TAKLIMAT PELAJAR TINGKATAN SATU TAHUN 2010
Tarikh : 2 Januari, 2010
Hari : Sabtu
Tempat: Dewan Terbuka SMK Seri Jempol
Oleh: En Sulaiman bin Malik, Penyelaras Tingkatan 1
1. SELAMAT DATANG ke SMK Seri Jempol
2. SEJARAH SEKOLAH
3. WARGA SEKOLAH 1000 orang (Guru, Staff dan pelajar)
4. WAKTU TIBA: Sebelum 7.20 pagi
WAKTU PERSEKOLAHAN:
a. 7.20 pagi hingga 2.40 ptg (Isnin, Selasa,Khamis)
b. 7.20 pagi – 2.00 ptg (Rabu)
3.00 ptg – 5.00 ptg (kokurikulum) (Rabu)
c. 7.20 pagi hingga 12.15 thari (Jumaat)
* Tertakluk kepada pindaan.
5. PAKAIAN SEKOLAH
a. Hari Persekolahan – uniform sekolah, tali leher
b. Waktu PJK- track suit hitam/biru, t-shirt sekolah
c. Hari Rabu – Unit Beruniform/Persatuan
d. Hari Jumaat – Lelaki (Baju Melayu lengkap, bersongkok hitam)
6. WAKTU REHAT
a. Men Rendah (Ting 1 – 3) 10.20 – 10.40 pagi
b. Men Atas (Ting 4 – 5) 11.00 – 11.20 pagi
7. KEHADIRAN KE SEKOLAH kecuali sakit.
8. PONTENG SEKOLAH
a. Amaran pertama, kedua, ketiga
b. Dibuang sekolah
9. KENDERAAN PELAJAR (motorsikal, basikal dsb)
10. WAKTU DATANG & BALIK - mesti beratur dan berjalan dengan tertib.
11. KENDERAAN IBUBAPA PENJAGA - mohon berhenti sebelum pintu masuk sekolah.
12. PERHIMPUNAN RASMI - Setiap Isnin, Jumaat - Yassin
13. KEMUDAHAN - Tandas, Air dan elektrik, telefon awam, Surau, kantin, bilik Utiliti, dewan terbuka
14. KOPERASI SEKOLAH – menjual buku, alatulis logo sekolah
15. SKIM PINJAMAN BUKU TEKS
a. Percuma
b. Dibalut (Akhir Januari)
c. Keselamatan buku/kehilangan perlu diganti.
16. YURAN – sekolah, PIBG
17. KEGIATAN KO-KURIKULUM
a. Sukan dan Permainan
b. Persatuan dan Kelab
c. Badan Beruniform
* Bonus: Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda SMK Seri Jempol
18. BILIK KHAS: Bengkel KHB, Bilik Muzik, Makmal Bahasa, Makmal Sains, Makmal Komputer, Bilik Akses, Makmal Seni Visual, Perpustakaan
19. PENDIDIKAN KHAS (3 Guru, 1 pembantu)
20. PROGRAM SEKOLAH
- Pendaftaran pelajar tingkatan 1
- Minggu Suaikenal – ceramah, lawatan
- Ujian Bulanan, 4 (Feb, April, Julai, Sept)
- Peperiksaan 2 (Pertengahan Tahun dan Akhir Tahun)
21. AMALAN IBADAT:
a. Solat Zuhor di sekolah
b. Bacaan Yassin setiap pagi Jumaat
22. BARANGAN LARANGAN – barang kemas, telefon, bahaya
23. ANUGERAH BIASISWA (Pendapatan, akademik, dsb)
24. SALAHLAKU DISIPLIN DAN TINDAKAN
a. Nasihat
b. Amaran
c. Tindakan dera/rotan
d. Memanggil ibubapa/Lawatan ke rumah
25. PELAWAT SEKOLAH - Lapor pada Pengetua.
26. KESELAMATAN DAN PERLINDUNGAN INSURANS
27. PERTANYAAN/HUBUNGI:
- Sekolah 06-4584061
- Penyelaras 013-375 0666 (Encik Rozaidi)
- HEM 013- 307 0746 (Puan Surina)
Wednesday, December 30, 2009
Monday, December 28, 2009
Hari Keluarga di Genting Higlands
Keluarga Abang Husin, Keluarga Nik Azri dan Keluarga kami.
Kami bertolak dari Bandar Seri Jempol jam 10.50 pagi. 11.30 pagi tiba di Pekan Karak. Rehat dan makan tengahari. Singgah di Goh Tong jaya dan naik cable car (gondola). Tiket RM10 pergi balik.
Anak2 seronok naik gondola, kami rasa kecut perut. Cuaca kat sana musim hujan. Semua game out-door di taman tema semua ditutup. Game in-door saja dibuka. Orang ramai dan berpusu-pusu. Tunggu 40 minit baru dapat giliran untuk main 3 minit.
Promosi Pakej Berbulan Madu
Tempat: Swiss Garden Damai Laut Resort, Lumut, Perak.
Harga: Bujet ekonomi, harga boleh dibincang
hubungi; 013-3715117 atau email; sulaimanmalik616@yahoo.com.my
UPSR 2009
Friday, December 25, 2009
Politeknik Ungku Omar. Ipoh, Perak.
Syukur alhamdulillah. Sejak meninggalkan PUO, inilah kali pertama aku sampai semula di sini. Macam baru sampai ke dunia baru. Segala bangunan telah bertambah, Maktab Perguruan Kinta telah diambilalih oleh PUO. Sempat gak masuk di TC (Taman Cempaka), jengok rumah sewa dulu.
Aku nak sangat bertemu dan berbincang dengan bekas pelajar PUO sesi 1986/1988 Pengajian Perniagaan. Jika tak lupa; pensyarah yang mengajar kita antaranya Encik Khamis, Encik Chew, Tuan Haji Alwi (Ketua Jabatan Perdagangan). Dah lupa laa.
No Kad Metrik aku dulu: 39 PP 86
Boleh hubungi aku 013-3715117 Sulaiman bin Malik.
Maktab Perguruan Ipoh, Ulu Kinta, Ipoh, Perak
Dalam kenanganku tidak akan hilang selagi nyawa ada di badan MPIP memberi sejuta pengertian dalam hidup. MPIP bukan saja memberi ilmuku untuk menjadi guru, bersajak, menyanyi, berkahwin pun ketika aku masih di MPIP. (kini IPIP)
Alhamdulillah, 18 disember, 2009 kerinduan dan memori indah menggamit aku untuk menjejakkan kami semula ke MPIP. Aku dapat tengok kelas, tempat perhimpunan, dewan besar, dewan makan, asrama dan pondok telefon utk berhubung dgn suamiku di SMK Pasoh 2, Negeri Sembilan.
MPIP masih seperti dulu....
Kepada rakan2 yg mengenali aku Rahimah Ismail (Pengajian Bahasa Melayu) 1994/1996 boleh hubungi 013-3775409, rumah 06-4985344.
Anak, dan sekolah menengah....
Kami berdua suami isteri masih dalam dilema sekolah menengah untuk anak bujang kami. Berpotensi dan mendapat peluang untuk ke SDAR Seremban tapi anak tak minat. Beliau tak nak berpisah dgn adik2, ibu dan ayah. Semalam (23 Dis) telah mendapat surat tawaran masuk ke SDAR beliau masih tak nak. Kami tak nak paksa, takut nanti anak2 remaja jika dah protes lagi banyak masalah yg tiba.
Akhirnya kat depan kami sekarang ada 2 persimpangan samada ke SMK Batu Kikir (model khas) atau SMK Seri Jempol (sekolah tempat aku bertugas).
Dalam hati kecil nak lihat anak berjaya, tak nak berpisah dgn anak dalam waktu yg terdekat, takut dgn perubahan remaja dan persekitaran kita sekarang ini.
Susah gak kan.......

Ingatan Untuk Diriku dan teman2
Seringkali kita mendengar yang zaman sekarang anak-anak makin ramai yang derhaka kepada ibubapa. Disebalik fenomena yang berlaku ini adakah kita (Ibubapa) mengkaji dan merenung sejenak kenapa anak-anak pada hari ini semakin nakal,jahat dan menderhakai kepada ibubapa mereka? Jika ibubapa mendidik anak-anak dengan betul mengikut gaya hidup islam perkara sebegini dapat dikurangkan. Apabila anak derhaka kepada ibubapa kita bising tetapi adakah kita telah mendidik anak-anak kita dengan betul? Didikan agama yang cukup? Apa kata kita lihat dahulu kisah di bawah :
Seorang lelaki telah datang menemui Khalifah Umar al-Khattab r.a. mengadukan hal kederhakaan anaknya. Lalu Umar memanggil anak lelaki itu dan memarahinya kerana derhaka kepada bapanya serta lupa kepada hak-hak bapanya. Anak itu menjawab: “Wahai Amirul Mukminin, tidakkah anak mempunyai hak ke atas bapanya?” Umar menjawab: “Ya.” Dia bertanya lagi: “Apakah ia wahai Amirul Mukminin?” Jawab Umar: “Memilih ibunya, memberikan nama yang baik dan mengajarnya al-Kitab (al-Quran).” Anak itu berkata: “Wahai Amirul Mukminin! Sesungguhnya bapaku tidak pernah melakukan satu pun perkara tersebut. Mengenali ibu saya, dia dahulunya seorang hamba berkulit hitam dan tuannya seorang Majusi. Saya pula dinamakan “Ju’olan” iaitu sejenis kumbang biasa berwarna hitam. Dia juga tidak pernah mengajarkan aku walau satu huruf pun dari al-Quran. Umar lantas berkata kepada lelaki itu: “Kamu telah datang mengadukan kederhakaan anakmu, walhal kamulah yang telah menderhakainya. Kamulah yang telah berlaku buruj dan jahat sebelum dia berlaku demikian terhadapmu.” Begitulah, Saidina Umar meletakkan kesalahan kepada si bapa, lantaran kecuaiannya dalam mendidik anaknya sendiri.
Benarlah kajian dibuat sebenarnya pada zaman sekarang lebih ramai ibubapa yang menderhaka kepada anak-anak kerana didikan agama tidak diberi secukupnya kepada anak-anak dan lahirnya genarasi tidak bertamadun zaman moden yang ada pada hari ini. Jadi, didiklah anak-anak sejak dari dalam kandungan lagi. Semoga generasi pewaris kita hidup dalam jalan yang diredhai oleh yang Maha Esa.

Thursday, December 17, 2009
SMK Seri Jempol: Selamat Pengantin Baru
SK Serting Felda: Majlis Malam Jasamu di kenang 2009
Subscribe to:
Posts (Atom)