Wednesday, July 28, 2010

PTK , Cuepacs dan Aku....

Sumber: http://perkhidmataawam.blogspot.com

Sejak PTK diperkenalkan pada 2002, kakitangan lama memang sukar untuk mencatat keputusan cemerlang dalam peperiksaan PTK berbanding kakitangan muda.

"Cuepacs menyarankan agar sistem PTK ini dikaji semula selaras dengan hasrat pentadbiran kerajaan yang mahukan penjawat awam melalui beberapa transformasi dan perubahan pada perkhidmatan mereka,"

Mengikut sistem PTK, mereka yang lulus tahap empat layak dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat dan anjakan gaji manakala lulus tahap tiga layak dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat.

Ramai kakitangan lama yang berpengalaman, sukar menikmati kenaikan pangkat disebabkan lulus tahap tiga dan terpaksa bersaing dengan mereka yang lulus cemerlang tahap empat.

NKRA Kementerian Pelajaran Malaysia

Sumber: Monday, 11 January 2010 17:49 Khairul Hazman Othman
http://www.akademikpahang.edu.my

Di bawah NKRA (Bidang Keberhasilan Utama Nasional) KPM tersebut difokuskan kepada 4 sub-NKRA iaitu:
1. Prasekolah - dimana peningkatan 20% penyertaan kanak-kanak 5 tahun ke atas ke pendidikan prasekolah dengan menjadikan pendidikan prasekolah sebagai aliran perdana dalam sistem pendidikan kebangsaan pada tahun 2012.
2. Literasi dan Numerasi - di mana semua kanak-kanak yang tidak mempunyai masalah pembelajaran boleh menguasai kemahiran literasi dan numerasi sebelum melangkah ke tahun 4 pada tahun 2012.
3. Sekolah Berprestasi Tinggi - di mana usaha KPM membangunkan 100 buah ' high performance schools ' termasuk 'trust schools' pada akhir tahun 2012.
4. Pengetua/Guru Besar - di mana bai'ah atau akujanji kepada Pengetua/Guru Besar berdasarkan 'performance based assessment' mulai tahun 2010.

Key Performance Indicator (KPI) atau Bidang Pengukuran Prestasi bagi KPPM telah ditetapkan berdasarkan kepada beberapa kpi :

1. Nisbah Guru:Murid mengikut sasaran tahun semasa ( Sekolah Menengah 1:17, Sekolah Rendah 1:16)
2. Penurunan kes disiplin sekolah sebanyak 0.02% setahun bagi semua jenis sekolah rendah dan sekolah menengah seluruh negara.
3. Peratus peningkatan sebanyak 1.0 % setahun bagi kadar pencapaian murid dalam Kelas Intervensi Awal (KIA2M).
4. Pencapaian pelajar berdasarkan Gred Purata Nasional pada peringkat UPSR (GPN=3.00), PMR (GPN=3.50), dan SPM (GPN = 6.00).
5. Peningkatan 2 % Guru Ijazah Terlatih di sekolah rendah dan 1 % di sekolah menengah.
6. Penurunan peratus jurang pencapaian pelajar bandar dan luar bandar (UPSR - 0.3%, PMR - 0.3%, dan SPM - 0.2%)

Ikrar Hari Guru

Ikrar Hari Guru

Bahawasanya kami
Guru-guru negara Malaysia
Dengan ini berikrar
Mendukung terus cita-cita kami
Terhadap tugas kami
Dan menyatakan keyakinan kami
Pada cita-cita murni pekerjaan kami
Kami akan berbakti
Kepada masyarakat
Dan negara kami.

Kami sentiasa menjunjung
Perlembagaan negara
Kami mengamalkan
Prinsip-prinsip Rukun Negara
Pada setiap masa.

Tema Hari Guru

Tema Hari Guru

2010 Guru Pembina Negara Bangsa
2009 Guru Pembina Negara Bangsa
2008 Guru Cemerlang Negara Terbilang
2007 Guru Penjana Modal Insan Gemilang
2006 Pendidikan Bestari Pemangkin Kegemilangan
2005 Guru Berkualiti Pemangkin Kegemilangan
2004 Guru Berkualiti Pemangkin Kegemilangan
2003 Guru Berkualiti Aspirasi Negara
2002 Guru Berkualiti Aspirasi Negara
2001 Memartabatkan Profesion Keguruan tanggungjawab Bersama
2000 Bersatu Memartabatkan Profesion Keguruan
1999 Guru Berkesan Pendidikan Cemerlang
1998 Guru Penyemai Tanggungjawab Bersama
1997 Guru Bestari Sekolah Bestari
1996 Guru Malaysia Teras Pendidikan Bertaraf Dunia
1995 Permuafakatan dan Perpaduan Menjayakan Wawasan
1994 Guru Inovatif dan Kreatif Menjayakan Wawasan
1993 Guru Inovatif dan Kreatif Menjayakan Wawasan
1992 Guru Cemerlang Teras Kejayaan Wawasan
1991 Ke Arah Pendidikan Cemerlang
1990 Pendidikan Bermutu Masyarakat Sejahtera
1989 Guru Pembina Budaya Ilmu
1989 Guru Pembina Budaya Ilmu
1988 Guru Pengasas Budaya Membaca
1987 Pendidikan Ke Arah Kesejahteraan Insan
1986 Pendidikan Teras Nasionalisme
1985 Guru dan Masyarakat Asas Kemajuan Pendidikan
1984 Kepimpinan Berteladan Kesempurnaan Pendidikan
1983 Kepimpinan Berteladan Teras Pendidikan
1982 Ke Arah Kecekapan Guru Dan Pendidikan Bermutu
1981 Pengorbanan Guru Kejayaan Rakyat
1980 Pendidikan Teras Perpaduan Negara
1979 Murid Sejahtera Negara Jaya
1978 Guru Pembentuk Generasi Akan Datang
1977 Dedikasi dan Disiplin Asas Kemajuan Pendidikan
1976 Pendidikan Moral Dalam Zaman Kemajuan Pendidikan
1975 Guru dan Pembangunan Negara
1974 Peranan Guru Dalam Zaman Sains dan Teknologi
1973 Kerjasama Ibu Bapa Untuk Kemajuan Pendidikan
1972 Peranan Guru Dalam Pembangunan Negara

Isu Pendidikan di Malaysia 2

Tenaga pengajar

Kekurangan tenaga pengajar yang berkemahiran turut menjadi isu dalam pelaksanaan pendidikan pendidikan yang berkesan. Berdasarkan statistik yang dikeluarkan oleh Bahagian Perancangan Pembangunan Pendidikan (BPPDP) Kementerian Pelajaran Malaysia, pada tahun 2000 sebanyak 61.8 guru terdiri daripada guru perempuan dan KPM menghadapi masalah menempatkan mereka di sekolah luar bandar, khususnya di pedalaman dan pulau. Kebanyakan sekolah di pedalaman dan pulau mendapat guru yang kurang berpengalaman atau kurang latihan. Keadaan ini juga turut menyebabkan berlaku ketidaksepadanan (mismatch) dalam pengagihan guru mengikut opsyen. Maka berlakulah keadaan di mana kebanyakan guru yang mengajar di sekolah menjadi “bidan terjun”. Guru yang bukan opsyen terpaksa mengajar mata pelajaran kritikal seperti Matematik, Sains dan Bahasa Inggeris bagi memenuhi keperluan pelajar. Disebabkan kurang pengalaman dan pengetahuan tentang subjek berkenaan maka kewibaan guru dalam menyampaikan ilmu kepada pelajar mula dipertikaikan.


Program PPSMI

Sejajar dengan matlamat ingin melahirkan pelajar yang “bertaraf dunia”, KPM juga telah melaksanakan Program Pengajaran dan Pembelajaran Matematik dan Sains dalam Bahasa Inggeris (PPSMI). Walau bagaimanapun penggunaan bahasa Inggeris sebagai pengantar subjek sains dan matematik telah mendapat respon yang negatif daripada rakyat. Ini kerana penggunaan bahasa asing bukan sahaja merosakan kedudukan Bahasa Kebangsaan sebagai bahasa ilmu, tetapi turut memusnahkan reputasi pelajar, khususnya di luar bandar. Mereka belajar melalui medium yang mereka tidak faham. Komunikasi tidak berkesan dalam pelajaran sudah tentu memberi kesan yang buruk.


Kesan globalisasi

Selain daripada itu, isu-isu berkaitan pendidikan juga turut melibatkan penggunaan internet. Era dunia tanpa sempadan atau globalisasi telah memudahkan maklumat diperoleh dengan cepat dan berkesan melalui internet atau laman-laman web dan sebagainya melalui komputer. Implikasinya, isu-isu Moral semasa khususnya isu-isu yang membabitkan nilai-nilai sosial menjadi begitu kompleks dan menjadi sukar untuk diselesaikan. Fenomena ini disebabkan nilai-nilai murni masyarakat Malaysia yang ingin diterapkan bercanggah dengan nilai-nilai di Barat atau negara-negara maju yang lain yang mana mereka lebih mementingkan materialistik, individualistik dan budaya kosmopolitan.


Sahsiah Pelajar

Kualiti sahsiah pelajar pada pelbagai peringkat pendidikan juga turut menjadi isu dan dipersoalkan kerana masih terdapat sebilangan pelajar rendah yang naik ke sekolah menengah, atau pelajar menengah rendah yang naik ke Tingkatan 4 memiliki kualiti sahsiah yang kurang baik. Hal ini berlaku pada kebanyakan murid tanpa mengira kaum dan agama. Sebagai contoh, tabiat merokok di kalangan pelajar, gejala vandalisme, melepak, ponteng sekolah dan sebagainya di kalangan pelajar sekolah semakin menjadi-jadi.

Isu-isu lain dalam sistem pendidikan

Selain isu-isu yang dikemukakan di atas, terdapat pelbagai lagi isu yang timbul berkenaan pencapaian Dasar Pendidikan Kebangsaan, antaranya:
1. Kepimpinan sekolah masih tidak dapat berfungsi sepenuhnya sebagai pemimpin pengurusan dan pemimpin pengajaran (instructional leadership) yang berkesan;
2. Pengupayaan kepada sekolah adalah terhad. Semua sekolah masih perlu mengikuti satu sistem, prosedur dan pendekatan yang seragam dan tidak mengambil kira kemampuan, keupayaan khusus dan potensi untuk sekolah melaksanakan dasar dan program pendidikan sendiri;
3. Layanan yang sama diberi kepada semua sekolah walaupun pada realitinya sekolah mempunyai keperluan, kekuatan dan kelemahan serta keupayaan yang berbeza;
4. Keselamatan di sesetengah sekolah masih belum terjamin sepenuhnya;
5. Penandaarasan bagi menjamin sekolah di Malaysia setanding dengan sekolah di negara maju adalah terhad;
6. Struktur organisasi antara lapisan pentadbiran di KPM yang tidak setara menyebabkan penyaluran dasar dan pelan pelaksanaan kurang sistematik dan berkesan;
7. Sistem penyampaian masih belum cekap dan berkesan khususnya daripada aspek pemberian bantuan; dan
8. Sistem maklumat tidak menyeluruh dan tidak bersepadu.

Rujukan: http://kulanzsalleh.com

Isu Pendidikan di Malaysia

Isu-Isu Pendidikan di Malaysia
August 6th, 2009 3:41 pm Ilmiah/Pendidikan 62 responses

Tanggungjawab sistem pendidikan adalah untuk menyediakan generasi muda dengan pelbagai pengetahuan dan kemahiran supaya mereka dapat menghadapi alam dewasa. Dalam konteks menyediakan pendidikan yang ideal, tujuan dan matlamat pendidikan negara pada abad ke 21 amat jelas sekali. Kementerian Pendidikan telah menyusun dan merancang untuk memperbaiki, memperkukuh, dan mempertingkatkan mutu pendidikan negara sesuai dengan perubahan sosialisasi masyarakat hari ini. Salah satu unsur yang penting adalah memberikan peluang pendidikan yang sama kepada semua pelajar tanpa mengambil kira budaya, kelas sosial, kelompok etnik dan amalan atau cara hidup.

Dalam buku Pembangunan Pendidikan 2001-2010 (KPM, 2001). Kementerian Pelajaran Malaysia menyatakan bahawa pembangunan pendidikan dari Zaman Dasar Pembangunan hingga ke Zaman Dasar Wawasan Negara telah berjaya mencapai banyak kemajuan khususnya dalam penyediaan infrastruktur, kemudahan pendidikan dan latihan perguruan. Strategi meningkatkan peluang pendidikan berjaya mencapai sasarannya. Walau bagaimanapun, apa yang dilihat pada masa ini masih terdapat pelbagai isu yang ditimbulkan berkaitan dengan pencapaian Dasar Pendidikan Kebangsaan, antaranya perkara berhubung dengan
struktur pendidikan;
akses kepada pendidikan;
ekuiti;
kualiti tenaga pengajar;
ketidakseimbangan penyediaan infrastruktur;
Pelaksanaan Program PPSMI; dan
kurikulum yang relevan.

Ini selaras dengan pendapat Sufean (2004) yang menyatakan terdapat banyak isu pendidikan yang boleh dikatagorikan iaitu pentadbiran, peringkat pendidikan, teknologi pendidikan, organisasi sekolah dan keguruan.

Struktur Pendidikan
Beberapa isu berkaitan dengan struktur pendidikan antaranya termasuklah struktur pendidikan menengah yang tidak selaras kurang menepati keperluan, misalnya:
1. Bilangan tahun persekolahan struktur pendidikan Malaysia tidak sama dengan kebanyakan negara lain di dunia;
2. Tidak terdapat keseragaman dalam kemasukan ke Institusi Pengajian Tinggi (IPT) disebabkan wujudnya pelbagai haluan;
3. Kebanyakan pelajar memilih untuk menamatkan persekolahan mereka selepas Sijil Pelajaran Malaysia (SPM); dan
4. Skop kurikulum Tingkatan 1 hingga 6 sangat luas.

Akses Pendidikan
Selaras dengan perkembangan teknologi semasa, KPM telah memperkenalkan Teknologi Maklumat dan Komunikasi atau Information and Communication Technology (ICT) dalam pendidikan yang meliputi aspek prasarana, pengisian dan latihan guru. KPM telah melaksanakan pelbagai projek ICT dengan pembekalan komputer sebagai aktiviti utama penyediaan infrastruktur ICT. Namun isu dan masalah yang menjejaskan usaha penggunaan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Antara masalah tersebut adalah berkaitan dengan:
1. pembekalan komputer yang tidak seimbang antara sekolah bandar dan luar bandar;
2. perisian komputer untuk P&P yang sesuai sukar diperoleh;
3. latihan dalam perkhidmatan untuk guru mengendalikan sistem komputer di sekolah yang kurang berkesan;
4. penyenggaraan komputer yang kurang memuaskan di sekolah; dan
5. bilangan guru terlatih dalam ICT yang belum mencukupi.

Justeru adalah menjadi cabaran kepada KPM untuk memastikan setiap sekolah akan memperoleh komputer menjelang usaha menjadikan setiap murid dan guru celik ICT.

Ekuiti Pendidikan
Dalam pelaksanaan Pembangunan Pendidikan 2001-2010, setiap institusi pendidikan di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) akan dipastikan mempunyai infrastruktur yang berkesan yang mencukupi dan berkualiti untuk pelaksanaan kurikulum dan kokurikulum yang berkesan. Oleh itu, input pendidikan yang meliputi guru, peruntukan kewangan, bahan dan peralatan pengajaran serta program sokongan akan diagih secara adil ke semua sekolah bagi mengurangkan jurang perbezaan antara sekolah beruntung (advantaged school) dan sekolah kurang beruntung (disadvantaged school). (Sumber: Pembangunan Pendidikan 2001-2010, KPM).

Namun, setelah lebih kurang tujuh tahun pelaksanaan program tersebut, masih terlalu banyak sekolah-sekolah di Malaysia yang belum dapat menikmati kemudahan yang dijanjikan. Ini menyebabkan timbulnya beberapa isu yang dikaitkan dengan ekuiti atau peruntukan yang disediakan oleh KPM tidak mencukupi untuk pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Sebagai contoh, kementerian tidak menyediakan prasarana yang amat diperlukan, seperti bilik darjah yang mempunyai kemudahan khusus, terutamanya sekolah-sekolah luar bandar atau pedalaman. Selain itu, kemudahan lain seperti sumber pengajaran dan pembelajaran dan kelengkapan buku teks juga masih berkurangan.

Friday, July 2, 2010

Ucapan Perasmian Hari Anugerah Kecemerlangan Sekolah Menengah Teknik Juasseh 2010

ASSALAMUALAIKUM W.B.T. selamat sejahtera. Salam pertemuan, salam perkenalan, salam 1 malaysia.
Terima kasih kepada pengerusi majlis.
Yang saya muliakan YDP PIBG, Tuan Pengetua, Barisan Guru Pen Kanan, Ketua Bidang, Ketua Jabatan, kaunselor, Guru2, Ibu bapa dan pelajar yang di rahmati allah sekalian.
Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah s.w.t. kerana dengan limpah kurnianya dapat kita bertemu di majlis yang indah ini.
Kedatangan saya ke majlis ini ibarat kata adat, 'Sirih pulang ke gagang, pinang pulang ke tampuk’
Saya bersekolah tahun 84/85. Jurusan Pengurusan Perniagaan (PPN). Pengetua, Cikgu Mohd Arhad dan guru 9 orang. Ketua warden - cikgu Sani. Asrama, terpaksa mengangkat katil naik sampai tingkat 3. Katil kami pasang sendiri. Waktu belajar di kelas, 3 minggu kami duduk atas lantai, perabut belum ada.
Tahun 1989 dan 90 saya melapor diri sebagai Guru Sandaran mengganti arwah Cikgu Jalaludin menyambung belajar.
Manakala pada hari ini saya diberi kepercayaan untuk berucap seterusnya merasmikan majlis.
Secara jujur ingin saya berkongsi pengalaman dgn warga SMTeknik/Vokasional bahawa kita berbangga dan beruntung bersekolah disini. Kerana Sekolah, guru maka saya berdiri disini. Guru garang, tegas, akan memotivasi adik2 semua, berani, yakin, semangat kental.
Bagi pelajar baru, guru baru – ’renjatan;
Perkataan motivasi pada saya; ’oi lobai’, ’bangang’, ’cilako’, ’kocik2 tak nak mampush’
’kau duduk asrama ni omak abah tak mampu bagi makan, tak nak jago kau dio suruh ese jago.’
Bilo masuk Politeknik – 2 kumpulan pelajar. SPM/SPVM
Bilo masuk Maktab Teknik, disitu lah kilang yg mengeluar produk guru latar belakang kasar, maka bentuk kami jadi kasar dan lasak. Bila dah keluar sekolah pelajar akan bertemu dgn pelbagai ragam manusia, pelbagai cabaran maka pelajar akan mempunyai daya tahan yang cukup kental.
Berkaitan dengan masa depan lepasan SMTeknik/Vokasional; amat cerah dalam bidang Teknikal dalam apa jua bidang samada berniaga, bekerja ataupun menyambung pelajaran.
Rekod pencapaian bekas pelajar sekolah ini jurutera, pensyarah, arkitek, pengurus, ahli perniagaan, akauntan, guru, juru teknik dan sebagainya. Oleh itu, nasihat kepada para pelajar; anda harus
letak impian anda. Pastikan impian akan menjadi cita-cita. Usahakan sehingga cita-cita itu menjadi nyata.
Kepada pelajar dan bekas pelajar, anda dipelawa menganggotai Alumni SMK Teknik/Vokey Juasseh.
Alumni bertujuan;
· sebagai tali yang terus mengikat silaturrahim bekas-bekas guru dan pelajar denga warga SMV Juasseh
· Menjadi wadah penganjuran program untuk bekas pelajar, bekas guru, bekas pekerja, pelajar, guru dan pekerja SMV/T Juasseh.
· penghubung kepada SMV Juasseh, kami boleh menyumbang kepakaran, apa-apa material yang boleh memajukan pelajar dan sekolah.
· Pihak sekolah pasti menyimpan harapan agar bekas pelajar pulang semula untuk menabur bakti dan membantu pihak sekolah mencapai matlamat sebagai pusat ilmu. Hanya alumni dapat merealisasikan harapan ini.
· Bersama-sama PIBG, guru dan kakitangan dalam menjayakan sesuatu majlis akademik maupun disiplin
· Menjadi penasihat dan memberi panduan kepada pelajar2 dalam bentuk khidmat nasihat atau apa jua pertolongan yang difikirkan perlu, wajar dan mampu.
· Menjadi sumber tabung maklumat (databank) yang memantau maklumat bekas pelajar, bekas guru dan bekas pekerja SMV/T Juasseh.
· membuktikan kepada masyarakat umum tentang kecemerlangan sekolah dan semangat kekitaan.
· menjadi kebanggaan warga sekolah walaupun telah bergelar professional, ahli perniagaan mahupun ilmuwan tersohor.
· membantu jentera pentadbiran sekolah di dalam meningkatkan fasiliti dan prestasi sekolah bersama-sama PIBG
· merancang dan mengatur aktiviti-aktiviti bagi mencapai objektif alumni.
· Membantu pihak sekolah mengumpul dana.
SM Vokey Juasseh, SM Teknik dah berusia 25 tahun, darab 100 orang = 2500, 2500 menyumbang dana RM10 = RM25,000. Target kita RM10,000 dapat dikutip, ini adalah satu kejayaan alumni. Itu cakap orang perdagangan.
Saya bukan orang politik yg ada peruntukan untuk disalurkan kepada sekolah. Cuma yang ada, sedikit ilmu yang satu masa dulu berasal dari sekolah ini akan saya pulangkan semula kepada sekolah ini dalam apa jua bentuk sekalipun yang termampu.
Saya juga mewakili sahabat-sahabat barisan jawatankuasa alumni, bekas-bekas pelajar mengucapkan terima kasih kepada pihak sekolah dan guru yang telah mendidik kami semua.
Kepada barisan jawatankuasa program di bawah pimpinan tuan pengetua, pibg syabas dan tahniah yang telah bekerja kuat. Diharap dengan kehadiran bekas pelajar bersama-sama ke majlis ini akan menyuntik semangat kepada barisan guru agar terus bekerja dan bekerja.
Kepada adik2 yang memperolehi keputusan yang cemerlang, tahniah dan anda perlu meneruskan perjuangan ini. Semoga kejayaan anda akan menjadi kebanggaan sekolah, keluarga, diri, negara, bangsa dan agama. Kepada yang masih tercari-cari, anda juga masih diperlukan, sebab kata adat;

Kalau cerdik tempat berunding,
Kalau bodoh disuruh arah
Kalau pekak pembakar bedil (meriam),
Kalau buta penghembus lesung
Kalau berkurap mengandar buluh,
Kalau alim hendakkan doanya
Kalau tepok penunggu jemuran,
Kalau tinggi banir tempat berlindung
Kalau rimbun tempat berteduh.

Akhir kata, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Puan Pengetua, YDP PIBG yang memberikan sokongan kepada ALUMNI bagi menjalankan aktiviti-aktiviti ALUMNI.
Dengan rasa rendah diri, dengan lafaz bismilah hirahmanirahim saya merasmikan majlis hari anugerah kecemerlangan SMTeknik Juasseh tahun 2010

Wassalamualaikum w.b.t.