Sunday, January 31, 2010

Selamat Pengantin Baru











Kami seisi keluarga mengucapkan selamat pengantin baru buat Fauziah dan pasangan. Semoga dilimpahi kurnia, dimurahkan rezeki dan dipanjangkan jodoh. Amin.








KHB TING 1 - Bab 5 Jahitan

Check out this SlideShare Presentation:

KHB TING 1 - Bab 2 (1) Faktor Reka Bentuk

Check out this SlideShare Presentation:

Saturday, January 23, 2010

Gotong Royong Sekolah Agama Rakyat Serting 2 Bandar Seri Jempol


Tarikh: 23hb. Januari, 2010

Hari: Sabtu


Tetamu kehormat: YB Dato' Shamsul Kahar bin Mohd Deli, ADUN Serting

Thursday, January 21, 2010

Majlis Anugerah Kecemerlangan Pendidikan Gugusan Felda Raja Alias







Tarikh: 21 Januari, 2010



Hari: Khamis



Tempat: Dewan Felda Jaya Wilayah Raja Alias, bandar Seri jempol,



N Sembilan



Masa: 8.00 pagi hingga 12.00 tengahari






Tetamu kehormat: Pegawai PPD Jelebu Jempol, Tuan Pengarah Pelajaran Negeri Sembilan, Tuan Pengarah Felda Wilayah Raja Alias






Ramai tetamu yg hadir, pelajar UPSR dan PMR yang memperolehi keputusan cemerlang, guru-guru, guru besar, pengetua, pegawai2 felda, pengurus felda dan ibubapa. Memang meriah. Kami x duga pelajar diraikan oleh pihak felda. Terima kasih felda. Berbangga kami dapat pendidikan di sekolah di tanah rancangan felda.






merentas desa SMK Seri Jempol

Meriah ari ni Program Merentas Desa SMK Seri Jempol kali ni. Budak2 seronok dapat berlari. Cikgu2 baru meriah urus budak sekolah ngan rumah sukan masing-masing.

Tahun2 lepas johan rumah MERAH tapi 2010 telah berlaku anjakan pradigma atau suntikan baru bila didapati rumah KUNING yang tak pernah menang dan memanjang tempat tercorot telah berubah. Gurunya telah berubah, budaknya lebih bersemangat dengan hadirnya adik2 tingkatan 1.

Apapun tahniah kepada rumah KUNING.

Tahniah kepada guru di atas kecemerlangan menganjur program.

Saturday, January 16, 2010

AL-FATIHAH, SMK SERI JEMPOL

Semua warga SMK Seri Jempol telah kehilangan seorang warga sekolah apabila seorang pelajar telah kembali ke rahmatullah selepas maghrib semalam

Pada: 15hb. Januari, 2010
Hari: Jumaat
Akibat sakit: asma.
Nama: Mohd Fais Asyraf bin Fajar Ikhwan
Tingkatan: 1A

Akan selamat dikebumikan pada 16hb. Januari, 2010.

Semoga rohnya dilimpahkan kurnia dan ditempatkan ke dalam golongan orang-orang beriman.
Amin.

Seluruh warga sekolah mengucapkan takziah pada keluarga arwah.

Sunday, January 10, 2010

Indahnya kurniaannya.....
















Pemandangan indah di Pantai Awam Sepang, Selangor.

AL-FATIHAH, SEMOGA ROHNYA DICUCURI RAHMAT.











Darimu ia datang, kepadamu dikembalikan.......








Mengimbau kenangan arwah bonda Ramlah Nordin ketika dirawat di KPJ Seremban.

Thursday, January 7, 2010

Anakanda Najihah dan Najibah


2 Puteri kami sesi persekolahan 2010 di Sekolah Kebangsaan Serting Felda.

Anak kedua, Nurul 'Ain Najihah, 12 tahun (Tahun 6) (KANAN)

Anak ketiga, Nur Najibah Yusra. 10 tahun (Tahun 4) (KIRI)

ARPRM; Anugerah Perak








Tarikh: 24 Disember, 2009
Tempat: Kompleks Belia Rakan Muda, Kuala Pilah
Anugerah: Perak
Bilangan penerima: 25 orang


Kenduri Arwah


Monday, January 4, 2010

Panorama 2 dokek Tiara
















Panorama di Tiara Beach
















Cuti di Tiara Beach Resort, Port Dickson












Tarikh: 29 dan 30hb. Disember, 2009

Hari: Selasa dan Rabu

Tempahan Bilik: 3 bilik (Blok D-1-25, 29, 31)

Harga Bilik: RM180

Jenis Bilik: Apartment 1 bilik

Kenderaan: Kereta

Berkelah di Pantai Port Dickson, Negeri Sembilan
















Tarikh: 30hb. Disember, 2010


Tempat: Pantai Awam Belakang Ancasa Resort, Batu 8.
Peserta:
  1. Imah,
  2. man,
  3. abang syukri,
  4. kak ngah,
  5. kak lang,
  6. iqbal,
  7. pak di,
  8. mak di,
  9. daud,
  10. syuhadah,
  11. anie,
  12. ikram,
  13. mak lang,
  14. kak irah,
  15. syahmi,
  16. sabri,
  17. tisya,
  18. zuhir,
  19. bang ngah,
  20. erik.

Bunga Matahari


Sunday, January 3, 2010

TIPS Ulangkaji Pelajaran

Pengertian dan Kepentingan Mengulangkaji pelajaran serta Bagaimana dan Bila ulangkaji harus dimulakan.

Pengertian Mengulangkaji
Mengulangkaji adalah suatu proses mempelajari atau menyemak semula dengan tujuan memahami dan mengingat semua maklumat serta fakta dari nota-nota ringkas bahan-bahan pelajaran yang telah anda pelajari sebelum ini. Ia bukannya bertujuan mendapatkan maklumat-maklumat baru.

BAGAIMANA MENGULANGKAJI?
Antara perkara-perkara yang anda harus lakukan dalam proses mengulangkaji adalah:
  • Membaca dan menyemak nota-nota bahan-bahan pelajaran sambil melengkapkan yang kurang.Ini akan memantapkan kefahaman dan ingatan anda terhadap subjek berkenaan.
  • Membaca buku teks. Tujuannya untuk memastikan anda benar-benar faham setiap prinsip, isu dan fakta yang dimuatkan.
  • Menjawab soalan-soalan latihan atau kerja rumah yang guru berikan. Ini akan membolehkan anda menguji kebolehan anda menjawab soalan yang sama dalam peperiksaan.
  • Mengkaji contoh-contoh jawapan peperiksaan tahun lepas bersama skima jawapan. Ini akan membolehkan anda membiasakan diri menjawab soalan-soalan peperiksaan dengan lebih yakin dan pantas.
  • Menjawab soalan-soalan yang berbentuk objektif. Ini akan membolehkan mengetahui soalan-soalan yang anda sudah tahu menjawabnya dan soalan-soalan yang mengelirukan agar semasa peperiksaan jika soalan yang sama keluar, anda akan dapat menjawab dengan yakin.
  • Bersoal jawab bersama-sama rakan. Selain ini membolehkan anda mengenalpasti sama ada anda sudah cukup bersedia atau tidak menghadapi peperiksaan, pada masa yang sama, anda juga boleh mendapat penjelasan tentang bahagian-bahagian yang anda kurang faham dari rakan anda yang mungkin sudah menguasai bahan pelajaran itu.

TEMPOH MENGULANGKAJI (Pecutan Akhir)

Adalah mustahil untuk menyatakan dengan tepat jumlah masa yang perlu diperuntukkan untuk mengulangkaji kerana kemampuan seseorang itu berbeza. Ada pakar yang mengatakan bahawa masa mengulangkaji perlu dilakukan selama 3 bulan. Ada pula yang berpendapat selepas peperiksaan percubaan kerana anda telah menamatkan tempoh belajar bagi menghadapi peperiksaan percubaan. Yang lain pula mengatakan selama 3 minggu. Ada juga yang berpendapat mengulangkaji secara ringkas setiap minggu akan menambahkan keyakinan seseorang itu menghadapi peperiksaan. Tetapi, sebagai panduan, 6 hingga 8 minggu di saat terakhir peperiksaan merupakan tempoh yang baik untuk memulakan proses mengulangkaji. Namun, bagi pelajar yang lemah hendaklah proses mengulangkaji pecutan akhir ini dibuat lebih awal daripada yang disarankan di atas.


Anda mungkin perlu membuat ulangkaji beberapa kali sehinggalah anda benar-benar dapat menguasai setiap mata pelajaran anda.


MERANCANG PROGRAM MENGULANGKAJI.

  • Buat jadual ulangkaji yang seimbang bagi tiap-tiap mata pelajaran. Jadualkan juga masa berehat untuk mengurangkan ketegangan. Dalam mengulangkaji pelajaran, anda hendaklah berehat setiap 20 hingga 30 minit. Waktu rehat sekurang-kurangnya 5 minit.
  • Tumpukan pada topik utama sahaja. Tanya guru anda untuk mendapatkan "hint" (bayangan) tentang topik yang mungkin akan disoal di dalam peperiksaan.
  • Semak contoh-contoh soalan tahun-tahun yang lalu supaya anda dapat menjangka bentuk jawapan yang diperlukan.
  • Ulangkaji dengan cermat setiap mata pelajaran.
  • Sediakan nota-nota ringkas, terutamanya bagi topik yang dijangka akan keluar.
  • Buat rangka jawapan topik-topik yang dijangka keluar berdasarkan soalan-soalan peperiksaan yang lepas.
  • Latih diri anda menjawab soalan-soalan peperiksaan yang lepas mengikut waktu yang telah ditetapkan.
  • Rujuk kepada guru apabila menghadapi masalah berhubung dengan pelajaran.
  • Jangan sekali-kali ponteng kelas ketika hampir peperiksaan. Anda mungkin tertinggal tip-tip penting yang diberikan oleh guru atau pensyarah anda.

MENGULANGKAJI PELAJARAN BAGI MATA PELAJARAN YANG LEMAH

  • Cuba sedaya upaya kuasai mata pelajaran ini. Jangan berputus asa.
  • Banyakkan bertanya kepada guru atau rakan tentang mata pelajaran ini.

MENGULANGKAJI PELAJARAN BAGI MATA PELAJARAN YANG ANDA KUASAI

  • Jangan ambil mudah walaupun anda fikir sudah menguasainya.
  • Beri masa yang secukupnya kepada pelajaran ini untuk memastikan kejayaan anda.
  • Bila hampir hari peperiksaan, lebihkan lagi tumpuan anda kepada mata pelajaran seperti ini. Menilai Keupayaan Anda Anda haruslah menilai sejauh mana anda dapat menjawab soalan-soalan peperiksaan.


CARA MENILAI DAN MEMBAIKI KEUPAYAAN DIRI SEBELUM PEPERIKSAAN.


1. Penilaian Dari Ujian dan Latihan Ujian / Peperiksaan yang dijalankan dalam kelas merupakan satu bentuk penilaian terhadap kefahaman dan keupayaan anda menjawab soalan-soalan peperiksaan yang sebenar. Berdasarkan keputusan ujian / peperiksaan tersebut, anda akan dapat mengetahui tahap penguasaan anda terhadap mata pelajaran-mata pelajaran anda. Melalui keputusan ujian tersebut, anda boleh memperbaiki segala kelemahan anda bagi menghadapi peperiksaan yang sebenar dengan jayanya.
2. Penilaian Dari Contoh Jawapan Anda juga boleh menguji tahap keupayaan anda dengan menjawab soalan-soalan contoh jawapan. Selepas anda menjawab soalan contoh jawapan, bandingkan jawapan anda dengan contoh jawapan. Kenalpasti di manakah kelemahan anda dan buat pembaikan sewajarnya.
3. Penilaian Secara Lisan Contohnya, seorang pelajar menyoal kawannya dan meminta beliau menghuraikan secara lisan sehingga yang satu pihak lagi berpuas hati.

MENGATASI KELEMAHAN

Mencari Sebab (Post-Mortem) Anda perlu mengkaji kelemahan anda setiap kali anda selesai menjawab soalan-soalan ujian. Setelah anda selesai membuat latihan ujian, semak setiap jawapan yang anda buat. Sekiranya jawapan anda salah, lakukan 'post-mortem' (suatu proses mencari sebab kelemahan dan kekuatan). Setiap kesilapan ada sebab-sebabnya dan ini merupakan perkara utama yang perlu anda atasi.

Sebab-sebab kesalahan berlaku:

  • Anda Tidak tahu - Ini bermakna persediaan anda belum mencukupi. Penyelesaian: Peruntukkan masa yang sewajarnya untuk anda menguasai tajuk-tajuk tersebut.
  • Anda Tidak faham - Anda baca tetapi tidak faham. Penyelesaian: Minta bantuan. Bertanyalah kepada guru atau rakan anda.
  • Anda Keliru – Anda tidak dapat memahami dengan jelas apa yang anda ingin pelajari atau fahami. Penyelesaian: Tanyakan guru tentang bentuk soalan yang mengelirukan anda. Minta penjelasan dari guru sebelum hari peperiksaan agar kesilapan yang sama tidak berulang.
  • Anda Lupa - Ini disebabkan anda kurang mengulangi atau mengulangkaji apa yang telah anda pelajari. Penyelesaian: Kerapkan ulangkaji.
  • Anda Cuai – Anda tidak teliti semasa membaca soalan. Penyelesaian: Pastikan anda mengikuti langkah-langkah penting dalam Strategi Menjawab Soalan. Pastikan anda benar-benar sudah memahami kehendak soalan sebelum menjawab.

Umumnya, kelemahan-kelemahan anda boleh diatasi dengan:-

  • Segera / selalu bertanya kepada guru/rakan tentang masalah anda dalam pelajaran.
  • Mendapatkan jawapan-jawapan yang betul bagi jawapan yang salah.
  • Mengulangkaji dan membaca nota-nota anda dengan kerapkali.
  • Memahirkan diri dengan teknik menjawab soalan berpandukan contoh jawapan.

Saturday, January 2, 2010

Anakanda Masuk Tingkatan 1


Ari nii, anak bujang kami Azhan melapor diri di SMK Seri Jempol. Dapat tawaran kemasukan ke SDAR, Seremban. Tapi dia x berminat untuk masuk ke asrama. Aku dan isteri pun x nak paksa. Sebenarnya kami pun x galakan dia masuk asrama. Akhirnya keputusan diambil, dia akan bersekolah dan tinggal dgn kami. Dah PMR nanti....tengok laa.
Janjinya dgn kami berdua, beliau akan memperolehi keputusan walaupun x masuk asrama.
Asrama ibu lagi baik, katanya......

SMK Seri Jempol: Pendaftaran ke Tingkatan 1,2010


Seluruh Warga SMK Seri Jempol mengucapkan selamat datang kepada pelajar tingkatan 1, 2010 dan selamat kembali ke sekolah pada pelajar tingkatan 2,3,4 dan 5.


Taklimat kepada pelajar telah disampaikan semasa majlis pendaftaran tingkatan 1. Ari nii ontah apo pasal lak. Comeh ke...takut kee....aduh. apsal niii...


Alhamdulillah, semuanya selamat.


Mungkin depan bos baru aku, dengan semua pelajar tingkatan 1 bersama ibubapa, penjaga. Ramai dari tahun2 lepas. GPK Akademik dan GPK Hem bersama rakan2 guru semua mendengar sama.

s