Friday, July 2, 2010

Ucapan Perasmian Hari Anugerah Kecemerlangan Sekolah Menengah Teknik Juasseh 2010

ASSALAMUALAIKUM W.B.T. selamat sejahtera. Salam pertemuan, salam perkenalan, salam 1 malaysia.
Terima kasih kepada pengerusi majlis.
Yang saya muliakan YDP PIBG, Tuan Pengetua, Barisan Guru Pen Kanan, Ketua Bidang, Ketua Jabatan, kaunselor, Guru2, Ibu bapa dan pelajar yang di rahmati allah sekalian.
Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah s.w.t. kerana dengan limpah kurnianya dapat kita bertemu di majlis yang indah ini.
Kedatangan saya ke majlis ini ibarat kata adat, 'Sirih pulang ke gagang, pinang pulang ke tampuk’
Saya bersekolah tahun 84/85. Jurusan Pengurusan Perniagaan (PPN). Pengetua, Cikgu Mohd Arhad dan guru 9 orang. Ketua warden - cikgu Sani. Asrama, terpaksa mengangkat katil naik sampai tingkat 3. Katil kami pasang sendiri. Waktu belajar di kelas, 3 minggu kami duduk atas lantai, perabut belum ada.
Tahun 1989 dan 90 saya melapor diri sebagai Guru Sandaran mengganti arwah Cikgu Jalaludin menyambung belajar.
Manakala pada hari ini saya diberi kepercayaan untuk berucap seterusnya merasmikan majlis.
Secara jujur ingin saya berkongsi pengalaman dgn warga SMTeknik/Vokasional bahawa kita berbangga dan beruntung bersekolah disini. Kerana Sekolah, guru maka saya berdiri disini. Guru garang, tegas, akan memotivasi adik2 semua, berani, yakin, semangat kental.
Bagi pelajar baru, guru baru – ’renjatan;
Perkataan motivasi pada saya; ’oi lobai’, ’bangang’, ’cilako’, ’kocik2 tak nak mampush’
’kau duduk asrama ni omak abah tak mampu bagi makan, tak nak jago kau dio suruh ese jago.’
Bilo masuk Politeknik – 2 kumpulan pelajar. SPM/SPVM
Bilo masuk Maktab Teknik, disitu lah kilang yg mengeluar produk guru latar belakang kasar, maka bentuk kami jadi kasar dan lasak. Bila dah keluar sekolah pelajar akan bertemu dgn pelbagai ragam manusia, pelbagai cabaran maka pelajar akan mempunyai daya tahan yang cukup kental.
Berkaitan dengan masa depan lepasan SMTeknik/Vokasional; amat cerah dalam bidang Teknikal dalam apa jua bidang samada berniaga, bekerja ataupun menyambung pelajaran.
Rekod pencapaian bekas pelajar sekolah ini jurutera, pensyarah, arkitek, pengurus, ahli perniagaan, akauntan, guru, juru teknik dan sebagainya. Oleh itu, nasihat kepada para pelajar; anda harus
letak impian anda. Pastikan impian akan menjadi cita-cita. Usahakan sehingga cita-cita itu menjadi nyata.
Kepada pelajar dan bekas pelajar, anda dipelawa menganggotai Alumni SMK Teknik/Vokey Juasseh.
Alumni bertujuan;
· sebagai tali yang terus mengikat silaturrahim bekas-bekas guru dan pelajar denga warga SMV Juasseh
· Menjadi wadah penganjuran program untuk bekas pelajar, bekas guru, bekas pekerja, pelajar, guru dan pekerja SMV/T Juasseh.
· penghubung kepada SMV Juasseh, kami boleh menyumbang kepakaran, apa-apa material yang boleh memajukan pelajar dan sekolah.
· Pihak sekolah pasti menyimpan harapan agar bekas pelajar pulang semula untuk menabur bakti dan membantu pihak sekolah mencapai matlamat sebagai pusat ilmu. Hanya alumni dapat merealisasikan harapan ini.
· Bersama-sama PIBG, guru dan kakitangan dalam menjayakan sesuatu majlis akademik maupun disiplin
· Menjadi penasihat dan memberi panduan kepada pelajar2 dalam bentuk khidmat nasihat atau apa jua pertolongan yang difikirkan perlu, wajar dan mampu.
· Menjadi sumber tabung maklumat (databank) yang memantau maklumat bekas pelajar, bekas guru dan bekas pekerja SMV/T Juasseh.
· membuktikan kepada masyarakat umum tentang kecemerlangan sekolah dan semangat kekitaan.
· menjadi kebanggaan warga sekolah walaupun telah bergelar professional, ahli perniagaan mahupun ilmuwan tersohor.
· membantu jentera pentadbiran sekolah di dalam meningkatkan fasiliti dan prestasi sekolah bersama-sama PIBG
· merancang dan mengatur aktiviti-aktiviti bagi mencapai objektif alumni.
· Membantu pihak sekolah mengumpul dana.
SM Vokey Juasseh, SM Teknik dah berusia 25 tahun, darab 100 orang = 2500, 2500 menyumbang dana RM10 = RM25,000. Target kita RM10,000 dapat dikutip, ini adalah satu kejayaan alumni. Itu cakap orang perdagangan.
Saya bukan orang politik yg ada peruntukan untuk disalurkan kepada sekolah. Cuma yang ada, sedikit ilmu yang satu masa dulu berasal dari sekolah ini akan saya pulangkan semula kepada sekolah ini dalam apa jua bentuk sekalipun yang termampu.
Saya juga mewakili sahabat-sahabat barisan jawatankuasa alumni, bekas-bekas pelajar mengucapkan terima kasih kepada pihak sekolah dan guru yang telah mendidik kami semua.
Kepada barisan jawatankuasa program di bawah pimpinan tuan pengetua, pibg syabas dan tahniah yang telah bekerja kuat. Diharap dengan kehadiran bekas pelajar bersama-sama ke majlis ini akan menyuntik semangat kepada barisan guru agar terus bekerja dan bekerja.
Kepada adik2 yang memperolehi keputusan yang cemerlang, tahniah dan anda perlu meneruskan perjuangan ini. Semoga kejayaan anda akan menjadi kebanggaan sekolah, keluarga, diri, negara, bangsa dan agama. Kepada yang masih tercari-cari, anda juga masih diperlukan, sebab kata adat;

Kalau cerdik tempat berunding,
Kalau bodoh disuruh arah
Kalau pekak pembakar bedil (meriam),
Kalau buta penghembus lesung
Kalau berkurap mengandar buluh,
Kalau alim hendakkan doanya
Kalau tepok penunggu jemuran,
Kalau tinggi banir tempat berlindung
Kalau rimbun tempat berteduh.

Akhir kata, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Puan Pengetua, YDP PIBG yang memberikan sokongan kepada ALUMNI bagi menjalankan aktiviti-aktiviti ALUMNI.
Dengan rasa rendah diri, dengan lafaz bismilah hirahmanirahim saya merasmikan majlis hari anugerah kecemerlangan SMTeknik Juasseh tahun 2010

Wassalamualaikum w.b.t.

Wednesday, June 23, 2010

Pasar Seni Kuala Lumpur




Kami sekeluarga berkesempatan ronda-ronda di Pasar Seni Kuala Lumpur setelah belasan tahun tidak menjejakkan kaki di sana.




Tarikh: 19 Jun, 2010


Hari: Sabtu


Jam: 6.00 petang

Tahniah...


Syabas dan Tahniah buat isteriku yang tercinta. Setelah mengharungi penat jerih, onak dan duri akhirnya segulung ijazah berada dalam genggaman.

Apa itu 'masuk suku'?

Rujukan; Norzali Ibrahim, Penasihat Adat Yang Teramat Mulia Tunku Besar Tampin
Tersiar dalam: Utusan Malaysia (19 Jun, 2010)

Ramai pihak yang tersenyum sinis apabila mendengar perkataan 'masuk suku' kerana bagi mereka masuk suku bermaksud 'masuk tidak sepenuhnya' atau hanya 1/4 sahaja yang masuk.

Dalam masyarakat Adat Perpatih Negeri Sembilan ini, perkataan 'masuk suku' itu membawa pengertian yang berbeza daripada masyarakat umum, khususnya yang tidak mengamalkannya.

Ini kerana bagi pengamal Adat Perpatih kata 'masuk' dalam perkataan ini tidak bererti 'pergi ke dalam', manakala 'suku' pula tidak membawa maksud ukuran 'satu daripada empat bahagian' atau 1/4.

Sebaliknya kata 'masuk' dalam Adat Perpatih bermaksud 'menjadi ahli' atau 'anggota', sementara 'suku' pula panggilan bagi kelompok kekeluargaan yang terbesar dalam kalangan masyarakat adat.

Di Negeri Sembilan terdapat 12 suku utama iaitu Biduanda, Batu Hampar, Seri Melenggang, Tanah Datar, Seri Lemak, Mungkal, Tiga Nenek, Paya Kumbuh, Anak Melaka, Anak Acheh, Batu Belang, dan Tiga Batu.

Selain 12 suku ini terdapat beberapa kelompok suku kecil lain.

Setiap anggota msyarakat Adat Perpatih ialah ahli keluarga atau anggota kepada salah satu daripada suku-suku tersebut.

Keanggotaan seseorang ahli masyarakat Adat Perpatih mengikut suku ibu iaitu jika ibunya anggota suku Biduanda maka anak-anaknya akan bersuku Biduanda.

Orang bukan Adat Perpatih boleh jadi ahli masyarakat adat dengan syarat dia menjadi 'anak angkat' kepada salah satu daripada 12 suku tersebut.

Perbuatan menjadi anak angkat ini yang dikatakan oleh umum sebagai 'masuk suku'.

Justeru, perbuatan masuk suku ini adalah satu institusi menjadi anak angkat kepada salah satu suku dalam masyarakat Adat Perpatih.

Istilah adat bagi perbuatan 'masuk suku' ini adalah 'berkodin'.

Berkodin bermaksud bersaudara dan bersaudara bermakna menjalin ikatan kekeluargaan.

Ikatan kekeluargaan yang terjalin bukan terhad dengan keluarga yang menerima seorang itu sebagai anak angkat tetapi seluruh kelompok kekeluargaan iaitu semua anggota suku keluarga angkatnya.

Ada dua sebab dan dua cara orang 'masuk suku' atau 'berkodin.'

Pertamanya, orang luar khususnya lelaki yang hendak berkahwin dengan orang Adat Perpatih. Suku yang dimasukinya itu harus tidak sama dengan suku bakal isteri.

Contohnya, jika bakal isterinya anggota suku Tanah Datar, maka dia harus menganggotai salah daripada 11 suku lain.

Tujuan 'masuk suku' dalam kes seperti ini ialah suku angkat individu tersebut akan bertanggungjawab sepenuhnya jika berlaku sebarang masalah semasa mereka menjadi menantu kepada suku isterinya.

Pendek kata, dalam kodin disebabkan ini, individu berkenaan hanya menumpang bersaudara dalam suku yang menerima dan mengkodinkannya.

Berkodin atas sebab ini disitilahkan sebagai 'kodin adat' atau 'kodin pinang sebatang' atau dikatakan juga sebagai 'kodin selayar atap atau sebilah lantai'. Aturan dan adat istiadat untuk jenis ini sederhana sahaja.

Kodin yang kedua adalah mengambil anak angkat perempuan, selalunya yang masih bayi.

Anak perempuan dalam masyarakat Adat Perpatih ialah aset kerana perempuan sahaja yang mewarisi nama suku dan harta pusaka, sama ada material dan bukan material.

Jika sesebuah keluarga tidak mempunyai anak perempuan keluarga berkenaan dianggap sebagai 'pupus'.

Justeru, bagi mengelakkan keadaan 'pupus' ini, keluarga berkenaan akan mengambil anak angkat sama ada daripada kalangan orang Melayu atau keturunan asing, selalunya berketurunan Cina. Tegasnya, keahlian dalam kodin jenis ini merupakan keahlian penuh.

Kodin atas sebab ini dikatakan sebagai 'kodin adat dan pusaka' atau 'kodin aur serumpun'.

Aturan dan adat istiadat untuk kodin jenis ini adalah kompleks dan melibatkan semua ketua adat dalam suku dan Undang atau Penghulu Luak kerana akan melibatkan perwarisan harta pusaka adat suku.