Pengangkutan: Kereta (DARAT)
(Melalui Lebuhraya KL Kuantan; Dari KL Exit Temerloh/Jerantut, ikut arah Jerantut dan melalui Felda Padang Piol terus ke Taman Negara Kuala Tahan)
atau
Dari Kuala Pilah, Bahau, Kemayan, Temerloh, Jerantut, Melalui Felda Padang Piol terus ke Taman Negara Kuala Tahan
atau; jalan lain (AIR)
Tiba di Jerantut, parking kereta anda di Jeti Kuala Tembeling, naik bot panjang (sorang RM18) muat 18 orang satu bot, 2 jam perjalanan untuk sampai di Kuala Tahan. Lagi Enjoy.......
Penginapan:
Hotel (RM180-RM250 selesa untuk family), chalet, asrama (RM30-50 sorang) muatan 4 orang sebuah bilik
Makan:
kedai makan, restoran, restoran terapung (kat sungai kuala tahan). Order saja.....
Cadangan Aktiviti:
HARI PERTAMA
2.00 ptg - check in di penginapan
3.30 ptg - Exsplorasi Gua Telinga (berkasut, lampu suluh) (Naik bot RM3 sorang) dan perkampungan orang asli (RM5 sorang)
5.00 ptg - Aktiviti Rapid Shooting (Mandi Jeram) pakaian yang sesuai sebab balik basah kuyup (RM15 sorang)
8.00 malam - makan malam dan Perjumpaan Bekas Pelajar Bersama Family Masing-masing
(Jika mampu kita makan kat hotel (RM28 sorang) jika tak mampu makan kat kantin sekolah jeee....(RM15 sorang)
HARI KEDUA
Bangun pagi, sarapan
8.00 pagi - Naik bot River Crossing (Lintas sungai jee...) RM1 pergi
9.00 pagi - Naik Canopy Walk way (Jambatan Gantung) RM5 (Dewasa) Kanak2 (RM3)
11.00 pg - Naik bot utk Melintas balik RM1 lagi
12.00 th - Check out, bertolak balik
1.30 ptg - makan tengahari di Bandar Temerloh, kita ramai2 makan nasi lauk patin tempoyak......
2.30 ptg - Bersurai.
Nota: Permit masuk RM1, Permit Kamera RM5, Permit Memancing RM10
JIKA ANDA SETUJU MOHON KENGKAWAN SEMUA TELEFON SEGERA; SULAIMAN (013-3715117) NAK BOOKING PENGINAPAN, BOT DAN MAKAN. YANG PALING PENTING KITA BINCANG TARIKH. Kertas kerja sepenuhnya den akan siapkan.
Monday, August 31, 2009
Sunday, August 30, 2009
JOM POI TAMAN NEGARA KUALA TAHAN
APA PANDANGAN ANDA SEMUA JIKA TRIP YG DIRANCANGKAN KITA PEGI TAMAN NEGARA, KUALA TAHAN.
KITA LARI DARI KESIBUKAN DAN KEBISINGAN DERUAN ENJIN MOTOR.
KITA LARI DARI KESIBUKAN DAN KEBISINGAN DERUAN ENJIN MOTOR.
- KITA BERAKTIVITI LASAK
- NAIK BOT,
- MANDI JERAM,
- NAIK CANOPY WALK WAY DLL
DARI BATU KIKIR KE SANA LEBIH KURANG 3 JAM PERJALANAN.
Saturday, August 29, 2009
PESTA DURIAN UMAH ITOT, KG BETING, K PILAH
Pertemuan Sahabat Lamo setelah 25 tahun berpisah.
Bekas pelajar SM Vokasional Juasseh (84-85).
Aturcara:- Perjumpaan
- Mesyuarat Agong Alumni
Jamuan makan bersama Cikgu Sani, di Restoran nasi Ayam, Bahau - Ziarah Ustaz Yunus di Mawar Hemodilisis, Bahau
- PESTA DURIAN
- Makan Kuew Teow Cino, di Kuala Pilah ditaja cikgu Sadikin
BersuraiTemo kasih, ita. Musim durian nanti jemput laa kami laee...........
Taufik, tengkorak, said, amy joe...
Penglibatan anak-anak....
Peringkat Negeri Sembilan di SMK Teknik Rembau, Julai 2009.
PENCAPAIAN: JOHAN PERTANDINGAN MELUKIS MEWARNA 10 - 12 thn.
PENCAPAIAN: NAIB JOHAN PERTANDINGAN MELUKIS DAN MEWARNA 10-12 thn
Friday, August 28, 2009
Hasil Lukisan anak-anak......
Lukisan yang dihasilkan Ahmad Azhan Syukri.
Inilah berkat usaha menghantar kelas tuisyen dan bimbingan ibunya sendiri.
Beliau telah hadir kelas tuisyen mewarna di Kelas Tabika Mahsan, Bahau dari usia 5 tahun.
Pelbagai pertandingan yang telah disertai seperti:
- Peringkat Tabika Perpaduan Jempol Daerah, Negeri, Kebangsaan di UPM
- Upwell Segamat
- Kuantan; Kuantan Parade
- Melaka; MITC, Mahkota Parade, Air Keroh
- Seremban; Terminal One, Nilai, Giant Senawang, Seremban Centre Point, Seremban Parade
- Kuala Lumpur; PWTC, Stadium Badminton Cheras, Midvalley Megamall, Balai Seni Lukis Negara, Tasik Titiwangsa
Thursday, August 27, 2009
Pengalaman Pertama Berpuasa....
Anakku ke 4, Ahmad Iqbal Hakim 7 tahun baru belajar berpuasa....
Alhamdulillah, syukur kerana setakat hari nii penuh puasanya. Agaknya sekarang cuti sekolah. Aktiviti semuanya dalam rumah jee. Berlari-lari keluar masuk, tengok tv, main game, baca buku, tidur. Maka mampu laa dia berpuasa.
Minggu depan lom tau lagi nii....
8.00-10.30 pagi, kelas KAFA.
12.00-6.00 petang, Sekolah sesi petang
Wednesday, August 26, 2009
EXSPLORASI KENYIR, TERENGGANU 1
Staff SMK Seri Jempol, Pengakap Daerah Jempol,
ARPRM dan Rakan Muda Sekolah
Tarikh: Julai 2009
Tempoh: 3 hari 2 malam
Peserta: 20 orang
Anggaran Belanja: RM290 seorang
Pengangkutan: Bas Rin Hane
Bot: House Boat (Lengkap Bilik Tidur, dapur, peti sejuk, ruang bersantai, tandas, tv, astro dan set karaoke)
Aktiviti: Memancing, mandi jeram di sungai lasir, mandi bersama ikan kelah.
Hasil tangkapan: ikan kelah, ikan toman, ikan lampam, ikan baung.
Tuesday, August 25, 2009
Selamat Menyambut Hari Kebangsaan 2009
Ahmad Iqbal Hakim b Sulaiman, 7 thn
Lautan Membiru dari Corus Paradise, Port Dickson.
Tuesday, August 11, 2009
Monday, August 10, 2009
Nur Najibah Yusra bt Sulaiman
Mesyuarat Majlis Pesuruhjaya Pengakap Jempol
Mesyuarat ini bertujuan untuk persiapan bagi Perkhemahan Kemporee Pengakap Daerah Jempol 2009
Tempat Mesyuarat: SK Ayer Hitam, Bandar Seri Jempol, Negeri Sembilan
Tarikh: April, 2009
Cadangan Kemporee: Pusat Kokurikulum Jempol, Jelai lama, Bahau
Tuan Rumah: SK Ayer Hitam
Subscribe to:
Posts (Atom)