orang sebuah bilik

Makan:
kedai makan, restoran, restoran terapung (kat sungai kuala tahan). Order saja.....

Cadangan Aktiviti:

HARI PERTAMA
2.00 ptg - check in di penginapan
3.30 ptg - Exsplorasi Gua Telinga (berkasut, lampu suluh) (Naik bot RM3 sorang) dan perkampungan orang asli (RM5 sorang)
5.00 ptg - Aktiviti Rapid Shooting (Mandi Jeram) pakaian yang sesuai sebab balik basah kuyup (RM15 sorang)
8.00 malam - makan malam dan Perjumpaan Bekas Pelajar Bersama Family Masing-masing
(Jika mampu kita makan kat hotel (RM28 sorang) jika tak mampu makan kat kantin sekolah jeee....(RM15 sorang)


HARI KEDUA
Bangun pagi, sarapan
8.00 pagi - Naik bot River Crossing (Lintas sungai jee...) RM1 pergi
9.00 pagi - Naik Canopy Walk way (Jambatan Gantung) RM5 (Dewasa) Kanak2 (RM3)
11.00 pg - Naik bot utk Melintas balik RM1 lagi
12.00 th - Check out, bertolak balik
1.30 ptg - makan tengahari di Bandar Temerloh, kita ramai2 makan nasi lauk patin tempoyak......
2.30 ptg - Bersurai.

Nota: Permit masuk RM1, Permit Kamera RM5, Permit Memancing RM10




JIKA ANDA SETUJU MOHON KENGKAWAN SEMUA TELEFON SEGERA; SULAIMAN (013-3715117) NAK BOOKING PENGINAPAN, BOT DAN MAKAN. YANG PALING PENTING KITA BINCANG TARIKH. Kertas kerja sepenuhnya den akan siapkan.

3 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. SALAM MAN. HARGA DIO OK GAK KAN. BLN DISEMBER OK KOT. NNTI DEN TRY TANYO KWN2. TP KWN2 KITO NI TU LAH PROBLEM EH, KODOKUT PREPAID. SUSAH NA NAK REPLY SMS ORG. DEN SURUH DIORNG BAGI JAWAPAN TERUS KEK KAU LAH YO.

    ReplyDelete
  3. Salam, den dah 'iklan' kan cadangan kau dalam blog. Kito tunggu respon kawan2 cmano yo.

    ReplyDelete