Monday, September 14, 2009

Menangani Stress Ketika Memandu Balik Rayo....

Stress membawa maksud tekanan atau tegang. Umunnya terbahagi kepada 2 bentuk. Pertama, tekanan positif iaitu apa-apa tekanan yang diterima menyebabkan kita rasa senang hati, riang dan gembira. manakala tekanan negetif berlaku sebaliknya dimana kita merasa susah hati, tidak tenteram dan sebagainya.

Memandu dalam keadaan stress negetif boleh menyebabkan pemerhatian yang kacau dan boleh melahirkan perilaku yang agresif. Anda akan lebih mudah melakukan kesalahan lalulintas jika dibandingkan dengan keadaan anda yang relex dan stabil. Risiko anda terlibat dengan kemalangan lebih tinggi jika anda memandu dalam keadaan stress.

Dalam pemanduan ada beberapa perkara yang boleh menyebabkan berlakunya stress negetif, antaranya ialah:-
  1. Pemandu dan segala permasalahan peribadinya
  2. Keadaan jalan yang tak sempurna
  3. Keadaan lalulintas yang sibuk
  4. Cuaca yang tak menentu
  5. Gangguan Cahaya dan Bunyi
  6. Kenderaan yang banyak, rosak,meletak tepi jalan dll
  7. Tempoh dan jarak memandu yang tak sesuai
  8. Sekatan pemeriksaan jalan raya yang tak perlu

Harus anda ingat bahawa stress ini mesti dikawal semasa anda memandu. Pemandu mahir akan bertindak segera mengawal situasi ini supaya pemanduan lebih selamat dan selesa.

Bagaimana anda hendak mengesan stress semasa memandu?.

Stress ini terbahagi kepada 3 peringkat:-


Peringkat 1- Amaran Bahaya (Alarm) Peringkat ini juga disebut sebagai gangguan kecil semasa memandu. Harus dingat bahawa gangguan-gangguan kecil ini jika tidak di kawal akan menjadi kepada gangguan yang lebih besar. Ianya akan menjejaskan pemerhatian dan menurunkan graf kemahiran memandu anda.Pemandu mahir mempunyai pemerhatian yang teliti, pertimbangan yang cepat dan tahu mengambil tindakan yang betul walau pun halangan tiba-tiba muncul diluar jangka. Pendek kata pemandu mahir tahu bila, bagaimana, dan apa yang hendak dilakukan semasa memandu. Ia mampu bertindak mengawal keadaan dan dapat meneruskan pemanduan dengan selamat.


Peringkat 2 - Rintangan(Resistance) Peringkat ini disebut sebagai peringkat berlakunya penentangan secara bersilang antara kehendak,kemahiran dan undang-undang. Tekanan mental dan fizikal silih berganti. Namun pemandu masih lagi berupaya mengawal keadaan dan boleh meneruskan perjalanan


Peringkat 3-(Exhaustion) Diperingkat ini pemandu mengalami tekanan mental dan fizikal secara berterusan yang akhirnya ia gagal mengawal keadaan. Jika ini berlaku tindakannya yang terbaik ialah memberhentikan kenderaan dan kembali memandu semula apabila stress ini dapat dikawal.

TIP-TIP UNTUK MENGAWAL STRESS SEMASA MEMANDU

  1. Rehatkan fikiran,rehatkan tubuh badan anda. Pastikan kedudukan badan anda adalah betul semasa memandu. Kedudukan badan terlalu dekat atau terlalu jauh dengan stereng memberi kesan kepada pemanduan.
  2. Lontarkan pandangan kepada persekitaran yang segar semasa memandu.Segarkan mata anda. Anda hendaklah mengatur pergerakan mata anda untuk melihat cermin sisi kanan/kiri dan cermin pandang belakang secara bersistemetik. Anggaplah pergerakan ini sebagai latihan mata supaya tidak mudah mengantuk atau mudah terlelap.
  3. Selepas memandu dalam tempoh tertentu, anda berhenti sekejap ditempat yang selamat, turun dari kenderaan dan buat pergerakan ringkas. Contoh:-Jika anda berhenti mengisi minyak, jangan malas keluar dari kenderaan. Anda hendaklah keluar dari kenderaan dimana pergerakan anda nanti akan memberi kesegaran semula.
  4. Rancang perjalanan. Pastikan rehat dan tidur mesti cukup. Harus diingat bahawa ubat mengantuk yang paling mujarab sekali ialah tidur. Jangan sekali-kali makan pil elak mengantuk kerana anda akan memandu dalam keadaan mata celik tetapi hati tidur.
  5. Mempunyai teman semasa memandu. Dengan berteman, anda boleh berbual.Jika teman anda kaki tidur, anda boleh sekalisekala menjeling bagaimana teman anda tidur kerana salah satu kaedah untuk mengelakkan dari mengantuk ialah melihat perlakuan orang tidur. Anda juga boleh bertemankan radio rangkaian kegemaran anda.
  6. Mengamalkan permakanan yang betul. Terlalu kenyang akan menyebabkan anda lemah dan ingin rehat dan tidur.
  7. Menciptalah sesuatu yang boleh menceriakan semasa memandu dan anggaplah pemanduan ini adalah pemanduan yang sempurna. Jangan sekali-sekali bertindakbalas kepada kesalahan yang dilakukan oleh pemandu lain. Pemandu mahir mesti boleh mengawal keadaan dan tidak mudah terjebak dengan kesalahan lalulintas.
  8. Lakukan SEX (SMILE-senyum, E-ENERGY-bersemangat/bertenaga dan E-E-XCITMENT-berseronok)�pada setiap masa.Ini adalah kunci utama untuk mengelakkan stress semasa memandu.�
  9. Mengambil pendekatan Agama. Orang yang tenang adalah orang yang dapat menghayati tuntutan agama. Pengalaman saya inilah petua besar yang dipegang oleh mereka yang tidak pernah terlibat dengan kemalangan.
    http://pandumolek.blogstarz.my/

Saturday, September 12, 2009

MAJLIS BERBUKA PUASA











majlis Berbuka Puasa YB Tuan Shamsulkahar bin Mohd Deli (ADUN Serting)












tARIKH: 11 sEPTEMBER, 2009




mASA: 7.00 MALAM




tEMPAT: tAMAN dESA dATO' mUDA, bATU kIKIR, nEGERI sEMBILAN








Thursday, September 10, 2009

Berhati-hati Di jalan raya.

Tarikh: 9.9.09


Tempat Kejadian: Batu Kikir, Negeri Sembilan


Masa: 5.00 petang







Tuesday, September 8, 2009

SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN UPSR

Ayah, ibu dan adik2 mendoakan anda, Ahmad Azhan Syukri.




Jawab dengan tenang dan berhati-hati.
Kami semua percaya anda boleh buat.
Teruskan usaha untuk kejayaan di masa depan.

Friday, September 4, 2009

Langkah-langkah Bijak Menjelang Peperiksaan

Persediaan menjelang peperiksaan lebih merupakan persediaan minda. Kaedah pembelajaran bukan lagi menjadi persoalan utama. Pelajar yang telah lama bersedia adalah pelajar yang beruntung manakala pelajar yang lalai hingga ke saat akhir adalah pelajar yang merugi.

Persediaan mental menjelang peperiksaan juga amat penting kerana turut mempengaruhi prestasi semasa peperiksaan. Persediaan mental ini tetap merupakan perjuangan para pelajar ke arah mengejar kejayaan cemerlang.


Pelbagai petua dan panduan perlu dipatuhi oleh pelajar untuk mencapai ke arah kejayaan ini.
1.Bertenang dan lapangkan fikiran, elakkan tekanan perasaan.
2.Membuat ulang-kaji bagi topik-topik yang difikirkan penting.
3.Tidur yang mencukupi. Ini bertujuan untuk memelihara tenaga yang secukupnya semasa hari peperiksaan.
4.Menjaga kesihatan diri supaya dapat mengelakkan daripada demam atau kemalangan. Badan yang tidak sihat akan menyebabkan otak kurang cekap.
5.Menjaga pemakanan dengan memakan makanan yang berkhasiat dan berzat. Hindari makanan yang boleh melemahkan tenaga dan melembapkan minda.
6.Bangun tidur awal pada setiap pagi.
7.Bagi pelajar Islam, perbanyakan sembahyang hajat.
8.Membaca nota-nota ringkas yang telah disediakan.
9.Mengadakan senaman kesihatan fizikal untuk mengeluarkan peluh.
10.Beriadah dan berekreasi di tempat-tempat yang sesuai. Udara yang bersih dan badan yang cergas akan menenangkan minda dan melapangkan fikiran.
11.Hindari sebarang masalah dengan sebarang pihak sama ada rakan, keluarga atau lebih-lebih lagi guru. Jangan bergaduh dengan rakan-rakan, atau bermusuhan dengan guru. Jangan menderhaka dengan ibu bapa dan jangan kurang ajar dengan guru.
12.Meminta doa dan restu ibu, bapa dan guru-guru.
13.Belajar pada waktu yang difikirkan sesuai.
14.Mengkaji bentuk-bentuk soalan peperiksaan dengan bantuan guru dan rakan-rakan.
15.Menjawab soalan yang sama seperti format peperiksaan sebenar.
16.Datang lebih awal ke dewan peperiksaan sebelum peperiksaan bermula. Ini membolehkan pelajar-pelajar sempat bertemu dan berbincang dengan rakan-rakan. Ini akan dapat mengurangkan ketegangan.
17.Menyediakan segala kelengkapan peperiksaan yang diperlukan sebelum menjelang hari peperiksaan.
18.Bersarapan sebelum masuk ke dewan peperiksaan dengan sarapan yang berzat supaya tenaga fizikal dan minda cukup untuk menghadapi peperiksaan.
19.Datang ke tempat peperiksaan dengan kenderaan yang lebih selamat dan cepat. Jangan datang lewat. Ini hanya akan meresahkan pelajar dan menggugat kelancangan pemikiran pelajar.
20.Elakkan mengadakan perbincangan tentang topik-topik hangat atau kaedah menjawab sebelum dan selepas peperiksaan.
21.Meminta ibu bapa atau ahli keluarga yang terdekat menghantar pelajar ke tempat peperiksaan. Sokongan moral sebegini amatlah penting.
22.Mematuhi arahan peperiksaan yang telah ditetapkan.
23.Membaca setiap arahan yang terdapat pada setiap kertas soalan.
24.Menjawab soalan berpandukan soalan yang telah dipilih.
25.Meminta sesuatu keperluan peperiksaan daripada pengawas yang bertugas.
26.Jangan bercinta dengan kekasih atau buah hati menjelang peperiksaan. Ini akan melencungkan tenaga pemikiran dan tumpuan pelajar daripada matlamat asal iaitu untuk mencapai tahap kecemerlangan dalam peperiksaan. Lebih malang lagi sekiranya pelajar 'putus cinta' menjelang peperiksaan!
27.Memulakan peperiksaan dengan membaca Bismillah.
28.Menjawab soalan yang pelajar fikirkan mudah dan betul terlebih dahulu, jangan mengambil masa yang lama untuk satu-satu soalan yang sukar dijawab.
29.Pastikan pelajar menjawab semua soalan yang dikemukakan mengikut arahan yang dinyatakan.
30.Berserah kepada Allah dan yakin bahawa anda akan beroleh kejayaan selepas bekerja keras.





Thursday, September 3, 2009

Cara Lulus Peperiksaan

Lima Cara Lulus Peperiksaan



Pertama: matlamat perlu jelas
Pelajar perlu menetapkan matlamat dengan jelas. Setiap pelajar perlu sedar bahawa peperiksaan sama ada UPSR, PMR, SPM atau STPM adalah penentu kepada hala tuju masa depan. Peperiksaan ini bakal menentukan sama ada pelajar akan hanya menjadi seorang buruh kasar, pegawai atau seorang profesyional. Oleh itu matlamat asas yang perlu ada adalah untuk berjaya dalam peperiksaan dengan cemerlang. Tanpa matlamat, pelajar akan berasa malas untuk berusaha dengan gigih untuk meraih keputusan peperiksaan yang cemerlang. Tanpa matlamat, pelajar tidak akan berasa bahawa peperiksaan itu penting.

Kedua: perencanaan yang bijak
Pelajar perlu merancang atau merencanakan bahawa peperiksaan yang bakal dihadapi itu adalah sebahagian daripada hidup. Hidup pula adalah laksana jambatan ke akhirat. Oleh itu peperiksaan tersebut dianggap sebagai sebahagian daripada perancangan kita untuk mencapai kejayaan di dunia dan akhirat. Oleh itu kejayaan dalam peperiksaan adalah juga sebahagian daripada kejayaan hidup kita.
Ketiga:cipta sejarah
Pelajar perlu mencipta sejarah. Pelajar perlu melakukan sesuatu kejayaan yang akan dikenang oleh anggota keuarga atau saudara mara hingga ke akhir cucu. Jangan biarkan pelajar dikenang oleh seluruh suku-sakat pelajar sebagai seorang yang gagal dalam hidup kerana gagal dalam peperiksaan. Kalau boleh, jadilah anggota keluarga yang paling berjaya dan yang terbaik dari kalangan semua.
Begitu juga di sekolah, pelajar boleh mencipta sejarah sebagai pelajar terbaik yang pernah dilahirkan oleh sekolah pelajar. Pelajar akan dikenang dan dijadikan contoh teladan oleh guru-guru sampai bila-bila.
Keempat:fikirkan yang indah
Bayangkan keseronokan yang bakal pelajar kecapi jika berjaya kelak. Jika pelajar berjaya dalam peperiksaan dengan cemerlang, pelajar akan diberikan biasiswa atau ditawarkan melanjutkan pelajaran ke luar negara. Pelajar juga kemudiannya akan menerima segulung ijazah dan dihormati oleh semua. Seterusnya pelajar akan berkhidmat kepada negara dan menjadi orang yang berjaya.
Kelima:keuntungan terdekat
Ke mana pelajar selepas peperiksaan nanti. Adakah ke luar negara, ke universiti tempatan, ke pusat-pusat matrikulasi, ke institusi pengajian tinggi swasta, ke kolej-kolej, atau kembali mengambil peperiksaan semula. Ini adalah antara keuntungan (atau kerugian) yang paling cepat akan pelajar perolehi, iaitu sejurus selepas keputusan peperiksaan diumumkan.
Oleh itu, jadikanlah keuntungan terdekat itu sebagai antara matlamat pelajar. Ini akan dapat menaikkan lagi semangat dan menambah azam pelajar untuk berusaha gigih bagi mencapai kejayaan dalam peperiksaan yang bakal dihadapi.

Wednesday, September 2, 2009

PETUA PELAJAR CEMERLANG

Bagaimana Cemerlang Dalam Pelajaran

  1. Buat persediaan dari awal dan jangan menunggu hingga saat-saat terakhir untuk mengulang kaji pelajaran.
  2. bertanya kepada guru jika mempunyai masalah dalam pelajaran
  3. belajar secara kumpulan serta berbincang dengan rakan-rakan tentang topik-topik yang susah
  4. menjaga kesihatan dengan tidur yang cukup dan mengambil makanan yang seimbang
  5. menyertai kelas tambahan
  6. membuat latihan kendiri di rumah
  7. menetapkan matlamat harian tentang apa yang perlu dikaji pada setiap hari. Contohnya membuat jadual.
  8. sebagai seorang yang beragama banyakkan solat dan berdoa
  9. melayari internet yang berkaitan dengan pendidikan
  10. elakkan diri daripada tabiat ponteng sekolah kerana hal yang sedemikian hanya akan merugikan diri sendiri
  11. memberi tumpuan kepada guru semasa pengajaran kerana anda mungkin tidak dapat mengikuti pelajaran jika hanya bersembang.

Rujukan bahan: Sinar Mentari/Jabatan Penerangan Malaysia/Edisi Pengenalan