Saturday, May 30, 2009

Percutian Keluarga ke Pantai Timur 2009

Pemandangan indah di Pasar Siti Khadijah, Kota Baharu, Kelantan.
Kami bermalam di Swiss Garden Resort, Kuantan, Pahang


Percutian Keluarga ke Tiara Beach Resort, P Dikcson 2009

Memori keluargaku dan alang di Tiara Beach Resort, Port Dickson

Explorasi Kenyir, Trengganu

Kelab Staff dan ARPRM SMK Seri Jempol akan menganjurkan Program Explorasi Kenyir, Trengganu pada Julai akan datang....

Sasaran: 35 orang
Pendaftaran: RM150/seorang

Jika anda berminat sila hubungi secretariat rakan muda SMK Seri Jempol: 06-4584061

Perkhemahan Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda Sekolah Rintis

Tarikh; 29 dan 30hb Mei, 2009
Tempoh: 2 hari 1 malam
Tempat: Tapak Perkhemahan SMK Seri Jempol

Tahniah kepada Guru-guru penasihat dan peserta ARPRP serta pengakap SMKSJ kerana telah menghadiri Perkhemahan ARPRM dan Pengakap yang telah bergabung untuk menjayakan program ini.

Terima kasih juga kepada En Fahmi (Penggerak Rakan Muda dan ARP Jempol) kerana telah melawat program ARPRM sekolah rintis.

ARPRM melengkapkan syarat Anugerah Gangsa manakala
Pengakap melengkapkan Lencana Keahlian bagi pengakap tingkatan 1, 2 dan 4.

Wednesday, May 27, 2009

Peperiksaan Pertama Iqbal Hakim

Hari ini (26 Mei, 2009), Anak bongsu kami sedang menduduki peperiksaan pertamanya dalam darjah satu. Bersekolah di SK Serting Felda, Bandar Seri Jempol, N Sembilan.

Gambar di Hotel Helang P Langkawi.

Peperiksaan Pertengahan Tahun 2009

Pelajar sekolahku sepanjang minggu ini sedang menduduki Peperiksaan.

Teruskan untuk kejayaan kalian masa depan....

Saturday, May 23, 2009

Hotel Helang, Pulau Langkawi

Kami sekeluarga bercuti di Pulau Langkawi.
Tarikh: Disember, 2008
Tema: Pengangkutan
Dari rumah kami naik kereta hingga KLIA
Dari KLIA, kami menggunakan perkhidmatan kapalterbang MAS
Balik kami naik Feri dari Jeti Kuah ke Kuala Perlis
Dari Kuala Perlis ke Arau menggunakan perkhidmatan teksi
Dari Arau ke KL Sentral kami naik keretapi
Kami naik KLIA Ekspress dari KL Sentral ke KLIA
Dan balik ke rumah naik kereta semula.

Pertandingan Melukis Poster PPDa Peringkat N Sembilan

Ayah dan ibu mengucapkan Tahniah dan syabas kepada anakanda Ahmad Azhan Syukri SK Serting Felda yang telah mewakili sekolah dan Jempol untuk pertandingan tersebut dan mendapat tempat NAIB JOHAN kategori Sekolah Rendah.


Tarikh Pertandingan: 23hb. Mei, 2009 (Sabtu)

Tempat: SMK Seri Perpatih

Perasmian oleh: Tn Hj Amir Sharifuddin, JPNS.


Friday, May 22, 2009

Pertemuan Yang Dinantikan Setelah 24 tahun Terpisah

Sahabatku dari SM Vokasional Juasseh (1984-1985); aku ingin menyingkap nostalgia 24 tahun dulu yang mana kita adalah Pelajar Rintis dan Pertama menjejakkan kaki di sekolah ini. Kita sama mengangkat perabut dari lori ke kelas begitu juga ke asrama.

Cikgu-cikgu kita waktu itu, Cikgu Sani (sekarang masih di SM Teknik Juasseh), Cikgu Raman Ito (sekarang di Jelebu), Arwah cikgu Jalaludin, Ustaz Yunus (Bertugas di Pej Pelajaran Jempol.

Kita Bertemu Semula SM Vokasional Juasseh

Rakan2ku dari SM Vokasional Juasseh (1984-1985) walau dimana jua anda berada kita akan bertemu semula pada 20hb. Jun 2009 di SMTeknik Juasseh.

Hubungi saya untuk tempahan tempat dan makan.

Mencari Rakan Kelas Perdagangan Biru SMK Batu Kikir 1981-1983

Assalamualikum sahabatku yang jauh......

Aku sedang mencari sahabat2 yang pernah belajar di SMK Batu Kikir. Guru2 yang pernah mengajar kita jika anda masih ingat Cikgu Yusuf Main, Cikgu Norizah Mansur (Sekarang di SK Batu Kikir), Cikgu Nizamudin Zaizakrani (sekarang Guru Besar SK BB Serting), Cikgu Alias Md Zin (Sekarang masih di SMK Batu Kikir)

Hubungi saya......

Percubaan Pertama 2009

Salam Perkenalan

Terima kasih kepada sahabatku kerana memberi semangat untuk aku terus menimba ilmu ict.
Anda telah memberi laluan dan dorongan untuk aku memulakan langkah demi langkah.

Sesungguhnya jasa tuan/puan dan sahabatku sekalian amat besar bagi ku. Semoga tuhan murahkan rezeki tuan/puan dan terima kasih.