Friday, November 27, 2009

Al-Fatihah buat bonda Ramlah Nordin

Gambar Kenangan (Aidil fitri 2009) keluarga kami bersama bonda Ramlah.




AL-FATIHAH BUAT BONDA RAMLAH



Tarikh Meninggal: 17 November, 2009


Hari: Selasa


Masa: 2.00 petang


Tempat: Hospital Tunku Jaafar, Seremban

Disempurnakan di Tanah Perkuburan Taman Semarak, Tanjung Ipoh, KUala Pilah.




Bonda Ramlah bt Nordin, 44 P.O Tanjung Ipoh, Kuala Pilah, N Sembilan telah kembali ke rahmatullah akibat sakit tua. Bonda berumur 66 tahun. Alhamdulillah telah selamat dikebumikan pada 18 November, 2009 jam 11.00 pagi.





Saya mewakili anak-anak dan menantu arwah memohon ribuan maaf di atas segala salah silapnya. Kami juga mengucapkan jutaan terimakasih kepada jiran tetangga, sanak saudara dekat dan jauh, rakan-rakan yg banyak membantu menyempurnakan jenazah arwah.





Semoga rohnya ditempatkan ke golongan orang-orang yang beriman.

Indahnya Alam Ciptaannya


Tempat: Pantai Cherating, Pahang

Masa: 6.45 pagi

Pica Masuk Wad Hospital Tunku Ampuan Najihah, Kuala Pilah, N Sembilan


Tarikh: Oktober, 2009

Tempat: Hospital Tunku Ampuan Najihah, Kuala PIlah

Sakit: Demam denggi, jangkitan kuman


Pica (Nor haniza bt Norazam) anak saudaraku sedang dirawat di Hospital Tunku Ampuan Najihah, Kuala Pilah. Ketika berada di hospital, 2 orang anaknya dijaga ibu mertuanya di Taman Tuanku Puan Chik, Bahau.


Alhamdulillah, sekarang telah sembuh dan kembali bekerja.

Sahabatku, Abang Sabri (Tauke BATA Serting)


Tarikh: Oktober, 2009

Tempat: Hospital Tunku Ampuan Najihah, Kuala Pilah, Negeri Sembilan

Wad: 6

Sakit: Kencing Manis


Abang Sabri jatuh di rumahnya di Taman Serting Indah, Bandar Seri Jempol. Disyaki akibat kandungan gula dalam darah berlebihan. Beliau mengalami sedikit kecederaan.
Alhamdulillah, sekarang telah beransur pulih.

Saturday, November 21, 2009

Majlis Konvokesyen OUM ke 7, 2009












Tarikh: 14 November, 2009

Hari: Sabtu

Tempat: Dewan Merdeka, PWTC, Kuala Lumpur

Alhamdulillah, syukur ke hadrat ilahi kerana segala maksud dan hajat untuk menggenggam segulung ijazah telah kesampaian.

Terima kasih yang tidak terhingga kepada bonda dan mertua, isteri serta anakandaku, keluarga di Tengkek dan Tanjung Ipoh, guru-guruku, adik-beradik, rakan-rakan, sahabat handai dan murid-muridku di sekolah; kerana dengan kerjasama, doa dan sokongan dari anda semua segulung ijazah telah berada dalam genggaman.

Cuma dalam usia 42 tahun baru tercapai impian ini.















Saturday, November 7, 2009

Thistle Port Dickson.




Jom kita tengok . Ada peluang nanti kita gi bercuti kat Thistle Port Dickson.




Tahniah untuk Pasukan Bolasepak N Sembilan

Seperti yg tuan/puan semua maklum bahawa N Sembilan telah menjadi JUARA perlawanan Akhir Piala Malaysia 2009.

Tahniah kepada pemain, pegawai, jurulatih, persatuan bolasepak Negeri Sembilan dan seluruh rakyat negeri. Seluruh Rakyat negeri amat berbangga dan berterima kasih kepada pemain kerana penantian kita semua selama 61 tahun amat berbaloi.

Timo kasih jang.

YAM TUAN SOKONG KITO
MONTORI BOSA SOKONG KITA
JANGAN BUEK MALU MUKO
PIALA MALAYSIA MEMANG KITO PUNYO

Keindahan di Ancasa Allsuite Port Dickson







Percutian di Ancasa AllSuite Port Dickson, N Sembilan







Tarikh: 31 Oktober dan 1 Nov



Hari: Sabtu Ahad



Tempoh: 2 hari 1 malam



Anggaran: RM400



Jenis Bilik: apartment 1 bilik






Ziarah Rumah Kak Zuu, Bandar Tun Razak, Pahang


Keluarga kami dan keluarga abang Husin ziarah kat rumah Kak Zuu. Kami dalam perjalanan balik dari Kuantan dan singgah. Lama gak kami tak jumpa. Meriahnya macam dah 10 tahun tak jumpa.


Insya'allah semoga persahabatan ini akan terus berkekalan.