Thursday, August 22, 2013

PELAJAR YANG LEMAH MAMPU JUA BERJAYA APABILA DIBANTU

Pusat Tuisyen Online Di Malaysia

  • Pusat Tuisyen Online Di Malaysia, Murah, Mudah, Berkesan, Ramai telah berjaya mendapat SCORE A dalam peperiksaan
  • Sekolah Rendah (Tahun 1-6)
1. Bahasa Melayu
2. Bahasa Inggeris
3. Matematik (Bahasa Inggeris dan Bahasa Cina)
4. Sains (Bahasa Inggeris dan Bahasa Cina)
5. Bahasa Cina
  • Sekolah Menengah (Tingkatan 1-3)
1. Bahasa Melayu
2. Bahasa Inggeris
3. Matematik (Bahasa Inggeris)
4. Sains (Bahasa Inggeris)
5. Bahasa Cina
6. Sejarah
7. Geografi
  • Tingkatan 4 dan 5 – Pelancaran pada 15-Ogos-2009.
Kesusasteraan:
1. Bahasa Inggeris
2. Matematik
3. Sejarah
4. Sains
5. Perdagangan
6. Prinsip Akaun
7. Ekonomi Asas
Sains:
1. Bahasa Inggeris
2. Matematik
3. Sejarah
4. Fizik
5. Kimia
6. Biologi
TERBARU: Tingkatan 4 dan 5  Input Learning Score A i-Teacher - Pra-Pelancaran pada 24-Apr-2010.
*Silibus yg disediakan (dari darjah 1-Tingkatan 5) Meliputi 100% sukatan mata pelajaran dan silibus TERKINI Kementerian Pendidikan Malaysia

BAGAIMANA CARA PELAJAR CEMERLANG BELAJAR?

Ketahui Kaedah Pembelajaran Yang INTERAKTIF,
EFEKTIF dan EFISIEN
Untuk Meningkatkan
KECEMERLANGAN
Pelajar!
...terbukti telah melahirkan beribu-ribu pelajar cemerlang setiap tahun yang mendapat semua A dalam semua mata pelajaran...
Salam sejahtera para ibu bapa sekalian,
Hari ini, dalam akhbar diberitakan ramai pelajar mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan. Jumlah yang mendapat A semakin ramai dari tahun ketahun. Peperiksaan UPSR, PMR dan SPM, peratus kelulusan pelajar semakin bertambah. Lahir pelbagai tokoh pencipta sejarah dengan keputusan cemerlang dengan Straigth A. Ramai juga tak sempat diwawancara oleh stesen TV dan media kerana jumlah yang Berjaya dapat semua A semakin ramai. Kenapa agaknya? Apakah rahsia mereka.
Dahulu sebahagian daripada mereka, bukanlah sedemikian, Ada yang selalu saja mendapat keputusan yang kurang memberansangkan, ada yang tidak pernah mendapat A dalam peperiksaan di Tahun 1-6 juga Tingkatan 1-3 dan Tingkatan 4-5. Selalu dimarahi oleh ibu bapa kerana mendapat keputusan tercorot dalam kelas. Itu dulu.
Sehinggalah sebahagian mereka menggunakan sistem pembelajaran output iaitu score A. Bermula dari saat itu, prestasi mereka meningkat dan memberansangkan. Dan yang paling penting ianya murah, online, boleh diakses dimana-mana, pelajar pun suka (sebab boleh guna internet je), ibubapa boleh memantau anak mereka secara sms dan online. Fuh, betapa hebatnya produk ini. Nak tahu lebih lanjut?
Syarat untuk mendapatkan keputusan yang cemerlang di dalam peperiksaan ialah dengan menggunakan kaedah “pembelajaran output”, kebolehan untuk mengeluarkan dan menggunakan apa yang telah dipelajari. Ramai pelajar hanya melakukan pembelajaran input – membaca, belajar, menghafal dan mendengar adalah pembelajaran input. Inilah sebabnya ramai pelajar yang mendapat markah yang sederhana.

Untuk menyerlah, anak anda memerlukan pembelajaran output. Ketahuilah bagaimana kami melatih anak anda teknik pembelajaran output kami. Kami telah mengambil masa 4 tahun untuk membentuk satu kaedah pembelajaran output yang cukup komprehensif yang mana ianya telah direka mengikut kurikulum yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan.
Kami akan membantu dan membimbing anak anda supaya Bersedia Menghadapi Peperiksaan dan mencapai kecemerlangan A. Berlatih mencapai kecemerlangan, keinginan untuk berjaya adalah penting, tetapi keinginan untuk bersedia adalah lebih penting. Apabila tiba hari peperiksaan anak anda akan mengharungi cabaran dengan keyakinan dan mencapai kecemerlangan A.
Score A Programme™ juga diwujudkan untuk mengatasi masalah-masalah yang dihadapi oleh ibubapa dan pelajar sendiri seperti:-

Sikap Para Pelajar:-
  • Merasa beban dan bosan untuk belajar cara konvensional yang hanya menggunakan buku sebagai medium menuntut ilmu;
  • Tiada motivasi untuk menjadi pelajar cemerlang;
  • Tiada minat untuk membaca buku dan membuat buku latihan;
  • Selalu menghabiskan masa di depan komputer dengan chatting, bermain game dan melawat laman-laman web yang tidak berfaedah; juga
  • Tidak mendapat perhatian ibu bapa yang sibuk bekerja.
Masalah Ibu bapa:-
  • Tidak dapat menilai pencapaian akademik anak anda;
  • Tidak dapat memberi perhatian kepada kerja rumah dan ulangkaji anak anda;
  • Tidak berpuas hati dengan keputusan peperiksaan anak;
  • Anak hanya membawa balik kad laporan 2 kali setahun;
  • Kurang pasti akan persediaan peperiksaan anak anda;
  • Anak anda menghadapi tekanan/ takut peperiksaan justeru hilang minat untuk belajar;
    Membelanjakan wang yang banyak tetapi anak masih gagal memperolehi keputusan diharapkan; juga
  • Kekurangan interaksi ibubapa dengan anak-anak.
Score A Programme™ ialah program Webucation (gabungan website dan education) yang pertama di Malaysia.

HUBUNGI:  CIKGU SULAIMAN 013-3715117
CIKGU RAHIMAH 013-3775409

Friday, August 16, 2013

JAGALAH LIDAH DAN BELAJAR LAH MENANGIS

Jagalah LidahMU


bagian lidah dan fungsinya

Oleh : Ustaz Baie – Majalah Remaja 15 Februari 2000
Selalunya manusia akan berlumba-lumba ke arah yang baru. Apa yang dirasakan kurang sempurna lalu mahu dipertingkatkan. Tetapi hajat di hati itu tidak semuanya berjaya. Ia bergantung kepada kesungguhannya untuk mendapatkan perkara itu. Manusia boleh berusaha malah itulah yang sepatutnya, tetapi jaya atau tidaknya Allah yang mengizinkannya.
Sebenarnya, sikap baik seseorang terhadap umat Islam yang lain dan sikap taqwa umat Islam terhadap Allah menjadi sebab nilaian Allah. Dan Allahlah yang memberi kejayaan kepadanya dan usahanya akan dipercepatkan.
Remaja yang masih dalam alam persekolahan sentiasa berfikiran kreatif lalu cuba memperbaiki kekurangan diri dan cuba melakukan yang terbaik untuk dirinya. Setidak-tidaknya dia akan belajar dan mengkaji pelajaran dengan lebih gigih demi masa depannya tanpa mengganggu orang lain.
Begitu juga dengan remaja yang sudah memasuki alam kerjaya, mereka pastinya melakukan kerja yang diamanahkan dengan sempurna. Kerja yang dilakukan dipastikan yang terbaik boleh dibuat.
Tapi malanglah mereka yang tidak mahu kejayaan dan keselamatan lalu membiarkan dirinya sebagaimana sebelumnya. Hidupnya hanya mengikut arus, tanpa wawasan masa hadapan. Apa yang penting pada mereka, dia masih hidup. Kata Iman Al Ghazali :
” Siapa yang lebih baik hari ini dari sebelumnya maka beruntunglah dia. Dan siapa yang hari ini sama seperti yang sebelumnya rugilah dia. Dan siapa yang yang hari ini lebih teruk dari sebelumnya celakalah dia”.
Remaja hari ini patut menjadi golongan orang yang pertama, bukan orang yang kedua, apa lagi orang yang ketiga. Setiap hari yang dilalui mesti bertambah baik dari hari yang sebelumnya. Tapi di sini juga ada masalah, terlalu sedikit di kalangan umat Islam yang kehidupannya lebih baik kerjanya dari sebelumnya.
Sesungguhnya aktiviti umat Islam baik berhubungan dengan manusia mahupun berhubungan dengan Allah mestilah baik daripada hari ini daripada yang sebelumnya. Dan supaya aktiviti itu dinilai oleh Allah sebagai terbaik 2 perkara mesti diberi perhatian; jaga lidah dan menangis kerana insaf.
Dari Uqbah bin Amir dia bertanya kepada Nabi SAW:”Apakah amal unutk selamat?Jawab baginda:”Jagalah lidah dan menangislah selalu terhadap dosa-dosamu”.
Lihatlah para sahabat mereka sentiasa mencari peluang untuk berjaya dan selamat di dunia dan di akhirat. Wal hal mereka yang berada di sisi Nabi, lebih terjamin selamatnya berbanding dengan kita di hari ini.
Bukan mereka tidak beramal, bukan mereka tidak buat aktivitihidup tetapi mereka masih mahu mencari apa lagi amal yang menyebabkan mereka selamat di dunia dan di akhirat. Di sini Rasulullah memberi panduan yang mudah agar mereka selamat, iaitu melakukan 2 amalan; Jaga lidah dan menangis kerana dosa.
Panduan ini amat mudah tetapi sukar untuk dilaksanakan jika umat Islam tidak bersedia ke arah keselamatan dan kebahagian. Lidahnya sepatutnya boleh berzikir mengingati Allah, bercakap-cakap memberi nasihat yang baik tapi sayang, dibiarkan menyakiti orang lain.
Kerana lidah tidak bertulang seseorang manusia boleh bermusuhan dan kesannya terhadap kerja harian yang dilakukannya tidak mendapat sokongan dan perhatian ramai. Malah ramai akan membencinya lalu memulaukannya. Kalau ini terjadi, maka gagallah segala perancangannya. Dan Allah akan hilangkan keberkatan untuknya.
Jadi, untuk selamatkan diri dan sedala-galanya maka lidah mesti dijaga, inilah amalan yang terpuji. Mereka yang baik penjagaan lidahnya bukan sahaja disukai Allah malah orang ramai akan senang dengannya.
Di sini kalau disingkapkan pada pengalaman sesetengah orang Melayu, mereka gagal dalam membangunkan diri dan lain-lainnya, mungkin disebabkan lidah mereka tidak dikawal dengan baik. Mengumpat dan menfitnah orang lain sudah menjadi amalan biasa. Mencaci maki musuhnya menjadi bualan hariannya. Maka bagaimanakah mereka ini boleh berjaya dalam keadaan begini? Allah tentu tidak merestui mereka.
Selain menjaga lidah, menangis kerana menginsafi segala dosa yang dilakukan baik kerana dengan tangisan ini boleh menimbulkan rasa hendak menebus dosa lalu, dan segera ingin bertaubat. Dalam masa yang sa,a mereka melakukan kerja-kerja kebajikan sebanyak mungkin.
Jika sikap ini diambil oleh umat Islam bukan sahaja Allah akan meredhainya bahkan orang ramai akan menyanjunginya. Ini akan menjadikan segala yang dilakukan mereka menghasilkan kejayaan demi kejayaan.
Tapi di hari ini, ramai yang menangis kerana tidak dapat melakukan dosa, dan ada yang menangis kerana dimarah pihak berkuasa atas perbuatan jahatnya. Namun jiwa mereka tetap mahu melakukan dosa. Ertinya mereka tetap mahu menyimpan dosa. Di sinilah di antara faktor kegagalan umat Islam dalam segala usahanya, Allah tidak mahu membela mereka.
Inilah yang patut diinsafi oleh para remaja kini, untuk mencapai apa juga kejayaan sekalipun 2 faktor ini mesti diberi perhatian, mesti diamalkan. Ini adalah kerana kejayaan usaha kita ada kaitan dengan pertolongan Allah. Maka orang yang berdosa dengan manusia apa lagi berdosa dengan Allah tidak akan dibantu Allah.
Kerana itu latihlah lidah dari bercakap sesuatu yang tidak berfaedah. Elakkan dari bercakap sesuatu yang boleh menyakitkan hati orang lain. Dan pastikan apa yang diucapkan memberi manfaat pada diri sendiri dan juga orang lain. Nanti kelak mereka akan disenangi selalu.
Dan latihlah lidah supaya mudah bertaubat, dan kalaupun tidak boleh menangis, bangkitkanlah rasa bersalah dan berdosa supaya lahir penyesalan dan keinsafan. Sesungguhnya manusia sebaik manapun dia, dosa tetap dilakukannya. Tapi sebaik-baik manusia apabila dia tersalah lalu dia akan bertaubat segera.
Amalan ini tidak akan datang sendiri tanpa diusahakan dengan latihan yang berterusan. Sebab itu, orang yang sudah terbiasa dengan sifat dan sikap yang kurang baik sekian lama sudah diubah lagi sewaktu dewasanya. Meskipun dinasihati berkali-kali namun dia tetap pada tahap yang asalnya.
Dalam hal ini tidak siapa yang boleh merubah diri kita kecuali kemahuan diri sendiri. Firman Allah:
“Sesungguhnya Allah tidak merubah apa yang ada pada diri seseorang, sehinggalah mereka merubah apa yang ada pada diri mereka”.
Ya, kalau remaja sudah bertekad dan bersungguh-sungguh mahu menjaga lidah dan mahu bertaubat sudah tentu Allah akan menbentangkan jalan-jalannnya. Allah tentu sudi untuk membantu apa yang dihajati oleh mereka.
Ertinya semuanya bertitik tolak dari manusia itu sendiri. Hendak seribu daya dan kalau tidak hendak seribu dalih pula yang datang. Ingatlah, Allah tidak mengkehendaki orang yang suka berdalih mencari helah melepaskan diri.
Dan Allah mahu umat Islam berjaya dan terus berjaya di dunia ini manakala di akhirat mereka berjaya menghuni syurga yang indah permai.

PERBUATAN KEJI: MENGUMPAT - ADALAH DOSA BESAR

Perbuatan Keji

AKHLAK atau budi pekerti yang baik merupakan darjat paling tinggi bagi umat Islam. Akhlak yang baik akan menentukan kuat atau lemahnya suatu bangsa atau negara. Apabila suatu bangsa sudah tidak memiliki moral yang baik maka bangsa itu sedang menempuh jalan kehancuran.
Mengenai akhlak terhadap sesama manusia, al-Quran memberi petunjuk bukan hanya dalam bentuk larangan melakukan hal-hal yang negatif seperti membunuh, tetapi juga memaki hamun, menyakiti hati dengan cara menceritakan aib seseorang di belakangnya tanpa mempedulikan aib itu benar atau salah.
Memperkatakan sesuatu menyentuh peribadi seseorang sehingga boleh mencemar kewibawaannya di khalayak ramai atau memperkatakan sesuatu yang bukan menyentuh peribadi dengan maksud untuk menjatuhkan seseorang tanpa pengetahuan orang yang diperkatakan, maka itu adalah umpatan.
Keangkuhan yang ada pada diri seseorang juga menyebabkan dia mengumpat orang lain akibat tidak dapat menerima hakikat yang orang lain itu lebih baik dan lebih mulai daripada dirinya. Dia berbuat begitu kerana merasakan dirinya lebih layak dan terbaikatau lebih baik lalu merendah-rendahkan orang tersebut.
Dalam hal mengumpat, jumhur ulama telah sepakat mengatakan bahawa ia adalah satu perbuatan keji dan dosa besar. Pengumpat, pemfitnah termasuk dalam kategori pencela yang mana mereka itu semuanya dijanjikan dengan azab neraka. Firman Allah s.w.t. yang bermaksud:
“Kecelakaan besar bagi tiap-tiap pencaci dan pengeji.” (Surah Al-Humazah ayat 1).
Memang tidak dapat dinafikan dalam keadaan tertentu membicarakan tentang kedurhakaan seseorang itu diharuskan. Namun persoalannya apakah orang yang diumpat itu sudah nyata dari segi kefasikan dan kekejian perbuatannya atau sekadar prasangka buruk kita sahaja tanpa bukti yang sahih dan kukuh. Imam Malik meriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:
“Jauhilah berprasangka, kerana prasangka itu adalah perkataan yang paling dusta. Janganlah kamu meneliti rahsia orang lain, mencuri dengar, bersaing yang tidak baik, saling mendengki, saling membenci, saling membelakangi. Jadilah kamu ini sebagai hamba-hamba Allah yang bersaudara”.
Dalam hadis lain,
Nabi s.a.w. bersabda yang bermaksud: “Apakah kamu sekelian tahu apa itu ghibah? Para sahabat menjawab: “Allah dan Rasul-Nya sahaja yang lebih tahu.” Lalu Nabi bersabda: “Kamu menceritakan sesuatu tentang diri saudara kamu yang ia tidak sukai.” Salah seorang sahabat bertanya: “Bagaimana pendapat tuan hamba, jika apa yang saya perkatakan itu memang ada pada diri saudara saya. Baginda menjawab: “Walaupun apa yang kamu perkatakan itu memang ada pada diri saudara kamu, ia tetap ghibah terhadapnya. Dan sekiranya tidak ada maka engkau telah melakukan dusta terhadap dirinya.” (Riwayat Muslim).
Keji
Justeru larangan mengumpat sangat keras (dosa besar dan keji), maka Allah menyerupakan perbuatan ghibah (mengumpat) dengan memakan daging manusia yang sudah menjadi bangkai.
Diriwayatkan oleh Abu Daud dari Abu Hurairah bahawasanya Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:
“Setiap harta, kehormatan dan darah seorang muslim adalah haram atas Muslim lainnya. Cukup buruklah seseorang yang merendahkan saudaranya sesama Muslim.”
Dalam sebuah hadis dinyatakan berkaitan dengan keburukan mengumpat sebagaimana sabda Nabi s.a.w.
“Mengumpat atau membicarakan aib orang lain itu lebih teruk dosanya daripada perbuatan zina. Mereka(para sahabat) bertanya: “Mengapa demikian wahai Rasulullah?” Nabi bersabda: “Orang lelaki berzina lalu ia bertaubat, maka Allah akan mengampuninya. Adapun orang yang mengumpat, tidak akan diampuni, kecuali orang yang diumpat itu memaafkannya terlebih dahulu. “Manakala balasan yang disediakan untuk orang mengumpat ialah sebagaimana sabda Nabi maksudnya: “Orang-orang yang mengumpat, orang-orang yang mencela dan orang yang melaga-lagakan orang serta orang yang membuat hina atau cela terhadap orang yang bersih daripada sifat keji atau cela itu. Maka nanti di hari Kiamat mereka semua akan dikumpulkan atau himpunkan dalam rupa anjing”.
Antara lain, orang yang mengumpat itu akan diambil pahala dan kebajikan yang dia lakukan serta diberikan kepada orang yang diumpatnya pada hari kiamat nanti sebagai balasan.
Islam melarang keras perbuatan menghina, mencela, memfitnah orang lain kerana dengan perbuatan-perbuatan itu boleh menyebabkan putusnya hubungan persaudaraan. Perbuatan seumpama itu boleh menjatuhkan maruah orang yang terlibat. Malah perbuatan seperti ini amat tidak sesuai sama sekali dengan orang beriman, kerana orang beriman itu hendaklah sentiasa menyedari dirinya juga lemah, kurang dan ada keburukan.
Namun orang yang tidak beriman atau tidak benar-benar beriman sahaja yang lupa diri dan sengaja atau sentiasa mencari kelemahan dan mendedahkan keburukan atau kelemahan orang lain.
Mengumpat adalah satu sikap daripada beberapa sifat akhlak buruk yang harus dihindarkan daripada menjadi amalan dalam kehidupan seharian. Dalam sebuah hadis daripada Abu Hurairah yang diriwayatkan oleh Muslim, Abu Daud dan al-Tirmizi yang bermaksud:
“Dan sesiapa yang menutup keaiban seseorang Islam, nescaya Allah menutup keaibannya di dunia dan di akhirat.”
Sesiapa sahaja yang sengaja mencari jalan kelemahan seseorang yang lain dan mengintai-intai keaiban orang lain, sesungguhnya orang itu tidak dijamin keselamatannya. Sebaliknya bukan keaiban orang yang disebarnya terdedah kepada orang tetapi keaibannya juga akan terbuka dengan sendirinya.
Allah akan mendedahkan kelemahan di dalam lingkungan rumah tangganya sebagai balasan ke atasnya yang suka mencari-cari kelemahan dan aib orang lain.
Rasulullah s.a.w. sentiasa berdoa agar lisannya digunakan dalam hal-hal yang baik. Lisannya tidak pernah digunakan untuk memfitnah atau mengumpat, menyinggung perasaan orang lain, kata-kata kasar atau kotor atau untuk menghina orang lain.
Ketika kita berbeza pendapat apa yang harus dilakukan ialah selalu memegang teguh etika Islam iaitu tidak menghilangkan etika bicara yang baik dan sopan. Perkataan yang baik atau sopan merupakan kunci pergaulan yang boleh mengeratkan tali persahabatan yang abadi.
Di dalam al-Quran disebut dengan bermacam-macam istilah termasuk Qaulan maruf (perkataan yang baik) Surah al-Nisa:5; Qaulan baligha (perkataan yang menyentuh perasaan) Surah al-Nisa: 63; Qaulan sadida (perkataan yang lurus dan bermakna) Surah al-Ahzab: 70; Qaulan karima (perkataan yang mulia) surah al-Isra: 23; Qaulan ahsan (perkataan yang terbaik) surah Fuhshilat: 33; Qaulan layyina (perkataan yang lemah lembut) surah Thaha: 44; Qaulan azhima (perkataan yang agung) surah al-Isra: 40; Qaulan thayyib (perkataan yang bersih/baik) surah al-Hajj: 24.
Kita sesama Islam hendaklah menjaga dan mempertahankan nama baik dan kehormatan sesama Muslim.
* PENULIS ialah Pengurus Penyelidikan,Yayasan Dakwah Islamiyah Malaysia (Yadim).

Aurat Wanita: Bukti Islam Mengghormati Kaum Wanita

Aurat Wanita

*Salah satu bukti Islam itu agama yang istimewa dan menghormati kaum wanita*
Isteri : “Abang…bleh sayang tanya?
Suami: Yer sayang nak tanya apa?
Isteri : “Sayang pelik la abang..kenapa syarat dalam Islam..bila lelaki meninggal
dunia..kuburnya digali sedalam 5 kaki…tapi kubur wanita..berlainan digali
sedalam 7 kaki?”
Suami : ooo..insyaAllah senang ja jawapannya tue.. (sambil tersenyum)..kalau nak tau
Islam nie agama yang sangat prihatin dan bijaksana.
“Sebenarnya sebab kubur wanita digali lebih dalam dari lelaki kerana jika 
berlaku banjir..jenazah wanita tersebut tidak akan terapung ke atas dan akhirnya
akan membuka aurat jenazah..Islam sgt menjaga aurat kaum wanita..sampaikan hingga nyawa dah melayang dari jasad pun,Islam masih melindungi
aurat kaum wanita.
Isteri : “SubhanAllah..besarnya kasih sayang Allah ya abang.”
Suami : (hanya tersenyum) :)
*moral of dialog : Wahai kaum wanita..tutuplah aurat mu dengan sempurna..ketika masih bernyawa..kerana insyaAllah Allah juga akan membantu melindungi aurat mu walaupun nyawa sudah tiada suatu hari kelak..subhanaAllah..*

TANDA-TANDA KITA HAMPIR MENEMUI AJAL @ Mati!!

Tanda Ajal @ Mati!!

mayat
Adapun tanda-tanda kematian mengikut ulamak adalah benar dan ujud cuma amalan dan ketakwaan kita sahaja yang akan dapat membezakan kepekaan kita kepada tanda-tanda ini.
Rasulallah SAW diriwayatkan masih mampu memperlihat dan menceritakan kepada keluarga dan sahabat secara lansung akan kesukaran menghadapi sakaratulmaut dari awal hinggalah akhirnya hayat Baginda.
Imam Ghazali rahimahullah diriwayatkan memperolehi tanda-tanda ini sehinggakan beliau mampu menyediakan dirinya untuk menghadapi sakaratulmaut secara sendirian. Beliau menyediakan dirinya dengan segala persiapan termasuk mandinya, wuduknya serta kafannya sekali cuma ketika sampai bahagian tubuh dan kepala sahaja beliau telah memanggil abangnya iaitu Imam Ahmad Ibnu Hambal untuk menyambung tugas tersebut. Beliau wafat ketika Imam Ahmad bersedia untuk mengkafankan bahagian mukanya.
Adapun riwayat -riwayat ini memperlihatkan kepada kita sesungguhnya Allah SWT tidak pernah berlaku zalim kepada hambanya. Tanda-tanda yang diberikan adalah untuk menjadikan kita umat Islam supaya dapat bertaubat dan bersedia dalam perjalanan menghadap Allah SWT. Walaubagaimanapun semua tanda-tanda ini akan berlaku kepada orang-orang Islam sahaja manakala orang-orang kafir iaitu orang yang menyekutukan Allah nyawa mereka ini akan terus di rentap tanpa sebarang peringatan sesuai dengan kekufuran mereka kepada Allah SWT.
Adapun tanda-tanda ini terbahagi kepada beberapa keadaan :
Tanda 100 hari sebelum hari mati.
Ini adalah tanda pertama dari Allah SWT kepada hambanya dan hanya akan disedari oleh mereka-mereka yang dikehendakinya. Walaubagaimanapun semua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma samada mereka sedar atau tidak sahaja.
Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar.
Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan mengigil. Contohnya seperti daging lembu yang baru disembelih dimana jika diperhatikan dengan teliti kita akan mendapati daging tersebut seakan-akan bergetar.
Tanda ini rasanya lazat dan bagi mereka sedar dan berdetik di hati bahawa mungkin ini adalah tanda mati maka getaran ini akan berhenti dan hilang setelah kita sedar akan kehadiran tanda ini.
Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran atau mereka yang hanyut dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian , tanda ini akan lenyap begitu sahaja tanpa sebarang munafaat.
Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda ini maka ini adalah peluang terbaik untuk memunafaatkan masa yang ada untuk mempersiapkan diri dengan amalan dan urusan yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah mati.
Tanda 40 hari sebelum hari mati
Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar.
Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut.Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arash Allah SWT.Maka malaikatmaut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas kita antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa.
Akan terjadi malaikatmaut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih ini akan merasakan seakan-akan bingung seketika.Adapun malaikatmaut ini wujudnya cuma seorang tetapi kuasanya untuk mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan dicabutnya.
Tanda 7 hari
Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji
dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba-tiba ianya berselera untuk makan.
Tanda 3 hari
Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu diantara dahi kanan dan kiri.Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti.
Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi.
Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam.Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.
Tanda 1 hari
Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya.
Tanda akhir
Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum. Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikatmaut untuk menjemput kita kembali kepada Allah SWT yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula.
PENUTUP
Sesungguhnya marilah kita bertaqwa dan berdoa kepada Allah SWT semoga kita adalah di antara orang-orang yang yang dipilih oleh Allah yang akan diberi kesedaran untuk peka terhadap tanda-tanda mati ini semoga kita dapat membuat persiapan terakhir dalam usaha memohon keampunan samada dari Allah SWT mahupun dari manusia sendiri dari segala dosa dan urusan hutang piutang kita.Walaubagaimanapun sesuai dengan sifat Allah SWT yang maha berkuasa lagi pemurah lagi maha mengasihani maka diriwatkan bahawa tarikh mati seseorang manusia itu masih boleh diubah dengan amalan doa iaitu samada doa dari kita sendiri ataupun doa dari orang lain. Namun ianya adalah ketentuan Allah SWT semata-mata.
Oleh itu marilah kita bersama-sama berusaha dan berdoa semuga kita diberi hidayah dan petunjuk oleh Allah SWT serta kelapangan masa dan kesihatan tubuh badan dan juga fikiran dalam usaha kita untuk mencari keredhaan Allah SWT samada di dunia mahupun akhirat.
Apa yang baik dan benar itu datangnya dari Allah SWT dan apa yang salah dan silap itu adalah dari kelemahan manusia itu sendiri.
WALLAHUA`LAM
RINGKASAN
100 hari : Seluruh badan rasa bergegar.
60 hari : Pusat rasa bergerak-gerak.
40 hari : Daun dengan nama orang yang akan mati di arash akan jatuh dan malaikat maut pun datang kepada orang dengan nama tersebut lalu akan mendampinginya sehingga saat kematiannya. Kadang-kadang orang yang akan mati itu akan merasa atau nampak kehadiran malaikat maut
tersebut dan akan sering kelihatan seperti sedang rungsing.
7 hari : Mengidam makanan.
5 hari : Anak lidah bergerak-gerak.
3 hari : Bahagian tengah di dahi bergerak-gerak.
2 hari : Seluruh dahi rasa bergerak-gerak.
1 hari : Terasa bahagian ubun bergerak-gerak di antara waktu subuh dan asar.
Saat akhir : Terasa sejuk dari bahagian pusat hingga ke tulang solbi (di bahagian belakang badan) Seelok-eloknya bila sudah merasa tanda yang akhir sekali, mengucap dalam keadaan qiam dan jangan lagi bercakap-cakap.
>> Untuk pengetahuan semua, pada hari ke-44 air mani lelaki dan telur wanita bercantum, Allah s.w.t. telah mencampurkan sekali tanah yang akan menjadi kubur kita nanti.

BERSAMA MENGEJAR RUMAHTANGGA BAHAGIA

Tips: Rumahtangga Bahagia

1) Sering melakukan kegiatan bersama-sama seperti makan bersama, keluar berjalan berdua-duaan, beriadah dan mandi bersama.
2 ) Galakkan isteri tidur di atas lengan suami. Isteri yang penyayangakan berada di belakang bahu sebelah kanan suami ketika berjalan.
3 ) Jaga agar mulut dan badan tidak berbau agar suami sentiasa mahu berseronok dengan isteri
4 ) Isteri yang hangat dan romantis sentiasa mengharapkan suaminya berada di rumah bersama-samanya.
5 ) Tukar gaya penampilan setelah beberapa ketika untuk mengelakkan jemu kepada pasangan.
6 ) Kreatif mencipta suasana yang har! moni dan tenang dalam rumah tangga.
7 ) Sekiranya ada pergaduhan atau pertengkaran, cuba ingat kembali kenangan manis semasa bercinta dan berbulan madu.
8 ) Kenangkan jasa dan susah payah isteri mengandung dan melahirkan anak.
9 ) Sekiranya berlaku penceraian (bagi pasangan Islam untuk talak satu dan dua saja) jangan mudah menghalau isteri keluar dari rumah sebelum habis edah kerana mungkin
suami isteri berminat untuk bersatu kembali (rujuk).
10 ) Suami kena lebih mesra dengan keluarga mentua kerana sekiranya rumah tangga menghadapi masalah, ibu bapa mentua boleh membantu dari segi nasihat.
11 ) Suami jangan tumpu perhatian yang berlebihan kepada dunia luar berbanding keluarga sendiri.(fikirkan)
12 ) Isteri jangan lebih banyak masa menyibukkan diri dengan dunia luar, seperti aktif dengan kegiatan persatuan, berpolitik atau terbabit dengan jualan langsung.
13 ) Sentiasa berlembut dari segi percakapan, layanan kepada pasangan dan pergaulan sesama ahli keluarga.
14 ) Isteri perlu berhias lebih kepada suaminya berbanding apabila keluar rumah.
15 ) Menjawab setiap pertanyaan suami dengan lembut.
16 ) Pasangan tua, terutama isteri jangan terlalu rapat dengan cucu, tidur dengan cucu dan tinggalkan suami tidur sendirian.
17 ) Sekiranya ada masalah, bawalah berbincang. Jangan bertengkar dan masing-masing menegakkan pendapat sendiri.
18 ) Fahami dan hayati sifat pasangan dan anak-anak. Suami disifatkan seperti matahari sentiasa panas, isteri bulan; cantik, lembut dan indah dipandang, manakala anak-anak pula umpama bintang iaitu sifatnya sebagai penghibur dalam rumah tangga.
19 ) Suami isteri perlu mengekalkan sifat romantis dan sentiasa berhati muda walaupun masing-masing sudah berusia.
20 ) Anak-anak jangan dipaksa mengikut telunjuk dan kehendak ibu bapa tetapi beri mereka pilihan yang sesuai tetapi sentiasa awasi mereka.!
21) Ketua rumah tangga yang bijak sentiasa ada perancangan jangka panjang untuk ahli keluarganya. Sama ada dari segi kewangan, pelajaran dan tempat percutian.
22 ) Keluarga Islam, pastikan sekurang-kurangnya dua waktu sembahyang berjemaah bersama-sama ahli keluarga – merapatkan hubungan dan kemesraan.
23 ) Jangan beri ahli keluarga makanan yang tidak halal atau diragui kehalalannya kerana bermula dari makanan membentuk air mani dan melahirkan generasi seterusnya.