Jam 6.31 ptg aku telah menerima satu panggilan telefon yang memperkenalkan dirinya sebagai bapa penjaga. Tiba-tiba ingatanku kembali semula ke sekolah. Adoi...... mengganggu waktu istirehatku bersama keluarga, rintih ku. Kenapa la zaman moden yang serba canggih ini masih ada golongan penjaga yg menyalahkan guru, pihak sekolah dan rakan sebaya apabila anaknya bermasalah. Fikirku, penjaga tahun 60 dulu mungkin ada agaknya.
Disiplin sekolah secara rasminya adalah menjadi tanggungjawab guru disiplin, guru besar dan guru penolong kanan. Keadaan ini menyebabkan sebilangan besar guru-guru di sekolah mengambil sikap lepas tangan dan tidak menunjukkan komitmen bagi menangani masalah disiplin yang dilakukan oleh murid-murid samada di sekolah mahupun di luar sekolah. Murid-murid yang nakal dan suka melanggar disiplin menjadi lebih berani dan bebas melakukan perbuatan yang melanggar peraturan dan undang-undang kerana mereka tahu guru-guru tidak mempunyai kuasa yang boleh dilakukan ke atas mereka. Malah dalam keadaan tertentu, murid-murid ini dengan berani mencabar kewibawaan guru yang mereka tidak sukai.
Bagi setengah-setengah guru yang merasa keselamatan mereka terancam akan mengambil sikap tidak peduli dan membiarkan sahaja apa yang dilakukan oleh murid-murid yang bermasalah ini. Masyarakat guru terpaksa membodohkan diri mereka sendiri, membutakan mata, membisukan suara dan membenamkan rasa kekecewaan mereka sebagai golongan pendidik yang dayus dan tidak berwibawa.
No comments:
Post a Comment