Wednesday, June 23, 2010

Pasar Seni Kuala Lumpur




Kami sekeluarga berkesempatan ronda-ronda di Pasar Seni Kuala Lumpur setelah belasan tahun tidak menjejakkan kaki di sana.




Tarikh: 19 Jun, 2010


Hari: Sabtu


Jam: 6.00 petang

Tahniah...


Syabas dan Tahniah buat isteriku yang tercinta. Setelah mengharungi penat jerih, onak dan duri akhirnya segulung ijazah berada dalam genggaman.

Apa itu 'masuk suku'?

Rujukan; Norzali Ibrahim, Penasihat Adat Yang Teramat Mulia Tunku Besar Tampin
Tersiar dalam: Utusan Malaysia (19 Jun, 2010)

Ramai pihak yang tersenyum sinis apabila mendengar perkataan 'masuk suku' kerana bagi mereka masuk suku bermaksud 'masuk tidak sepenuhnya' atau hanya 1/4 sahaja yang masuk.

Dalam masyarakat Adat Perpatih Negeri Sembilan ini, perkataan 'masuk suku' itu membawa pengertian yang berbeza daripada masyarakat umum, khususnya yang tidak mengamalkannya.

Ini kerana bagi pengamal Adat Perpatih kata 'masuk' dalam perkataan ini tidak bererti 'pergi ke dalam', manakala 'suku' pula tidak membawa maksud ukuran 'satu daripada empat bahagian' atau 1/4.

Sebaliknya kata 'masuk' dalam Adat Perpatih bermaksud 'menjadi ahli' atau 'anggota', sementara 'suku' pula panggilan bagi kelompok kekeluargaan yang terbesar dalam kalangan masyarakat adat.

Di Negeri Sembilan terdapat 12 suku utama iaitu Biduanda, Batu Hampar, Seri Melenggang, Tanah Datar, Seri Lemak, Mungkal, Tiga Nenek, Paya Kumbuh, Anak Melaka, Anak Acheh, Batu Belang, dan Tiga Batu.

Selain 12 suku ini terdapat beberapa kelompok suku kecil lain.

Setiap anggota msyarakat Adat Perpatih ialah ahli keluarga atau anggota kepada salah satu daripada suku-suku tersebut.

Keanggotaan seseorang ahli masyarakat Adat Perpatih mengikut suku ibu iaitu jika ibunya anggota suku Biduanda maka anak-anaknya akan bersuku Biduanda.

Orang bukan Adat Perpatih boleh jadi ahli masyarakat adat dengan syarat dia menjadi 'anak angkat' kepada salah satu daripada 12 suku tersebut.

Perbuatan menjadi anak angkat ini yang dikatakan oleh umum sebagai 'masuk suku'.

Justeru, perbuatan masuk suku ini adalah satu institusi menjadi anak angkat kepada salah satu suku dalam masyarakat Adat Perpatih.

Istilah adat bagi perbuatan 'masuk suku' ini adalah 'berkodin'.

Berkodin bermaksud bersaudara dan bersaudara bermakna menjalin ikatan kekeluargaan.

Ikatan kekeluargaan yang terjalin bukan terhad dengan keluarga yang menerima seorang itu sebagai anak angkat tetapi seluruh kelompok kekeluargaan iaitu semua anggota suku keluarga angkatnya.

Ada dua sebab dan dua cara orang 'masuk suku' atau 'berkodin.'

Pertamanya, orang luar khususnya lelaki yang hendak berkahwin dengan orang Adat Perpatih. Suku yang dimasukinya itu harus tidak sama dengan suku bakal isteri.

Contohnya, jika bakal isterinya anggota suku Tanah Datar, maka dia harus menganggotai salah daripada 11 suku lain.

Tujuan 'masuk suku' dalam kes seperti ini ialah suku angkat individu tersebut akan bertanggungjawab sepenuhnya jika berlaku sebarang masalah semasa mereka menjadi menantu kepada suku isterinya.

Pendek kata, dalam kodin disebabkan ini, individu berkenaan hanya menumpang bersaudara dalam suku yang menerima dan mengkodinkannya.

Berkodin atas sebab ini disitilahkan sebagai 'kodin adat' atau 'kodin pinang sebatang' atau dikatakan juga sebagai 'kodin selayar atap atau sebilah lantai'. Aturan dan adat istiadat untuk jenis ini sederhana sahaja.

Kodin yang kedua adalah mengambil anak angkat perempuan, selalunya yang masih bayi.

Anak perempuan dalam masyarakat Adat Perpatih ialah aset kerana perempuan sahaja yang mewarisi nama suku dan harta pusaka, sama ada material dan bukan material.

Jika sesebuah keluarga tidak mempunyai anak perempuan keluarga berkenaan dianggap sebagai 'pupus'.

Justeru, bagi mengelakkan keadaan 'pupus' ini, keluarga berkenaan akan mengambil anak angkat sama ada daripada kalangan orang Melayu atau keturunan asing, selalunya berketurunan Cina. Tegasnya, keahlian dalam kodin jenis ini merupakan keahlian penuh.

Kodin atas sebab ini dikatakan sebagai 'kodin adat dan pusaka' atau 'kodin aur serumpun'.

Aturan dan adat istiadat untuk kodin jenis ini adalah kompleks dan melibatkan semua ketua adat dalam suku dan Undang atau Penghulu Luak kerana akan melibatkan perwarisan harta pusaka adat suku.

Wednesday, June 2, 2010

Indahnya Percutian di Lost World Tambun 2010











Percutian SK Serting Felda di Lost World Tambun, Ipoh











Jamuan Makan di Restoran Sabar Menanti Ipoh

Cikgu Rashid (Guru Besar SK Serting Felda) dan sahabat2.



Keluarga Abang Hussin dan Cikgu Norhayati



Padah Melanggar Peraturan Jalan Raya


Seorang pelajar sekolah telah ditahan anggota polis disebabkan Melanggar Peraturan Jalan Raya iaitu tidak memakai topi keledar ketika menunggang motorsikal.

Mari kita sama-sama renungkan;

  1. awasi anak2 ketika menggunakan kenderaan tanpa lesen
  2. kesalahan ibu bapa membenarkan anak2 menggunakan kenderaan tanpa lesen
  3. anak2 tidak memakai topi keledar ketika menunggang motorsikal
  4. motorsikal yang tidak mempunyai cukai jalan
  5. secara tidak langsung imej diri pelajar, ibu bapa dan sekolah turut tercemar apabila anak2 ditangkap ketika memakai uniform sekolah.
  6. Ibu bapa dan orang ramai sering menyalahkan pihak polis, tetapi siapa yang sepatutnya dipersalahkan......

Mesyuarat Datuk Lembaga dan Datuk Buapak Luak Jempol







Tarikh:1 Jun, 2010



Masa: 3.00 petang



Tempat: Kg Jerjak, Batu Kikir, Negeri Sembilan






telah dijalankan mesyuarat Datuk Lembaga dan Datuk Buapak Luak Jempol di Kg Jerjak bagi membincangkan tentang Pemulihan Adat Kahwin Satu Suku.






Sambutan Hari Guru 2010 SMK Seri Jempol




Sebahagian rakan2 guru turut memeriahkan Sambutan Hari Guru SMK Seri Jempol 2010. Semua guru telah di iringi dengan paluan kompang oleh pasukan kompang Serting 1 di bawah pimpinan En Shafie.