Monday, August 31, 2009

Info Tentang Ke Taman Negara....

Pengangkutan: Kereta (DARAT)
(Melalui Lebuhraya KL Kuantan; Dari KL Exit Temerloh/Jerantut, ikut arah Jerantut dan melalui Felda Padang Piol terus ke Taman Negara Kuala Tahan)

atau

Dari Kuala Pilah, Bahau, Kemayan, Temerloh, Jerantut, Melalui Felda Padang Piol terus ke Taman Negara Kuala Tahan

atau; jalan lain (AIR)

Tiba di Jerantut, parking kereta anda di Jeti Kuala Tembeling, naik bot panjang (sorang RM18) muat 18 orang satu bot, 2 jam perjalanan untuk sampai di Kuala Tahan. Lagi Enjoy.......

Penginapan:
Hotel (RM180-RM250 selesa untuk family), chalet, asrama (RM30-50 sorang) muatan 4 orang sebuah bilik

Makan:
kedai makan, restoran, restoran terapung (kat sungai kuala tahan). Order saja.....

Cadangan Aktiviti:

HARI PERTAMA
2.00 ptg - check in di penginapan
3.30 ptg - Exsplorasi Gua Telinga (berkasut, lampu suluh) (Naik bot RM3 sorang) dan perkampungan orang asli (RM5 sorang)
5.00 ptg - Aktiviti Rapid Shooting (Mandi Jeram) pakaian yang sesuai sebab balik basah kuyup (RM15 sorang)
8.00 malam - makan malam dan Perjumpaan Bekas Pelajar Bersama Family Masing-masing
(Jika mampu kita makan kat hotel (RM28 sorang) jika tak mampu makan kat kantin sekolah jeee....(RM15 sorang)


HARI KEDUA
Bangun pagi, sarapan
8.00 pagi - Naik bot River Crossing (Lintas sungai jee...) RM1 pergi
9.00 pagi - Naik Canopy Walk way (Jambatan Gantung) RM5 (Dewasa) Kanak2 (RM3)
11.00 pg - Naik bot utk Melintas balik RM1 lagi
12.00 th - Check out, bertolak balik
1.30 ptg - makan tengahari di Bandar Temerloh, kita ramai2 makan nasi lauk patin tempoyak......
2.30 ptg - Bersurai.

Nota: Permit masuk RM1, Permit Kamera RM5, Permit Memancing RM10




JIKA ANDA SETUJU MOHON KENGKAWAN SEMUA TELEFON SEGERA; SULAIMAN (013-3715117) NAK BOOKING PENGINAPAN, BOT DAN MAKAN. YANG PALING PENTING KITA BINCANG TARIKH. Kertas kerja sepenuhnya den akan siapkan.

Sunday, August 30, 2009

JOM LAA...POIE TAMAN NEGARA KUALA TAHAN

Di atas Canopy walkway (Dewasan RM5, Kanak2 RM3).





Naik Bot nak pergi mandi jeram.

JOM POI TAMAN NEGARA KUALA TAHAN

APA PANDANGAN ANDA SEMUA JIKA TRIP YG DIRANCANGKAN KITA PEGI TAMAN NEGARA, KUALA TAHAN.

KITA LARI DARI KESIBUKAN DAN KEBISINGAN DERUAN ENJIN MOTOR.

  1. KITA BERAKTIVITI LASAK
  2. NAIK BOT,
  3. MANDI JERAM,
  4. NAIK CANOPY WALK WAY DLL

DARI BATU KIKIR KE SANA LEBIH KURANG 3 JAM PERJALANAN.

Saturday, August 29, 2009

PESTA DURIAN UMAH ITOT, KG BETING, K PILAH

Pertemuan Sahabat Lamo setelah 25 tahun berpisah.


Bekas pelajar SM Vokasional Juasseh (84-85).

Aturcara:


  • Perjumpaan

  • Mesyuarat Agong Alumni

    Jamuan makan bersama Cikgu Sani, di Restoran nasi Ayam, Bahau

  • Ziarah Ustaz Yunus di Mawar Hemodilisis, Bahau

  • PESTA DURIAN

  • Makan Kuew Teow Cino, di Kuala Pilah ditaja cikgu Sadikin

    Bersurai





    Temo kasih, ita. Musim durian nanti jemput laa kami laee...........

Taufik, tengkorak, said, amy joe...



Penglibatan anak-anak....

Nurul 'Ain Najihah (11 tahun) sedang menyertai Pertandingan EUREKA, Peringkat N Sembilan Julai, 2009, di SMTeknik Rembau
Nur Najibah Yusra (9 tahun) menyertai Pertandingan Bercerita Sains Teknologi,
Peringkat Negeri Sembilan di SMK Teknik Rembau, Julai 2009.

Hasil Lukisan Ahmad Azhan Syukri, Pertandingan Melukis dan Mewarna Anjuran Bank Rakyat dan Majlis Daerah Jempol di Padang Awam Bahau, julai 2009.

PENCAPAIAN: JOHAN PERTANDINGAN MELUKIS MEWARNA 10 - 12 thn.



Hasil lukisan Nurul 'Ain Najihah. Pertandingan yang sama.
PENCAPAIAN: NAIB JOHAN PERTANDINGAN MELUKIS DAN MEWARNA 10-12 thn



Friday, August 28, 2009

Hasil Lukisan anak-anak......

Lukisan yang dihasilkan Ahmad Azhan Syukri.
Inilah berkat usaha menghantar kelas tuisyen dan bimbingan ibunya sendiri.


Beliau telah hadir kelas tuisyen mewarna di Kelas Tabika Mahsan, Bahau dari usia 5 tahun.







Pelbagai pertandingan yang telah disertai seperti:

  1. Peringkat Tabika Perpaduan Jempol Daerah, Negeri, Kebangsaan di UPM

  2. Upwell Segamat
  3. Kuantan; Kuantan Parade

  4. Melaka; MITC, Mahkota Parade, Air Keroh

  5. Seremban; Terminal One, Nilai, Giant Senawang, Seremban Centre Point, Seremban Parade

  6. Kuala Lumpur; PWTC, Stadium Badminton Cheras, Midvalley Megamall, Balai Seni Lukis Negara, Tasik Titiwangsa


Pelbagai hadiah yang dimenangi; basikal (14 buah), alatulis, beg sekolah, kereta remote-control, duit.

Disekolah pernah menyertai Pertandingan Mewarna, Pertandingan Melukis, Pertandingan Melukis Poster di peringkat sekolah, daerah, negeri dan kebangsaan.











Thursday, August 27, 2009

Pengalaman Pertama Berpuasa....

Anakku ke 4, Ahmad Iqbal Hakim 7 tahun baru belajar berpuasa....



Alhamdulillah, syukur kerana setakat hari nii penuh puasanya. Agaknya sekarang cuti sekolah. Aktiviti semuanya dalam rumah jee. Berlari-lari keluar masuk, tengok tv, main game, baca buku, tidur. Maka mampu laa dia berpuasa.
Minggu depan lom tau lagi nii....
8.00-10.30 pagi, kelas KAFA.
12.00-6.00 petang, Sekolah sesi petang